Ahad, 11 Februari 2018

Memancing di jambatan muhibbah pulau indah




entri kali ni nak cerita pasal mancing pula.. nanti2 lah aku update pasal muzik.. haha bagi yang pertama kali mancing bawah jambatan muhibbah ni entri ni khas buat korang... aku pun kali pertama mancing kat sini. adalah satu dua kali aku pergi mancing kat pantai aceh sana. tempat tu jauh.. aku lupa nak share kisah aku mancing sana. nanti2 lah aku share kalau aku pergi lagi. aku ni bukan lah pemancing pro. mancing zaman kanak2 aku dulu memang biasa lah. tinggal tepi laut.. tak pandai berenang kawan tak nak jadikan kita kawan. makanya terpaksa lah belajar berenang.. dah memang ada darah bajau ni kejap ja belajar masa cuti sekolah kelautlah jawapnya mancing.. walaupun ayah melarang keras pergi mancing kelaut. kalau aku fikir2 sedih gak lah hasil tangkapan aku. terpaksa aku beri pada kawan2 takut nak bawah balik kerumah nanti kena sebat oleh ayah...

hahaha berbalik pada tajuk entri ni. nak mancing kat bawah jambatan muhibbah ni hanya lah bermodalkan rm2 saja sekali masuk. ada yang jaga sana. mereka sudah buatkan tangga untuk kita melalui bawah jambatan. yang takut tinggi dan jatuh kelaut tu harap anda kental lah. bab kita meniti kat atas jambatan yang nampak macam bila2 masa saja nak runtuh. tapi tak heran lah kalau jatuh pun  bukan jatuh ketanah. jatuh ke air laut juga. tapi aku berani jamin jambatan tu kukuh dan selamat untuk di lalui...


gini lah rupa jambatannya.. rasanya ni jambatan untuk pemeriksaan pihak berwajib. cumanya orang2 yang buat tangga ke tempat mancing tu dapat edia nak buat duit sikit jadilah kenakan bayaran kat kaki pancing yang dtg membangau kat sini.. 


jangan risau anda tak keseorangan ramai kaki pancing dtg kesini.. yang kat atas laluan kereta api tu pun ramai.. apalah sangat bayar rm2 ambil risiko kan. ntahlah mungkin mereka suka berpanas dan lubuk ikan ada kat situ. aku lupa nak snap gambar. sebabnya mata kail aku asyik kena sentak saja.. 


ini lah peralatan aku mancing.. masih lagi seperti zaman kanak2 aku. pagi tu kawan2 aku heran kenapa aku tak bawah joran.. aku kata nanti aku beli lah tepi jalan alatan pancing aku. masuk kedai pancing aku beli lah alatan untuk aku mancing. kawan2 aku siap syorkan aku beli macam2 joran. tapi aku kata nanti lah aku beli. bab aku lebih suka cara ni. bajet untuk peralatan mancing aku ni rm7.40 kalu aku tak silap..


beginilah aku merasa ikan memakan umpan aku.. setiapn kali ikan menggit mata kail ianya betul2 mengujakan.. mancing cara ni target ikan biasa2 saja. bukan jenis joran ni mancing target ikan besar2 itupun belum tentu dapat hasil. cara aku ni aku gerenti pasti akan dapat hasil.. sebab aku dapat rasa dari awal ikan mula mencium umpan hinggalah umpan ikan telan haha.. sintak dan strike trus.. tapi kalau yang tak biasa memang leceh cara ni sebab tangsi akan behambur kadang2 boleh kusut. jadi baik pakai joran nampak sikit pro situ haha.. rasanya aku seorang saja mancing gaya ni kat situ bab semuanya pakai joran.. aku tak kisah pun orang pandang.. apa yang penting kepuasan mancing tu aku dapat.. mungkin satu hari aku nak beli joran biar joran membangau dan cara ni aku pasti buat sampai bila2.. ianya memang mengujakan aku..


hasil pertama yang aku naikkan.. tak sampai setengah jam.. haha.. semangat tu bila dah dapat tangkap ikan.. aku puashati.. masa ni air belum pasang lagi. baru mula nak pasang.. lepas air sudah pasang naik. memang tak lepas tangan aku.. gigitan demi gigitan aku dapat rasakan. bila rasa mata kail tak ada sentuh. aku pasti umpan sudah habis. jadi aku tarikh hanya pasang umpan saja. tiap kali aku jatuhkan mesti ada gigitan.. tak nak lah aku bezakan ngan pemancing joran pro. mereka ada target ikan besar. jenis aku ni mancing biar terus teruja tampa henti wahaha..


kalau aku tak janji ngan bini aku nak balik awal.. rasanya akan ada lagi ikan yang lebih mengujakan. sebabnya masa ni air sudah naik tinggi. orang kat sebelah aku tu pun sudah naikan ikan besar.. mau tak mau aku terpaksa balik.. kawan2 pun satu ikan tak dapat haha.. aku tahu mereka jenis yang nak strike ikan2 besar ja. jadi tak dapat apapun mereka tetap puashati. ini hasil aku 14 ekor kesemuanya.. lepas lah buat lauk makan malam hahaha.

rasanya itu sajalah... harap ada lagi entri mancing lepas ni. haha

7 ulasan:

  1. lubuk gelamak...mmg sedap mancing klu mcm ni

    BalasPadam
  2. perghh.. kalau orang pandang pun diorang pikir brader ni memang legend

    BalasPadam
  3. pergh...memang terer...aku pulak tak minat mancing...nak menunggu ikat tu aku cepat bosan...kang aku pasang lagu King Diamond lari pulak ikan...haha...

    BalasPadam
  4. Mmg stylo cara ko memancing.haha..boleh tahan hasilnya.alhamdulilah rezeki

    BalasPadam
  5. Pergh gaya bro mancing memang style. Terbaik

    BalasPadam
  6. uvianhell ko patut buat lebih banyak posting ""national geographic """macam ni..
    "membangau"hahaha

    BalasPadam
  7. Belah mana yer nak masuk simpang. Baru dgr kat surau tadi minat gak nak pergi. Bila bila bole masuk ke

    BalasPadam