Isnin, 24 Julai 2017

Kembara

Cd rilisan semula 2016

Nak cerita apa pun aku tak tahu haha.. ni band lejen untuk otai2 yang membesar di era mereka. Hari tu aku buka lazada nak tengok2 buang masa. Nampak ada promosi untuk cd universal malaysia. Rm17 gitu harganya. Melihat pada kulit album ni ianya sangat menarik minat aku. Sebab ada mata kat atas tu haha. Heran aku melihat komen2 di fb tu asal mata satu mesti dajjal iluminati.. antara band di cop iluminati setahu  aku setakat ni kembara ni dengan search haaha.. tercerita lain pula. Masa pertama aku play cd lagu exspress rakyat macam perna dengar. Masuk trak ke enam lagu ni memang biasa dengar lah sebab m nasir selalu ja bawa kalau ada show kat tv. Yang paling mengejutkan aku lagu malam. Haha mati2 aku ingat selama ni lagu malam ni search punya lagu yang ada dalam album 10tahun tu. Rupanya lagu kembara beb. Pertama kali aku dengar lagu versi kembara kalau tak beli cd ni mesti sampai sekarang aku ingat lagu search. Lagu2 lain memang pertama kali dengar. Lagu untuk seorang ibu dan lagu ragam mat dan minah melekat melodinya dalam ingatan. Lepas ni tak pasti lagi kalau nak beli abum lain kembara. Aku tengok hari tu ada tag gambar kulit album lain kembara yang itu pun ada mata juga menarik. Tapi belum ada rilisan semula. Kulit album duit tu haha tak tau nak kata. Tak menarik minat aku untuk dibeli. Namun begitu masukkan sahaja dalam list mana tahu ada promosi lagi.

6 ulasan:

  1. Mmg legend ini album.masa album ni keluar aku baru darjah 1 or 2 mcm tu la.

    BalasPadam
  2. KEMBARA MEMANG LEGEND DAA... HUHU

    BalasPadam
  3. Album zaman aku sekolah rendah...ada kenangannya...aku ngan kawan2 pernah audition lagu Express Rakyat untuk konsert sekolah...tapi tak terpilih..haha..

    BalasPadam
  4. Kau beli dpt potogan harga rm 17 ke?dlm katalog rm 17 tapi deal rm 20 pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku memang dpt harga rm17 potongan harga 20%. lazada selalu buat. kena rajin jenguk juga.

      Padam
  5. lagu Ragam Mat dan Minah tu memang kelakar, semestinya ada unsur parodi. Ini merupakan antara album terbaik Kembara. no doubt about it.

    BalasPadam