hellyeahh... tape player aku berfungsi semula... dengan ada nya kaset baru ni gian nak mendengar kaset tu lain macam.. ini adalah band overhàul dari shah alam.. hari tu aku sudah kongsikan bajunya dalam blog ni.. hari tu dapat kaset yang rosak.. nasiblah pihak pengeluar sanggup ganti balik kaset baru.. yang ini adalah kaset ganti tu.. sound pun ada umph!! haha.. dorang main stail motorhead ada bau2 tu dalam lagu spitfire.. pemuzik band ni bukan lah baru dalam pergerakan muzik bawahtanah tempatan. muka2 yang punya band yang sudah berjaya.. apa yang harus di puji dengan lahirnya overhaul ni ianya dapat lagi menambahkan variasi muzik berat tempatan.. aku terhibur dengan rilisan pertama ni harapnya band ni akan terus mengeluarkan material lagi.. ohya dengarnya demo ni akan di cd kan. bagi yang tak punya tape player bleh lah nanti sambar cd tu tanda sokongan kita pada band yang baru yang best macam ni haha.. bleh pra dengar lagu dorang kat bandcamp percuma saja tu.
Isnin, 26 Februari 2018
Isnin, 19 Februari 2018
the pilgrims - achtung! riders
album terbaru dari the pilgrims yang rilis pada 2015.. cepat betul masa berlalu haha.. baru berkesempatan di tampal dalam blog ni. dalam koleksi aku ada lah 2 album the pilgrims ni. untuk album terbaru ni muziknya agak liat nak dihadam oleh halwa telinga ku. mereka masih lagi mengekal sound seperti album2 sebelum ni. cuma lagu2 untuk album ni kadang kedengaran agak rojak juga haha.. hanya satu lagu saja menusuk ke halwa telinga ku. BUNOHAN ini lagu betul2 buat aku terus mengulang dengar beberapa kali... ianya mengujakan haha.. lirik tak disertakan untuk rilisan kali ni.. ntah kenapa makin kedekut sekarang band2 lokal nak sertakan lirik dalam setiap rilisan.. feel mendengar sambil membelek2 inlay tu masih kuat lagi. rilisan ni sempurna sudah digipack lagi tu. tapi sayang inlay tak ada.. ohya jaie pun ada menyumbang suara dalam lagu buka panggung.. lagu2 lain tu bleh skip kot dengar bunohan saja.. haha.. ada 8 Lagu dalam album ni. masa rilis album ni sempatlah aku tengok mereka perform masa gig blast from the past kalau nda silap.. kalau ada album satu lagu saja aku minat dengar.. ini adalah albumnya.. k itu je huhu...
Jumaat, 16 Februari 2018
Khamis, 15 Februari 2018
Ahad, 11 Februari 2018
Memancing di jambatan muhibbah pulau indah
hahaha berbalik pada tajuk entri ni. nak mancing kat bawah jambatan muhibbah ni hanya lah bermodalkan rm2 saja sekali masuk. ada yang jaga sana. mereka sudah buatkan tangga untuk kita melalui bawah jambatan. yang takut tinggi dan jatuh kelaut tu harap anda kental lah. bab kita meniti kat atas jambatan yang nampak macam bila2 masa saja nak runtuh. tapi tak heran lah kalau jatuh pun bukan jatuh ketanah. jatuh ke air laut juga. tapi aku berani jamin jambatan tu kukuh dan selamat untuk di lalui...
gini lah rupa jambatannya.. rasanya ni jambatan untuk pemeriksaan pihak berwajib. cumanya orang2 yang buat tangga ke tempat mancing tu dapat edia nak buat duit sikit jadilah kenakan bayaran kat kaki pancing yang dtg membangau kat sini..
jangan risau anda tak keseorangan ramai kaki pancing dtg kesini.. yang kat atas laluan kereta api tu pun ramai.. apalah sangat bayar rm2 ambil risiko kan. ntahlah mungkin mereka suka berpanas dan lubuk ikan ada kat situ. aku lupa nak snap gambar. sebabnya mata kail aku asyik kena sentak saja..
