Rabu, 31 Januari 2018

Mantak - diabolical psycholust


Album ke 4 mantak rilis 2009.. aku beli cd ni masa gig black metal tahun lepas.. dulu aku ada kasetnya ni. Tapi kaset tu sudah rosak habis tak bleh play. Dapat dengan harga rm20 saja baru lagi. Kalau ikut harga pasaran rm40 lebih juga ni cd. mantak ni raja black thrash metal malaysia bagi pendapat aku lah melihat pada pencapaian mereka, ntah kenapa senyap sudah band ni.  lirik pula antara raja jahat dalam muzik malaysia ni. Tidak berlapik dorang nye lirik disertakan sekali dalam inlay setiap rilisan mereka bukan macam segelintir band. Antara lagu killer dalam album ni mantakhz gonna rape you, kamu boleh dengar lagu ni kat youtube haha.. dalam cd ni ada 14 lagu. Seingat aku versi kaset dulu hanya ada 12 lagu. Muzik mantak ni laju gilababi ngam dengan muzik bawan mereka dan lirik di penuhi kata2 kufur.. tidak disyorkan pada mereka yang lemah semangat hahaha.. cuba dengar lagu denial of gods bermelodi habis lagu ni.. ada 3 lagu sanduran dalam cd ni dua lagu bonus Moon child dan the antichrist... lagu ke12 tu Paranoid.. boleh lihat pada gambar.. huhu

Isnin, 29 Januari 2018

Bestial hordes

Patches ni dibeli tahun lepas lagi. Baru dapat di ambil hari tu.. hehe. Next projek nak buat battle jaket warna hitam.. projek pertama sudah siap sepenuhnya.. tak menarik langsung nak di pakai jaket tu.. simpan saja lah buat koleksi.. harap akan dapat jumpa jaket denim warna hitam dalam masa terdekat ni... kali ni aku nak letak patches band2 lokal saja.. tak letakkan tarikh siap untuk projek kali ni. 

Selasa, 16 Januari 2018

Lethal night - visions in the night

Kaset keluaran label dari thailand roots active production 2017.. band ni asal usa.. dorang main heavy metal 80an.. aku tertarik pada kulit albumnya terus beli.. lagu2nya menghiburkan halwa telinga aku.. ada 9 lagu di hidangkan dalam album ni. Mengikut info yang aku baca ini satu2nya album mereka. Band ni pun ditubuhkan 2015 masih segar lagi.. boleh cuba dengar di youtube lagu2 dorang jika berkenan.. aku gerenti mesti korang suka.. 

Isnin, 15 Januari 2018

Bestial hordes - infernal goathrashing aggression




Album penuh pertama dari bestial hordes yang rilis tahun lepas bersempena kedatangan mereka ke tanah semenanjung.. aku belum cerita gig tu sebab leptop aku hangkang hahaha.. band ni dari sabah bagi mereka pencinta muzik black thrash maka ini cd wajib ada dalam simpanan.. mengandungi 10 lagu satu cover dari sabbat darkness and evil.. muzik mereka ni di penuhi ngan rif menarik dan bagi halwa telinga aku memang ngam muzik mereka ni... liriknya kedengaran dipenuhi dengan kata2 carutan.. hahaha kau sial pukimak kau ayat2 yang digunakan di sabah menandakan kemarahan.. sayangnya rilisan ni tidak disertakan lirik.. sudah 3 rilisan aku beli bestial hordes ni tiada lirik mereka sertakan.. menyaksikan mereka live depan mata memang menghiburkan..gitarisnya saja tidak duduk diam dengan solo2 yang menggoreng..haha.. harapnya dapat lagi menyaksikan mereka live sekali lagi.. kalau nampak cd ni masih dijual sambarlah sekeping sebab aku gerenti kamu pasti terhibur dengan album jahat ni hahaha

