Selasa, 28 Jun 2016

Sweet Charity koleksi



salam semua, nak cerita sikit pasal cd ni, cd ni aku beli dari zan din musti semua kenal kan yg suka beli cd rilisan semula secara online dan juga bersemuka, dulu aku perna beli dengan zan din cd junction jumpa di amcop mall, kali ni beli online saja, rm30 termasuk poslaju. masa mula2 dia upload di fb hari tu, aku kurang bekenan juga,  bila tengok senarai lagu dalam cd ni...WOW gitu.. aku teruja siakk... hampir semua lagu2 yang aku suka ada dalam ni. apalagi terus inbox dan bankin hahaha..


aku mula dengar sweet charity ni, seingat aku dalam kompilasi rock tulen, ada 2 lagu dalam tu, satu lagu rancak satu lagu perlahan. musibah dan dunia perlumbaan, aku mau bagitau kamu lah kan, masa dengar lagu dunia perlumbaan masa tu aku sangat terkesan dengan lagunya. suka sangat aku dengan rentak lagu tu serta liriknya. saban hari aku dengar lagu tu sampai sudah boleh hafal liriknya haha.


dapat poster sapa yang beli awal, terhad katanya huhuhu.. untuk keseluruhan aku puashati dengan pembelian ku kali ini, lagu2 menghiburkan, sound pun mantap. cover cd pun cun. inlay lipat tu pun mantap juga ada lagi 4 album tu. ada lirik utk 3 lagu yang tulis depan cover tu disertakan. kira sempurna lah senang cerita dan aku puashati. rasanya akan ada lagi rilisan sweet charity ni kan. aku tengok lah kalau bajet mengizinkan aku kejar semuanya.

ok utk abang2 otai semua. tolong aku kenalkan mana satu ramli sarip dalam gambar belakang cover cd tu. hahaha aku tak kenal, atau tiada ramli sarip dalam tu. haha

nota -  ada beberapa keping kaset aku beli tapi malas pula aku mau buat entri. mungkin lepas raya kot. ni cd semangat sikit plak nak buat hahaha.. ohya zine aku sangkut lagi kat pos klang aduii nak pergi ambil pula tu. leceh.. k itu saja. tunggu ulasan kawan2 pula pasal cd ni.,

12 ulasan:

  1. Utk cover album.pelarian..ade perbezaan pada design ejaan pelarian..x mcm cover yg asal..mmmm..secara perbadi..x yahla tukar2 kekalkan je.

    BalasPadam
  2. Ramli Sarip yang pakai topi duduk pegang gitar...

    btw...kena kumpul semua cd reissue sweet charity ni...baru complete tepi cd dia bila disatukan jadi logo sweet charity...

    BalasPadam
  3. Lepas raya la baru aku kumpul sweet charity plak.kalo kuar boxset skali ngan piring hitam kan best.buat mcm led zeppelin tu

    BalasPadam
  4. jaini jay - yaka ada perubahan, aku tak perasaan plak. harap2 dorang kekalkan lah lagi bagus.

    berteromber - terima kasih. muda lagi ramli sarip masa ni ya. aku kenal ramli sarip papa rock sudah haha.. itulah macam mengujakan pula nak kumpul semua cdnya, nanti kalau disatukan keluar logo sweet charity. tgk lah bajet aku klu tak lari.

    rafi - pasaran kita skg ni paling kuat pun 500keping ja boleh jual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. D'arsil...cube u google cover asal sweet charity pelarian..ade perbezaan di situ..pada perkataan pelarian..

      Padam
    2. benar bro. aku sudah google tadi. memang ada bezanya..

      Padam
  5. warner the bestos.. tk cincai punye.. dorg jga btul2 dorg punye standard produk.. klu ade sen lbh aku beli jgk la sweet charity punye album2 ni.. tk dgr sangat sweet charity ni.. sama mcm ko jgk ko.. tp ble ko dh cter album ni mcm best rasa nk beli jga nti.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu... ingat lagi 90an cemana kaset2 diorang zaman Raihan dulu power gila mutu body/ fizikal..

      Padam
  6. sweet charity memang best bro.. satu lagi yang aku suka jugak adalah Blues Gang.. mintak2 diorang akan riliskan CD reissue Blues Gang pulak selepas ni.. huhu

    BalasPadam
  7. T E R B A I K
    G A Y A M U T U K E U N G G U L A N

    BalasPadam