Ahad, 6 Mei 2018

Cromok - forever in time (gold disc 2018)



Sebelum tu aku nak cerita sikit lah.. kebelakangan ni memang aku sudah jarang masuk blog ni disebabkan kekangan masa yang agak terhad.. kalau kerja dulu aku kena tunggu masa. Kerja sekarang ni pula aku kena kejar masa all out sepanjang hari. Tapi itulah gian nak baca entri terbaru dari jiran2 blog ni kadang2 buka lah kat henpon baca.. 

Terus cerita perihal cd terbaru yang mendarat kat rumah 3 hari lepas. Album terulung dari raja thrash metal malaysia cromok forever in time. Apa yang menariknya tentang rilisan semula ni. Bagi aku secara peribadi rilisan ni memang cukup sempurna. Didatangkan dengan cd emas dan inlay kulit album warnanya nampak terang dan mengiurkan aku. Masa pre order aku terus order kat fb saja takut melepas sebab di kabarkan rilisan ni agak terhad. Dan dengar kabarnya jualan kat seller fb sudah sold out.. mungkin di kedai2 berhampiran masih boleh di dapati. Jusco tempat aku ada ternampak 2 ketul lagi. Nasiblah aku ni jenis beli seketul saja sudab puas dan tak fikir masa akan datang. Nak jual balik harga yahudi. Aku amat menghargai sound dari fikir wang ringgit di masa datang menyauk keuntungan dengan menjual semula rilisan ni hahaha.. beli banyak2 buat apa tu.. tapi itulah kan minat masing2 kepuasan masing2 terpulang.. untuk sound album rilisan semula ni sudah di upgrade kan ke 24bit. Tak banyak aku tau bab 24bit ni apa yang telinga aku dengar soundnya kedengaran agak kuat banding ngan yang asal mungkin 16bit gitu. Pada mulanya dengar cd ni aku rasa macam afa cacat pada soundnya. Aku tak nak andaikan dan buat komen awal sebab masa aku dengar aku agak kepenatan.. aku cuba bezakan sound pada cd yang aku miliki pening juga aku nak tuKar2 cd.. kaset jangan tanya beb. Player tape aku dah menemui ajalnya tak dapat dah nak play kaset lagi tengah mencari2 tape player yang sesuai ni. Lepas beberapa kali aku dengar baru lah aku sedar yang sound rilisan semula ni kedengaran agak bagus.. jadi kesimpulannya kalau minat cromok belilah album ni buat tambahan koleksi. Boleh dengar sound berbeza dari yang asal.. 

K itu je.. banyak dah rilisan aku tak up dalam blog ni seperti yang aku cakap awal tadi masa agak terhad sekarang ni. Tapi aku akan teruskan juga berblog ni... 

Selamat menikmati hari cuti jangan lupa mengundi tanggal 9 ni. Pilih lah mereka yang layak meminpin negara tercinta ni bukan yang korupsi like imdb kakakakakaka

5 ulasan:

  1. Baru tau cromok pun ada kluar gold cd

    BalasPadam
  2. aku tak beli.... bajet dah habis...haha..

    BalasPadam
  3. PLEASE .. VOTE FOR PAKATAN HARAPAN.. HIDUP TUN MAHATHIR

    BalasPadam