Sabtu, 13 Januari 2018

Bangkit! 4.5 zine


keluaran khas thrash metal buatan malaysia.. zine ni setahu aku menfokuskan pada scene muzik hardcore punk. Hari tu masa kat gig mamatfest sempatlah bertemu dengan editornya saudara pyan. Siapa tidak mengenali beliau seorang aktivis muzik berat tempatan dengan zinenya nathias dulu. Sambil2 baca zine ni pekena 2 rilisan thrash metal tempatan tahun lepas goyang kepala dibuatnya rasa belum aku tampal dlm blog ni nantì2 lah aku tampalkan rasanya banyak cd2 aku beli masa blog ni senyap 2 bulan tu hari haha.. bercerita pasal zine bangkit! Ni. Edisi khas ni ianya memuatkan interbiu bersama Antacid, hereafter, Sarjan hassan, verminator, exothermix, tormentor, etc.. dan ulasan rilisan thrash metal 2 cd kat atas tu pun ada diselitkan dalam isu ni. Bagi penggemar thrash tempatan patut dapatkan sekeping zine ni. Dan juga maniak lama pencinta irama thrash metal ni boleh dapatkan info2 terbaru pasal perkembangan scene thrash metal tempatan band2 baru yang begitu aktif dan teruja berlumba mengeluarkan material yang terbaik. Contoh dua cd yang aku dengar skg ni hereafter ngan antacid rilisan yang amat membanggakan muzik bawaan mereka tak membosankan. Diselitkan juga interbiu mie ftg dlm ruangan khas figura thrash. Haha bestnya dpt info berharga aku rupanya ftg dulu rilis 2 minggu kemudian baru cromok.. bererti freedom that gone adalah rilisan pertama thrash metal tempatan.. huhu...harap spesial isu gini akan diteruskan oleh saudara pyan.. 


Khamis, 11 Januari 2018

Blackfire - lahir dari api 2018


Satu2nya album blackfire lahir dari api. Album ni perna diriliskan pada tahun 2006. Tahun ni diriliskan semula dengan kulit album baru. Nampak jahat disitu. Serta sound di remasted kedengaran agak bagus. Harga sekeping cd ni rm29 disertakan poster sekali. Lagu2 dalam album ni sudah di buat pada tahun 80an lagi dan hanya mampu dirakamkan pada tahun 2006 bersempena tarikh keramat 06.06.2006 (666) maka terlahir lah album lahir dari api. Ada 8 lagu dalam ni. 7 lagu berbahasa melayu dan 3 lagu berbahasa english.. liriknya amat mendalam menceritakan perihal syaitan dan neraka.. dengarnya blackfire ni sudah mempunyai hampir 20 lagu siap dan hanya tunggu untuk dirakam saja.hanya mampu rakam 8 lagu ni saja. Itu pun sebab azmi tidak mau blackfire hanya sekadar band mitos di malaysia.. jadi jika ingin memdengar muzik ekstrim terawal di malaysia dapatkan lah cd ni selagi ianya masih ada. Simpanlah dalam koleksi kalian bahawa ada band yang lain dari yang lain perna mewarnai industri muzik malaysia.. blackfire tidak akan mati dan akan hidup selamanya..

beza Cd 2006 dan 2018 lihat pada gambar..


Kulit album rilisan pertama nampak ringkas. Sebabkan nak kejar tarikh keramat 666 tu. Makanya jadi begitu haha namun tetap menarik. Kalau ikut kulit LP ada tiga sudah kulit album yang berbeza.. bagi aku kulit album lp tu menarik..


Belakang.. ada ditulis situ (p) 2006 (c) 2018


Dalamnya terlihat gitu.. cd 2018 nampak menarik ada api gitu sama dengan kulit album pertama



Inlaynya.. rilisan pertama lipat 2 saja dan tulisannya kecil rilisan kedua ni tulisan besar.. kalau di baca luahan hati azmi vokalis blackfire dalam inlay ni. Kita akan tahu betapa susahnya mereka memperjuangkan irama berat ni di zaman mereka..percubaan membuat album tu memang sudah mereka cuba namun akhirnya tak dpt jua mereka riliskan. Satu2nya rakaman yang sempat diabdikan dlm rakaman adalah live 1988 itu pun hanya 2 lagu dan boleh kita dengarkan disana mereka berkeras dorang bukan band thrash metal. Mereka adalah black metal.


