Khamis, 30 Jun 2016

Al azazhil - 10 years mysticalversary of eastern black metal (2005 - 2015)



bersempena sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan al azazhil, mereka meriliskan tape ini yang terhad 40 salinan saja, mengandungi 8 lagu yang dipetik dari promo, demo, ep dan album. menghimpunkan lagu2 terbaik yang perna diriliskan oleh mereka, bagi mereka yang tak tahu asal usul band ni, sedikit info untuk kalian, band ni berasal dari kuala lipis pahang.

senarai lagu dan dari mana dia dipetik

bagi aku yang memuja al azazhil lama, rilisan ni sedikit sebanyak menggebirakan aku, logo lama band ni mengingatkan aku mula2 mengenal muzik black metal. al azazhil antara band baru terawal juga yang aku kenali masa tu, mungkin seusia dengan umor aku mengenal black metal. hahaha.

dalam rilisan kaset ini, ianya sangat2 memuaskan... umpama perjalanan al azazhil di satukan dalam rilisan ini. aku dapat mendengar sound lama hinggalah ke sound terkini al azazhil, banyak perubahan dari segi rakaman, namun roh di setiap lagu al azazhil masih dikekalkan, umpama kita mendengar sesuatu band tu dengar muziknya saja kita sudah tahu ini kepunyaan band itu.

8 lagu yang begitu mengasikkan halwa telinga aku.satu lagi kaset yang akan diputarkan saban hari dimasa2 lapang haha. andai kaset ini diriliskan dalam format cd pun aku pasti beli. mengikut apa yang aku dengar kaset ni sudah sold out dari band. untuk mendapatkannya boleh lah kontek label MTD aka yunus azinzan cari kat fb saja. sebelum kehabisan stok yang sangat2 terhad ini..

ok itu sajalah catatan kali ini. taniah al azazhil selamat ulang tahun ke 10, teruskan berkarya. taniah juga pakai logo lama ni. bagi aku ini logo sebenar al azazhil hellyeahhh. 

8 ulasan:

  1. 40 puluh unit jek..uii otomatik jd rare item dh ni..

    BalasPadam
  2. Kira otai jugak la ya dah 10 tahun dah ni

    BalasPadam
  3. fuhh!! al azazhil tu nama iblis yg kena halau keluar dari syurga dulu tu.. huh huh
    al azazhil ni boleh challenge sil khannaz ke bro..?

    BalasPadam
  4. Tak dengar sangat black metal...tapi teringin juga nak dengar yang ni...

    BalasPadam
  5. tersangat rare nampak nye release ni dan dahsyat.
    Terbaik lagi sekali tampalan di blog ini.
    Aku harap kau tak iklan kan blog kau, tak menjaja blog kau sana sini, dan tak link kat FB.
    Biar unknown, biar orang jumpa sendiri blog ni, biar jadi buah mulut orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku contohi blog kamu deaf... blog ni hanya disini saja tiada iklan mana2 atau link kat fb haha..

      Padam
  6. perghh windu aku bau cetakan perkilangan kaset dan kertas sampul nye mannn..

    BalasPadam