Jumaat, 21 Julai 2017

Sweet charity - berita gempa


Cd rilisan semula 2016

Album Sweet charity ni aku beli tak ikut turutan aku nampak kulit album menarik yang tu aku beli dulu haha. Nak beli boxset tu tak mampu beb jadi beli asing2 tak apa harap tak sold out lah. Kat jualan fb nampak macam tak ada jual satu2 mereka penjual jual boxset ja. Nasib kat campbell ada jual satu2, cumanya jauh saja lah kalau naik motor makan dua jam juga atas higway pederal pulang balik. Kalau pakai kereta lagi lah makan masa makan minyak makan tol dan parking. Haha kalau nak cerita nak beli dua tiga keping cd sanggup sudah pergi kl. Masa aku bujang dulu no hal beb cuti hujung minggu akan merempit ke campbell tak beli apa2 pun tak apa janji dapat cuci mata. Ohya bab naik motor lalu dalam higway tak disyorkan sebab ada jalan motor kalau polis nampak saman trus beb. Aku kadang2 naik jalan motor sampai subang keluar baru lalu higway. Sebab selalunya kat tol ada polis haha. Jalan motor lambat banyak selekohnya macam jalan ular.. Apa aku merepek ni hahaha.. untuk album berita gempa ni. Intronya seakan perna dengar. Cara album black sabbath tu haha tak sama bunyi cuma feel nya tu seakan2 doom gitu. Lagu2 dalam album ni ada rancak ada slow. Antara lagu yang masuk dendang remaja haha biasa dengar lagu ni versi ftg ngan kristal. Ni lagu asal memang sweet charity ke info sikit geng aku sememangnya tak tahu sangat2 album2 lama ni. Dengar album ni pertama kali memang tak masuk sound agak perlahan walaupun volume sudah naik atas. Beza ngan album2 sweet charity yang lain sound terbaik. Kalau nak dibagi hadiah label2 yang meriliskan cd semula ni aku undi warner music pemenangnya kualit memang tiptop kepuasan pembeli diutamakan. Pendapat aku saja k. Sebab ada cd yang label nsr universal etc memang tak memuaskan hati aku yang ada dalm koleksi aku. Hari tu masa rilis album ni siap ada sampul jual kan limited aku tak sempat beli huhuhu kecewa beb apapun aku redha gitu janji lengkap koleksi album sweet charity aku. Ohya cd koleksi tu nampak gayanya sold out sudah. Ohya kawan2 yg baca entri ni kalau ada extra kotak boxset sc jual kat aku ya.. tinggalkan detail kat ruang komen. Hahaha lahir mu bukan untuk dunia mantap tajuknya.

Nota - baru dapat ngadap pc haha

4 ulasan:

  1. betul2 pasal repress ni mmg warner jgk yg terbaik..label lain semua print mcm x sharp n mcm print guna printer rumah..hahaha

    BalasPadam
  2. Betul warner music stakat ni la yg ok dari emi ngan universal.lagu dendang remaja tu asalnya lagu tahun 60an.nyanyian L.Ramlie kalo tak silap aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh silap bkn L.Ramlie.band A.Romzi and the hooks

      Padam
  3. huhu gua pun terlepas nak beli boxset itu hari

    BalasPadam