Patches sulam ni berharga rm15 di lokasi gig.. rasa tak lengkap kalau aku tak beli patches ni. Simpan buat koleksi berharga haha...


Sedikit tambahan gambar atas ni. 2 pick dari subri gitaris blackfire masa gig mamatfest yang sempat aku minta buat kenangan.. jarang2 aku minta benda2 gini di gig2 aku hadiri. Tapi untuk gig blackfire aku sudah set akan minta benda ni. Aku ada tanya hadi lepas gig minta dia punya stik drum tapi katanya ada sudah minta lebih awal.. pick warna hijau tu lima lagu dimainkan oleh subri dan unggu tu lagu bonus kedatangan 2 sebab aku ingatkan sudah habis lagu terakhir tu. Hahaha.. kenangan beb akan aku simpan ni buat koleksi blackfire aku.. 

Isnin, 8 Januari 2018

Mamatfest 2018

Gig awal tahun yang sudah menjadi event yang di tunggu2 oleh ramai metalhead.. mamatfest betul2 terus pandang kedepan dengan membariskan band2 yang hebat2 diatas pentas pada tahun ni. Lebih mengujakan buat diriku bila mana blackfire akan beraksi AAAAARGHHH apakah aku bermimpi tidak sebab semalam aku sudah menyaksikannya live depan mata.. jadi ini sedikit catatan berkaitan kejadian gig mamatfest tahun ni.

Gig ni dibuat pada hari sabtu hari aku bekerja. Pening juga lah aku nak fikirkannya cemana nak apply cuti nanti. Takut unit tak ada memang kena kerja lah. Tapi aku fikir2 kalau tak dapat cuti pun nanti aku balik saja jam 6 gitu haha sebab blackfire main malam juga kan. Jumaat tu ngam2 bejumpa dengan bos.. alang2 terus minta cuti. Berfikir juga mau bagi cuti last2 dia tanya ahad kena kerja ya. Aku on hellyeah.. jadi hari ni aku kerja macam biasa walaupun tulang temulang aku sakit2 ditambah ngan ngantuknya lagi..

Aku sampai saja ke publika tempat gig ni berlangsung band OLDSKULL dari thailand sudah beraksi. Masa ni aku tengah fokus menyelam..hhaa band pertama VERMINATOR thrash metal tak sempat tengok.. OLDSKULL main stail humi juga.. death metal.


Lepas band oldskull.. OSMAN TIKUS pula beraksi. Sempat lah tengok dua lagu gitu lagu2 dorang pendek2 ja. Aku keluar lepak jumpa kawan2..




Masuk semula venue.. band PUTREFIED REMAINS bakal beraksi. Aku nak tengok band ni. Sebabnya aku belum perna tengok lagi live mereka. Dorang main ni muzik memang sedap kalau dengar album dorang layan muziknya.. boleh kata dorang ni rotting christ malaysia lah. Ribut juga masa set mereka ni. Siap ada geng2 bawah kertas.. mungkin kipas mati band ni kot haha.. layan habis satu band pasti akan makan masa untuk setting.. jadi masa ni boleh lah keluar lagi melepak..




Lepas rehat.. SIL KHANNAZ. ini band memang best tengok dorang live tak perna mengecewakan.. walaupun sudah banyak kali melihat mereka beraksi. Tapi kali ni aku rasa bertuah juga bab jaie bagi kat aku mic masa lagu santapan terakhir raja bersiong. Ni lagu aku memang hafal lah liriknya sing along bersama masa lagu ni. Hahaha perghhh rasa cam tak percaya ja dapat nyanyi ngan sil khannaz hahahha aku happy..


