Khamis, 23 Jun 2016

filem yang aku tengok minggu ni.

Senarai kat bawa ni antara filem2 yang aku tengok untuk minggu ni...


Tenggelamnya kapal van der wijck - ini filem memang sedih nak mampus, berair airmta dibuatnya hahaha, ini filem sudah banyak kali tengok tak perna jemu. kira dalam 10 filem terbaik lah perna aku tengok dalam hidup ku.


About cherry -  ni snopsis nya punya pasal macam menarik gitu. aku tengok jugalah.. kisah seorang gadis yang terjebak dengan filem porno. jangan tengok lah boring ceritanya.. tak best. haha


Dilwale - ini aku teman bini aku tengok k..hahaha.. ok masa dia mula2 ditayangkan ramai cakap ni filem tak best, best lagi filem salman ngan budak pakistan tu. tapi bagi aku ok saja dilwale ni, kalau kita anggap filem ni kisah betul, memang tak patut lah kan, ni kan lakunan saja, anggap saja hiburan. kisah dilwale ni bagi aku imaginasi budak2 saja ni yang inginkan kisah cinta agung.. k itu je layan juga ni hahaha


Kung fu panda 3 -  yang ni nak tengok dengan anak, last2 anak aku tak minat. aku saja layan sampai habis, tak juga menarik macam kung fu panda 1. sekadar penambah saja ni.. huhu


Purpose of reunion - yang ni kisah pasal kecurangan lelaki, memang kejam sangat filem ni tak sesuai ditonton dengan keluarga HAHAHA.... hanya yang hati kental saja boleh tengok filem ni hahaha (awas) 


Star wars the force awakens - deman filem ni sudah berakhir aku baru tengok haha.. ok lah best juga aku terhibur..


The revenant - aku memang mengidam mau tengok filem ni, bila tahu dia menang oscar. walaupun panjang cerita ni tapi tak memboringkan. layan jugalah.. haha


The jungle book - mula2 saja best, ending dia aku kurang bekenan.. huhu...

itu sajalah filem yang aku tonton..sepanjang minggu ini. nak tunggu waktu berbuka kononnya. kecuali 2 filem dewasa kat atas tu aku tengok lepas tarawih..hahaha..

k jumpa lagi di lain entri.

10 ulasan:

  1. Menarik review ko.ada movie yg aku taktau mcm about cherry tu.revenat mmg best.cite salman khan yg ko ckp tu bhajrangi bhaaljan.aku pun tejebak tgk..heheh

    BalasPadam
  2. ikut list ko ni...3 ajer yang aku dah tengok...

    masuk bln puasa ni tak sempat sangat nak layan movie...lepas terawih mata ngantuk...tapi minggu lepas sempat juga tengok Apa Ada Dengan Cinta 2...haha..

    BalasPadam
  3. filem skang ni mcm boring je kn.. aku tggu pilem Rock 3 je ni.. kiki

    BalasPadam
  4. banyak2 yg kau review kat atas tu, aku paling suka filem 'Tenggelamnya kapal van der wijck'..
    memang sedih giler.. syabas kpd pengarah nya, dan tahniah juga kpd bro d'arsil atas usaha anda membuat entry filem kali ini.. adios

    BalasPadam
  5. Star wars 7 aku tengok kat wayang.
    kung fu panda 3 aku dah tengok sampai abis.
    yang lain kebanyakkan aku tak pernah tau kewujudannye pun hahaha

    BalasPadam
  6. Star Wars dengan Revenant saja sudah tengok.. Revenant aku rasa macam ringkas sangat cerita dia.. Aku teringat filem Legends of the Fall lakonan Brad Pitt.. Lebih dramatik, mencabar perasaan, juga ada beruang..

    BalasPadam
  7. "hanya yang hati kental saja boleh tengok filem ni"

    aku suka ayat ni...

    BalasPadam
  8. belilah buku Hamka Tenggelamnya Kapal van der Wijck tu..lain feelnya tengok film dgn baca buku..

    BalasPadam
  9. JUNGLE BOOKS tue ringks pasal setia dengan naskhah asal dah end macam tu.. kalau idak meleret mesti merepek mcm filem2 adaptasi yg byk skang nie..

    BalasPadam