ini lah peralatan aku mancing.. masih lagi seperti zaman kanak2 aku. pagi tu kawan2 aku heran kenapa aku tak bawah joran.. aku kata nanti aku beli lah tepi jalan alatan pancing aku. masuk kedai pancing aku beli lah alatan untuk aku mancing. kawan2 aku siap syorkan aku beli macam2 joran. tapi aku kata nanti lah aku beli. bab aku lebih suka cara ni. bajet untuk peralatan mancing aku ni rm7.40 kalu aku tak silap..
beginilah aku merasa ikan memakan umpan aku.. setiapn kali ikan menggit mata kail ianya betul2 mengujakan.. mancing cara ni target ikan biasa2 saja. bukan jenis joran ni mancing target ikan besar2 itupun belum tentu dapat hasil. cara aku ni aku gerenti pasti akan dapat hasil.. sebab aku dapat rasa dari awal ikan mula mencium umpan hinggalah umpan ikan telan haha.. sintak dan strike trus.. tapi kalau yang tak biasa memang leceh cara ni sebab tangsi akan behambur kadang2 boleh kusut. jadi baik pakai joran nampak sikit pro situ haha.. rasanya aku seorang saja mancing gaya ni kat situ bab semuanya pakai joran.. aku tak kisah pun orang pandang.. apa yang penting kepuasan mancing tu aku dapat.. mungkin satu hari aku nak beli joran biar joran membangau dan cara ni aku pasti buat sampai bila2.. ianya memang mengujakan aku..
hasil pertama yang aku naikkan.. tak sampai setengah jam.. haha.. semangat tu bila dah dapat tangkap ikan.. aku puashati.. masa ni air belum pasang lagi. baru mula nak pasang.. lepas air sudah pasang naik. memang tak lepas tangan aku.. gigitan demi gigitan aku dapat rasakan. bila rasa mata kail tak ada sentuh. aku pasti umpan sudah habis. jadi aku tarikh hanya pasang umpan saja. tiap kali aku jatuhkan mesti ada gigitan.. tak nak lah aku bezakan ngan pemancing joran pro. mereka ada target ikan besar. jenis aku ni mancing biar terus teruja tampa henti wahaha..
kalau aku tak janji ngan bini aku nak balik awal.. rasanya akan ada lagi ikan yang lebih mengujakan. sebabnya masa ni air sudah naik tinggi. orang kat sebelah aku tu pun sudah naikan ikan besar.. mau tak mau aku terpaksa balik.. kawan2 pun satu ikan tak dapat haha.. aku tahu mereka jenis yang nak strike ikan2 besar ja. jadi tak dapat apapun mereka tetap puashati. ini hasil aku 14 ekor kesemuanya.. lepas lah buat lauk makan malam hahaha.
rasanya itu sajalah... harap ada lagi entri mancing lepas ni. haha
rasanya itu sajalah... harap ada lagi entri mancing lepas ni. haha
Ahad, 4 Februari 2018
Cromok vs Xpdc Live 2018
Konsert metal legends yang berlangsung sabtu lepas menemukan dua band heavy rock thrash metal cromok dan xpdc.. pertembungan yang sangat2 mengujakan untuk disaksikan.. bila dapat tahu saja band cromok akan beraksi aku terus saja rancang jadual kerja aku. Sabtu 03.02.2018 aku masuk kerja seperti biasa.. sampai saja tengah hari aku terus parking lori dan bersiap2 untuk balik ke rumah. Haha awal2 sudah ku bagitau kerani sabtu aku nak balik awal. Nak gi tengok konsert cromok. Diam tak terkata macam biasa dia nak aku kerja ahad untuk back up kerja sabtu apakan daya aku tetap memungkiri janji bab tak larat sangat nak bangun pagi.. masa blackfire hari tu lain macam semangat aku sanggup kerja ahadnya walaupun malamnya tu all out mabuk tujuh lautan haha...
Tak nak bebel banyak2.. aku singkatkan saja kisah kejadian masa konsert yang aku sudah pahat dalam ingatan.. lepas balik dari kerja bersiap2 jam 3 petang gerak ke serdang. Kali ni aku tumpang sahabat lama. Dia ni jarang2 turun ke konsert ntah kenapa tiba2 mesej aku awal2 lagi dia nak tengok cromok. Tak di sangkal lagi kipas mati cromok rupanya hellyeahh.. tanya rakan2 wasap senyap saja kemungkinan tiada sambutan nak tengok cromok. Jadi aku terus deal ngan sahabat ni tumpang dia. Kami bergerak 4 orang dalam satu kereta dan last minit berjumpa dengan geng wasap 4 orang.. jadi terus gerak sama2. Hahaha ini pun aku nak cerita juga. Kalau nak tau list lagu boleh skip ja. Aku taip kat bawa...