Lepas band sil khannaz.. band BUTCHER ABC. ni band dari  jepun ke.. haha dorang main grind kalu tak silap aku.  Muzik sedap juga tapi tak lah mengujakan untuk aku melihat sampai habis set mereka. Aku ingatkan yang satu tu perempuan rupanya lelaki. Pakai topeng mic tergantung terus di mulut haha.. pempuan kah laki tu sebab kakinya ada bulu aku tengok.. hmm ntahlah

Lepas band butcher abc ni.. aku masuk semula. Sebab aku sudah set nak tengok kehebatan band raja grind asia ni


WORMROT... siapa tidak kenal mereka ni. Walaupun aku bukan lah pencinta muzik jenis ni. Tapi selepas melihat aksi mereka buat pertama kali depan mata. Aaaarghh dasyatnya band ni. Bertiga saja satu gitar dan drum.. cemanalah dia boleh tahan menjerit gilababi tu.. suara tak sakit ke esoknya aku yang baru menjerit 2 lagu masa silkhannaz tadi tekak sudah sakit suara macam sudah mau hilang. Tapi vokalis wormrot ni perghh salute beb. Aku rasa nak cari satu album dorang buat koleksi.. masa wormrot ni aku sudah di depan pentas. set dorang memang ribut... aku yg kat depan ni asyik kena tolak.  Lain lagi yang melompat manusia di angkat vokalisnya pun sempat lagi stage diving gitu.. aku nak kedepan sebab lepas ni blackfire yang main hahaha aku faham sangat lah grind ni mesti ribut punya. Masa set dorang ni ada masalah teknikal juga.. tapi dapat diselesaikan last song trus..

LAHIR DARI API 2018








BLACKFIRE  aku ada buat satu posting dlm blog ni berkaitan band ni. Kalu kamu baca kamu akan tahu betapa aku meminati band ni.. ini salah satu band yang aku nak tengok dalam hidup aku. Mulanya memang sudah tahu tak kan dapat lagi menyaksikan blackfire ni setelah azmi vokalis mengundur diri selepas gig tahun 2010.. rasanya agak mustahil untuk blackfire beraksi. Tampa diduga flayer mamatfest keluar tahun lepas ada logo blackfire. mulanya tak nak berharap sangat apapun boleh terjadi. Tapi melihat pada fb hadi. Mereka giat berlatih untuk gig mamatfest ni. Jadi pada tanggal 6.1.2018 ianya menjadi nyata dan aku betul2 teruja tak tau nak kata apa pada hari tu aku menjerit sekuat hati aaaaargh..

Blackfire hanya mendendangkan 6 lagu saja pada malam tu. Patutnya 5 lagu disebabkan hadirin nak kan lagu lagi.. maka blackfire terpaksa akur dengan menambah satu lagu lagi. Lagu pertama lahir dari api. Intro sebijik cam dalam cd semuanya ikut berkata2...ia dilahirkan di tengah2 kemewahan syurga. Masa ni aku memang tak peduli lagi aku ikut nyanyi saja. Walaupun vokalis pada malam tu dia buat suara garau aku tak kisah apa yang lebih penting hadi di belakang mengetuk drum dengan penuh kebencian.. suka aku tengok di sebelah kiri subri 2 line up asal blackfire bermain untuk gig kali ni. Di bantu oleh din pendita gila dan satu lagi gitaris yang begitu menarik untuk disaksikan lupa ku namanya. Nak tau lebih lanjut boleh lah singgah ke blog pedal to the metal ada sana lengkap status line up blackfire pada malam tu. Lagu kedua blackhell di ikuti spirit. The sign dan sil khannas dan lagu akhir kedatangan 2. Aku betul2 puashati dapat menyaksikan blackfire live depan mata.. aku akan ingat kenangan ni sampai bila2..

Habis saja blackfire beraksi aku terus naik atas stage jumpa hadi dan snap gambar bersama perghhh dia nye feel tu aku tak dapat gambarkan aku dapat bergambar dengan seorang pemuzik lagenda muzik berat tempatan...aaaarghhh nak mengalir airmata rasa terharu gitu..akhirnya yang dihajati jadi nyata.


Selesai saja acara terus lepak dekat shisa nur pekena nasi usa.. mata rabak juga sampai pintu rumah jam 2pagi lebih sudah.. harapnya mamatfest 2019 dapat membawakan band rator pula beraksi hehehe... tak pun bazzah gitu aummm.. ohya gig ni setiap pembelian tiket dapat percuma patches calendar macam2 dlm plastik tu. Dan cabutan bertuah siap ada lp dan tiket ke partysan german lagi untung lah siapa dapat tu. Berharap juga no naik tapi tiada luck haha..

i

Rm50 dapat tengok blackfire dan dapat percuma lagi tengok gambar atas ni banyak tu boleh siap satu battle jaket hahaha..

