Isnin, 8 Januari 2018

Mamatfest 2018

Gig awal tahun yang sudah menjadi event yang di tunggu2 oleh ramai metalhead.. mamatfest betul2 terus pandang kedepan dengan membariskan band2 yang hebat2 diatas pentas pada tahun ni. Lebih mengujakan buat diriku bila mana blackfire akan beraksi AAAAARGHHH apakah aku bermimpi tidak sebab semalam aku sudah menyaksikannya live depan mata.. jadi ini sedikit catatan berkaitan kejadian gig mamatfest tahun ni.

Gig ni dibuat pada hari sabtu hari aku bekerja. Pening juga lah aku nak fikirkannya cemana nak apply cuti nanti. Takut unit tak ada memang kena kerja lah. Tapi aku fikir2 kalau tak dapat cuti pun nanti aku balik saja jam 6 gitu haha sebab blackfire main malam juga kan. Jumaat tu ngam2 bejumpa dengan bos.. alang2 terus minta cuti. Berfikir juga mau bagi cuti last2 dia tanya ahad kena kerja ya. Aku on hellyeah.. jadi hari ni aku kerja macam biasa walaupun tulang temulang aku sakit2 ditambah ngan ngantuknya lagi..

Aku sampai saja ke publika tempat gig ni berlangsung band OLDSKULL dari thailand sudah beraksi. Masa ni aku tengah fokus menyelam..hhaa band pertama VERMINATOR thrash metal tak sempat tengok.. OLDSKULL main stail humi juga.. death metal.


Lepas band oldskull.. OSMAN TIKUS pula beraksi. Sempat lah tengok dua lagu gitu lagu2 dorang pendek2 ja. Aku keluar lepak jumpa kawan2..




Masuk semula venue.. band PUTREFIED REMAINS bakal beraksi. Aku nak tengok band ni. Sebabnya aku belum perna tengok lagi live mereka. Dorang main ni muzik memang sedap kalau dengar album dorang layan muziknya.. boleh kata dorang ni rotting christ malaysia lah. Ribut juga masa set mereka ni. Siap ada geng2 bawah kertas.. mungkin kipas mati band ni kot haha.. layan habis satu band pasti akan makan masa untuk setting.. jadi masa ni boleh lah keluar lagi melepak..




Lepas rehat.. SIL KHANNAZ. ini band memang best tengok dorang live tak perna mengecewakan.. walaupun sudah banyak kali melihat mereka beraksi. Tapi kali ni aku rasa bertuah juga bab jaie bagi kat aku mic masa lagu santapan terakhir raja bersiong. Ni lagu aku memang hafal lah liriknya sing along bersama masa lagu ni. Hahaha perghhh rasa cam tak percaya ja dapat nyanyi ngan sil khannaz hahahha aku happy..


Lepas band sil khannaz.. band BUTCHER ABC. ni band dari  jepun ke.. haha dorang main grind kalu tak silap aku.  Muzik sedap juga tapi tak lah mengujakan untuk aku melihat sampai habis set mereka. Aku ingatkan yang satu tu perempuan rupanya lelaki. Pakai topeng mic tergantung terus di mulut haha.. pempuan kah laki tu sebab kakinya ada bulu aku tengok.. hmm ntahlah

Lepas band butcher abc ni.. aku masuk semula. Sebab aku sudah set nak tengok kehebatan band raja grind asia ni


WORMROT... siapa tidak kenal mereka ni. Walaupun aku bukan lah pencinta muzik jenis ni. Tapi selepas melihat aksi mereka buat pertama kali depan mata. Aaaarghh dasyatnya band ni. Bertiga saja satu gitar dan drum.. cemanalah dia boleh tahan menjerit gilababi tu.. suara tak sakit ke esoknya aku yang baru menjerit 2 lagu masa silkhannaz tadi tekak sudah sakit suara macam sudah mau hilang. Tapi vokalis wormrot ni perghh salute beb. Aku rasa nak cari satu album dorang buat koleksi.. masa wormrot ni aku sudah di depan pentas. set dorang memang ribut... aku yg kat depan ni asyik kena tolak.  Lain lagi yang melompat manusia di angkat vokalisnya pun sempat lagi stage diving gitu.. aku nak kedepan sebab lepas ni blackfire yang main hahaha aku faham sangat lah grind ni mesti ribut punya. Masa set dorang ni ada masalah teknikal juga.. tapi dapat diselesaikan last song trus..