Sampai di maeps serdang.. aku ingat tempat yang sama loudness beraksi tempoh hari.. rupanya berbeza lokasi sama maeps serdang tapi tempat lain. Mungkin pihak pengajur sewa tempat berbeza.. sampai sekitar jam 4pm lebih.. aku plan nak sambar sekeping baju rasmi konsert ni. Tercapai hajat lihat gambar atas tu. Itulah gambar bajunya belakang ada tulis kesemua tajuk album dan tahun rilisnya aku suka.. baju design lain pun ada juga banyak pilihan tapi itu saja lah yg termampu untuk dimiliki..
Dihadapan kedai barangan rasmi konsert metal legends ni ada pemuzik busker beraksi menghiburkan para hadirin yang mula memenuhi kawasan tapak konsert. Hebat dan sedap muzik dorang ni menghiburkan.. dari sebelum aku sampai lagi dorang sudah beraksi sampai lah gate dibuka untuk peminat masuk mendapatkan tempat sesuai.. terima kasih pada busker ni kerana menghiburkan kami lu orang memang terbaik..
Macam biasa ambil gambar ramai2 tu satu kewajiban hahaha....dalam gambar tu yang paling hensem adalah aku HAHAHA..
Pada mulanya nak masuk ke tapak konsert tapi tak dibenarkan oleh pihal security katanya jam 7pm baru boleh masuk. Jam baru saja 5 lebih kawan2 yang belum makan lagi kebulur sudah. Apa tidaknya peniaga makanan ada kat dalam kawasan tapak konsert. Sudah bagitau kat jaga nak pergi makan tak juga dibenarkan masuk. Ramai yang kecewa..menanti sampai jam 7pm baru boleh masuk. Bila tiba masa jam 7pm jaga cakap jam 7.30pm pula kejadah kimak apa lancau hahahha orang mula memaki dan mereka terpaksa akur membenarkan maniak masuk..
Wahahaha perna aku baca dalam catatan blog ku dihalaman rindu. Ada satu peminat iron maiden yang sanggup pegang pagar hadapan sampai kan pihak penganjur naik risau dengan keadaannya.. minum makan tidak demi nak menyaksikan band pujaan dihadapan sekali. Haha aku ibaratkan diri pada hari konsert ni. Tidak perna aku terfikir dimana2 konsert aku hadiri untuk berada dihadapan pagar depan stage ni. Tapi untuk cromok aku sanggup pasang khemah hahahaha... kenangan ni beb aku tak kan lupa. Walaupun ada glamrock nak ambil tempat kami berdiri ni mereka tak dapat menguasainya tetap berpaut pada besi pagar hellyeahhh.. keadaaan berubah bila set cromok...
Konsert terlewat dari jadual yang ditetapkan disebabkan ketidak profesional tiada dalam diri.. waktu sebelum konsert tak nak pasang kelengkapan dan sewaktu dengannya. Dalam hati aku berkata apakah tragedi stadium merdeka kembali lagi.. ohh tidak jangan kau buat lagi xpdc. 2 kali konsert berbayar aku turun. 2 kali tu juga aku hampa dan kecewa.. jam menunjukan 9 lebih.. baru lah kelihatan mc mengumumkan kumpulan raja metal malaysia XPDC beraksi.. (perghh raja metal beb. Pasti ramai tak setuju ngan kenyataan ni termasuklah aku ni haha).. XPDC tampa memberikan salam terus menghamburkan lagu BAHALOL perghhhhh sound kat hadapan pagar ni boleh gugur jantung dibuatnya betul kata pengajur lemah jantung tidak di syorkan. Nasiblah aku tak ada penyakit tu jadi aku bertahan dan terus bergumbira headbang walaupun rambut baru nak tumbuh hahaa kemarahan sebelum konsert bermula tadi terus dilupakan.. INI KALI LAH.... warghhhh gila beb ini lah yang aku nak dari xpdc brutal ganas dan menghiburkan.. bukan seperti dua konsert yang perna aku hadiri dulu. Kali ni mael di bantu backing vokal anak muda dibelakang sana.. gaya mael memang tak berubah macam perna aku lihat. Cuma berbezanya komitmennya pada konsert kali ni 200% aku yakin.. gitaris jeff depan2 aku beraksi dengan penuh gaya dan jari jemari begitu asyik beralun memetik gitar.. disebelah kiri zua dan amy dibelakang mengetuk drum dengan penuh bertenaga. Dalam hati xpdc macam tak nak kalah pada cromok ni haha kat VS Cromok tak all out naya ohh kena booo.. jahahaha
Ramai peminat yang hadir pada konsert ni. Konsert loudness itu hari pun tak seramai kali ini. lagu kedua Xpdc. PENYAKIT GATAL terus berkumandang.. diikuti lagu JANGAN TAK MANDI dan mereka terus bagi lagu slow NAFISA sedap lagu ni.. lepas lagu slow terus menghaburkan lagu2 berat mereka.. seperti Raja kertas,senapang patah,JOHNJENIN...Hamba abdi..dan lagu yang di tunggu2 selendang merdeka.. aku naik gila kali ni all out tak ingat dunia.. lagu akhir xpdc malam tu Kita Peng yu.. mengakhiri persembahan mereka. Perghh ini macam lah peminat nak tengok berbaloi.. aku terhibur.