Jumpa lagi tahun depan.. tak sabar nak lihat list band metalcamp pula..

Ohya tabung derma ada disediakan kat pintu masuk untuk membantu azmi blackfire yang kini sedang sakit. Semoga azmi diberikan kesihatan.. sama2lah kita berdoa untuknya.

K itu saja. 

Jumaat, 5 Januari 2018

Humiliation - No Escape




Band yang tak perlu di perkenalkan lagi.. ini adalah album ke 8 dari mereka.. antara rilisan yang mengujakan juga untuk aku miliki tahun lepas.. muzik mereka masih lagi seperti album2 sebelum ni dan tema perang tu masih kuat lagi dalam lirik lagunya. Cuma sound kali ni agak berbeza sikit bunyinya. Ada 9 lagu dlm album baru ni.. aku suka rentak lagu ke 6 line of defense ada kelainan rentak lagu ni.. untuk kulit album pun nampak lain dari album sebelum ni. Tak banyak nak cerita pun pasal album ni. Jika minat band ni pastinya akan gembira dengan setiap rilisan mereka.. harapnya tahun ni aku dapat menyaksikan live mereka lagi.  Teruskan berjuang humi.. 

Rabu, 3 Januari 2018

Prime domestic - Prima domestika




Album tahun lepas geng haha.. ngam2 masa rilisnya tengah deman katharsis melanda halwa telinga ni. Bila blog kdhr memilih album ni antara rilisan terbaik tahun lepas. Tak berlengah lagi terus sambar sekeping. Yang bestnya album ni dan katharsis ada jual kat speedy tempat aku. Jadi jimat sikit duit posnya. Album katharsis pun masih dlm peringkat nak dihadam sepenuhnya jadi nak dengar album ni secara total memang tak boleh. Halwa telinga aku masih nak dengar katharsis lagi arghhh.. jadi untuk 2 3 hari ni aku fokus kan pula untuk album ni. Makin kerap dengar makin sedap pula. Mulanya cam erk aweraa geng. Cam sukar gak nak terima suaranya ni. Tapi bila aku fokus dengar memang sedap gak suaranya aweera ni. Bab muziknya wow gitu.. sound memang sedap.. buat masa skg aku suka lagu no 2 dan 3. Muzik memang sedap.. lagu no 8 sedingin pluto kira lagu killer lah dlm album ni. Senang nak hadam haha... rasa nak cari album band lama aweera lah pula lepas ni hahhaa... 

Isnin, 1 Januari 2018

Ironskull - heavy metal drunkard




Salam semuanya selamat tahun baru 2018... aku mulakan entri tahun ni dengan rilisan 2018. Cd ironskull yang diriliskan oleh label varmt stal record. Ini bukanlah rilisan lagu baru dari ironskull. Ianya perna diriliskan dalam format kaset dulu. Dengan tajuk satanik heavy metal. Untuk versi cd ni tajuknya di ubah. Sama seperti versi kasetnya lagu2nya masih sama. Ada satu lagu suara gezol sabbat dalam lagu heavy metal 666.. 5 lagu di hidangkan dlm cd ni memang sangat mengujakan halwa telinga aku. Jika kamu suka akan lagu2 yang penuh ngan solo2 berapi dengarlah cd ni. ini antara rilisan bawahtanah terbaik dari lokal walaupun sudah 4 tahun berlalu.. jadi tiada alasan lah untuk tidak menyambar cd  ni. Versi kaset dulu mmg ramai yg tak dpt memilikinya ianya terhad 100 salinan saja. Dan skg kaset tu boleh masuk list kaset diburu oleh kolektor penggemar muzik bawah tanah tempatan. Ohya di sertakan patches sulam emas disetiap pembelian dengan harga rm25 saja. Digipack lagi tu aummm... boleh lah kontek label tu untuk mendapatkannya. Rock n roll rocking heavy metal..

Dorang menggelarkan diri mereka NWOBHM
Harapnya ini petanda tahun ni ironskull meriliskan lagu2 baru.. hellyeah