LAHIR DARI API 2018








BLACKFIRE  aku ada buat satu posting dlm blog ni berkaitan band ni. Kalu kamu baca kamu akan tahu betapa aku meminati band ni.. ini salah satu band yang aku nak tengok dalam hidup aku. Mulanya memang sudah tahu tak kan dapat lagi menyaksikan blackfire ni setelah azmi vokalis mengundur diri selepas gig tahun 2010.. rasanya agak mustahil untuk blackfire beraksi. Tampa diduga flayer mamatfest keluar tahun lepas ada logo blackfire. mulanya tak nak berharap sangat apapun boleh terjadi. Tapi melihat pada fb hadi. Mereka giat berlatih untuk gig mamatfest ni. Jadi pada tanggal 6.1.2018 ianya menjadi nyata dan aku betul2 teruja tak tau nak kata apa pada hari tu aku menjerit sekuat hati aaaaargh..

Blackfire hanya mendendangkan 6 lagu saja pada malam tu. Patutnya 5 lagu disebabkan hadirin nak kan lagu lagi.. maka blackfire terpaksa akur dengan menambah satu lagu lagi. Lagu pertama lahir dari api. Intro sebijik cam dalam cd semuanya ikut berkata2...ia dilahirkan di tengah2 kemewahan syurga. Masa ni aku memang tak peduli lagi aku ikut nyanyi saja. Walaupun vokalis pada malam tu dia buat suara garau aku tak kisah apa yang lebih penting hadi di belakang mengetuk drum dengan penuh kebencian.. suka aku tengok di sebelah kiri subri 2 line up asal blackfire bermain untuk gig kali ni. Di bantu oleh din pendita gila dan satu lagi gitaris yang begitu menarik untuk disaksikan lupa ku namanya. Nak tau lebih lanjut boleh lah singgah ke blog pedal to the metal ada sana lengkap status line up blackfire pada malam tu. Lagu kedua blackhell di ikuti spirit. The sign dan sil khannas dan lagu akhir kedatangan 2. Aku betul2 puashati dapat menyaksikan blackfire live depan mata.. aku akan ingat kenangan ni sampai bila2..

Habis saja blackfire beraksi aku terus naik atas stage jumpa hadi dan snap gambar bersama perghhh dia nye feel tu aku tak dapat gambarkan aku dapat bergambar dengan seorang pemuzik lagenda muzik berat tempatan...aaaarghhh nak mengalir airmata rasa terharu gitu..akhirnya yang dihajati jadi nyata.


Selesai saja acara terus lepak dekat shisa nur pekena nasi usa.. mata rabak juga sampai pintu rumah jam 2pagi lebih sudah.. harapnya mamatfest 2019 dapat membawakan band rator pula beraksi hehehe... tak pun bazzah gitu aummm.. ohya gig ni setiap pembelian tiket dapat percuma patches calendar macam2 dlm plastik tu. Dan cabutan bertuah siap ada lp dan tiket ke partysan german lagi untung lah siapa dapat tu. Berharap juga no naik tapi tiada luck haha..

i

Rm50 dapat tengok blackfire dan dapat percuma lagi tengok gambar atas ni banyak tu boleh siap satu battle jaket hahaha..

Jumpa lagi tahun depan.. tak sabar nak lihat list band metalcamp pula..

Ohya tabung derma ada disediakan kat pintu masuk untuk membantu azmi blackfire yang kini sedang sakit. Semoga azmi diberikan kesihatan.. sama2lah kita berdoa untuknya.

K itu saja. 

10 ulasan:

  1. tak terserempak dengan dr bentara?

    BalasPadam
  2. Terbaik punya report.aku mmg teringin nak lp blackfire tu tapi tak dpt2 lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makin lama makin sukar untuk di miliki tu bro. Item akan jadi rare bab ada isu panas pasal lp tu. Kalau jumpa sambar terus

      Padam
  3. Bro.. nanti review Bangkit! Zine #4.5 isu Thrash, hehe!

    BalasPadam
  4. perghhh.. mantap betul yang main.. t-shirt Blackfire tu pun terbaik

    BalasPadam
  5. Waw..terbaikkk bro

    BalasPadam