Setlist xpdc
Bahalol
Penyakit gatal
Jangan tak mandi
Nafisa
Raja kertas
Senapang patah
Johnjenin
Hamba abdi
Selendang merdeka
Kita peng yu
Betulkan aku kalau tersilap..
Selepas xpdc pentas di hiburkan dengan pemberian dua gitar karan sumbangan dari (lupa ku namanya) hahaha bertuah betul lah siapa dapat tu. Yang satu no tu dimiliki oleh dua pemegang tiket.. nasiblah dapat dibezakan yang satu tiket tu tertulis jemputan khas. Dapat aku bayangkan perasaan pemegang tiket biasa tu... dengan gumbiranya dia menjerit menang gitar akhirnya kempunan kakkaka.. lebih baik no tak naik dari kena begitu.. tak gitu kawan2 haha...
Saat2 yang aku nantikan dalam hidup akhirnya jadi nyata depan mata.. keluh tak tau nak kata apa Wow gitu... saat set cromok lampu dimalapkan dan lagu the ulek berkumandang.. habis saja the ulek terus sambung lagu MISTY.. perghhh menjerit kerasukan dibuatnya.. tak sampai lagu bermula gitar karl bermasalah.. set cromok terpaksa berhenti seketika..warrghhh... baru saja feel dia merasuk kesegenap andrenalin terus terhenti seperti masa ikut berhenti semula. Apa sudah jadi...
Setlist xpdc
Bahalol
Penyakit gatal
Jangan tak mandi
Nafisa
Raja kertas
Senapang patah
Johnjenin
Hamba abdi
Selendang merdeka
Kita peng yu
Betulkan aku kalau tersilap..
Selepas xpdc pentas di hiburkan dengan pemberian dua gitar karan sumbangan dari (lupa ku namanya) hahaha bertuah betul lah siapa dapat tu. Yang satu no tu dimiliki oleh dua pemegang tiket.. nasiblah dapat dibezakan yang satu tiket tu tertulis jemputan khas. Dapat aku bayangkan perasaan pemegang tiket biasa tu... dengan gumbiranya dia menjerit menang gitar akhirnya kempunan kakkaka.. lebih baik no tak naik dari kena begitu.. tak gitu kawan2 haha...
Saat2 yang aku nantikan dalam hidup akhirnya jadi nyata depan mata.. keluh tak tau nak kata apa Wow gitu... saat set cromok lampu dimalapkan dan lagu the ulek berkumandang.. habis saja the ulek terus sambung lagu MISTY.. perghhh menjerit kerasukan dibuatnya.. tak sampai lagu bermula gitar karl bermasalah.. set cromok terpaksa berhenti seketika..warrghhh... baru saja feel dia merasuk kesegenap andrenalin terus terhenti seperti masa ikut berhenti semula. Apa sudah jadi...
Rasa berdebar2 menanti persembahan bermula terhenti.. cromok memainkan semula lagu misty dari mula. Tapi feel tak sama macam sambung terus dengan lagu the ulek tadi.. aaarghh apapun aku lupakan itu semua apa yang ada dihadapan mata sekarang ni dan sound terhidang memang memukau sanubari ku. Gila padu bak kata seorang sahabat serupa mendengar cd. Ya aku akui kebenaranya.. memang mantap sound cromok. Aku boleh bandingkan seperti sound loudness tempoh hari. Vokal sam tak berubah sama seperti dalam cd aaaarghhh.. aku tak tipu korang yang tak turun boleh dengar kat youtube sana.. lepas lagu misty cromok terus naik gila dengan lagu the other.. aku terhibur dengan gelagat sam atas pentas tak duduk diam berlari kesana kesini dengan gitar bass nya.. semangatnya harus di puji all out sehabisnya... lagu di teruskan misery, intro + memories.. sekali lagi seperti dengar cd hahaha.. menghiburkan.. aku terpaksa undur kebelakang sikit dan melepaskan pagar hadapan disebabkan ada mangkuk hayun duduk atas speker depan seperti menonton wayang. Juru kamera pun sama ambil kerja senang duduk atas speker kat hadapan. Yang kami di depan ni sudah terganggu penglihatan. Masa xpdc tak ramai lagi atas speker ni. Yang aku heranya securitynya tak tegur biarkan saja. Andai kata keluar dvd live terlihat lah kelibat kepala mangkuk hayun semua ni. Pasti susah nak edit. Kemungkinan dvd tak kan keluar lagi kita layan youtube lagi untuk segarkan semula ingatan...
Lagi satu set cromok hampir terganggu oleh segelintir peminat. Bila ada yang sudah mula naik ke atas pentas. Di tambah lagi oleh security yang tak nampak profesionalnya.. aku tak nak blame persatuan korang tapi yang jaga kat depan stage tu memang tak pandai tenangkan keadaan.. hampir cacat show cromok dibuatnya. Ditambah lagi oleh mangkuk hayun duduk atas speker tu fuck off!!!
Kalau nak tulis makin panjang haha. Berbalik pada cromok lepas lagu memories lagu seedling kalau tak silap.. habis saja lagu ni kerusi digerakkan kehadapan dan mizi turun dari tempat mengetuknya.
Lepas lagu slow..diteruskan dengan lagu berat lagi dan sam naik gila semula hahaha.. menghiburkan gayanya.. depan mata gini melihat sama peluh jatuh pun lihat tidak sia2 beli tiket lemah jantung jangan beli hahaha lagu seterusnya kesukaan ramai. LITTLE ONE aaarhhh tak tau dah nak kata apa semua yang best yang gila sedap sudah di ungkapkan.. totalnya malam tu aku sangat terhibur dengan persembahan cromok... nampak sam tak suka bawa lagu slow boleh lihat gambar atau video kat mana2lah. Hha apapun lagu ni lah juga menaikkan dorang kalau tak amuk rosakkan lagu ni rasanya tak terngiang2 di fikiran lirik amuk tu seakan menguji kah apa. Tak heran aku dia nak cover apa lagu cromok. Jangan lah nak cover lagu ni. Ini kira lagu tak payah letak lirik pun kita boleh terhibur another you bukan seakan menguji huhu..
I dont belong here.. rasanya jangan ngaku lah pengemar muzik berat rock malaysia kalau tak perna dengar lagu ni... lagu yang paling aku nantikan juga dalam set cromok ni. Tepukan gemuruh buat pemuziknya. Lepas lagu ni. Aku tak dapat nak pastikan lagu seterusnya. Aku main teka saja ikut halwa telinga aku. Jadi tak pasti lagu apa yang ke 11 ni. Lepas tu lagu hampir ke penamat show STRANGER.. dan lagu terakhir bukan penutup.. OBSESSED..
Setlist cromok (betulkan aku kalau silap)
The ulek
The other
Misery
Intro+memories
Seedling
Another you
Journey
Little one
I dont belong here
Tak tau tajuk apa
Stranger
Obsessed
Maka tamatalah show metal legends 2018..
Rasa nak balik sudah tetiba ada pengemuman pihak pengajur bermurah hati ingat memberikan lagi satu persembahan istimewa menggandingkan dua band di atas pentas sekali gus.. cam wings ngan search gitu. Pergghh sayangnya mael tidak ada bersama.. kemana kah dia pergi...
Persembahan penutup ni rasanya mereka tak rancang awal.. 2 lagu mereka bawakan tampa mael di atas nampak blurr setiap pemuzik nak mainkan lagu apa..
Kalau tak silap aku lagu
Ntahapaapantah dan metallurgical
Lagu xpdc tu memang behambur haha tapi masih boleh diterima akal, andainya mael ada mungkin menjadi lagu tu. Metallurgical pula perghhh mantap menghiburkan setiap pemuzik tau rentak lagu ni. Serasi semua lagu pun menjadi..
Selesai saja lagu tu balik lah.. sempat lah lepak2 kejap tunggu jalan keluar tak jem. Jadi sempatlah berdiskusi pasal gitaris kedua cromok tu. Kawan2 yang lain kata itu gitaris bekas line up band humiliation. Aku pun biar betul. Siap google lagi band humi. Haha kalah berdebat aku. Belum cukup maniak humi lagi aku. Haha apa tidaknya dia main ngan humi sampai tahun bila. Dan masa dalam humi pun rambut gonrong, ni kali pendek. Haha apapun dia memang penyeri set cromok terbaik.
Kami pun meneruskan perjalanan ke klang ke lembah shisa nur ingin melahap nasi usa. Hanya berbekalkan roti jhon saja dari petang tadi sampai jam 2pagi. Lepas makan borak2 kejap shisa nur pun berkemas nak tutup.. apalagi bayar dan balik rumah. Nasiblah pintu terbuka orang rumah terjaga dengan ketukan aku hahaha kalau tak aku tido luar hellyeahhh..
Ohya ada mesej penting sam cromok pesan 5 may ni. Aku pun kompius 5 may ni dorang nak beraksi lagi.betul ke. Kawan aku eyakan. Ya dorang akan bikin konsert di JB nanti.. kalau di kl aku trun lagi sekali. Kalau jb. Enjoy berteromber. Haha.
Nota-kekasaran bahasa adalah disengajakan. Dan list cromok tu aku berani bilang 85% tepat Hahaha.. xpdc tu senang lah nak tau lagunya. Dalamn lagu pun ada tajuk sudah huhu...
(K tunggu rambut aku gonrong semula baru aku trun gig. Impiety dan band gergasi dunia di kecualikan.. huhu)
Khamis, 1 Februari 2018
Overhaul
Band baru dari shah alam.. lagunya belum dengar sudah pakai bajunya hahaha.. hari tu sudah menerima kasetnya. Tiba2 pula pemain kaset aku rosak. Sound jatuh mendap tukar kaset lain sama juga jadi aku terpaksa lupakan untuk mendengar kasetnya tunggu aku repair atau dapat pemain kaset baru. Dengarnya band ni main metal punk nye stail membaca pada tajuk lagunya dorang ni taksub ngan bangkok thailand sana.. huhu.. ohya terpanjang pula sebenarnya nak tayang baju ni saja.. ni lah baju kuning pertama aku beli sebenarnya aku tak berapa suka warna ni. Warna dlm hidup aku ni merah hitam putih dan biru. Kuning ni macam silau pula melihatnya haha. Apapun cantik lukisan baju ni... hampir terlupa.. kaset band ni terpaksa dikembalikan ke pada band sebab ada masalah teknikal sound mendap masalah dari kilang. Ada 2 3 membe aku yang sudah dengar kaset tu. Jadi band membe ni minta di pulangkan semula kaset tu dan nanti digantikan dengan yang baru.. huhu.. apa lagi aku pun terus bagi kaset aku tu. Walaupun aku tak sempat dengarnya, kalau sudah ada yang komplem sound mendap dan akan digantikan dengan baru baik aku bagi aku nye kaset tu. Kemungkinan besar soundnya juga mendap.. huhu nanti aku dapat kaset tu aku tampal sini.
Ni gambar kaset tu yang sempat aku snap.. kaset pertama 2018 aku beli. Tak sangka pula pemain kaset aku sound jadi perlahan.. tunggu lah aku dapat semula kaset ni nanti aku cerita pasal muzik dorang..
Ni gambar kaset tu yang sempat aku snap.. kaset pertama 2018 aku beli. Tak sangka pula pemain kaset aku sound jadi perlahan.. tunggu lah aku dapat semula kaset ni nanti aku cerita pasal muzik dorang..
Langgan:
Catatan (Atom)