Memaparkan catatan dengan label Impiety. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Impiety. Papar semua catatan

Selasa, 4 Ogos 2015

Impiety - Vengeance Hell Immemorial (kaset)




Gembiranya hati bila dapat bungkusan yg dipesan.. kaset ni semalam mendarat, harganya rm20. murah sudah tu utk kaset import, kaset ni rilisan 2015, pertama sekali diriliskan dalam format digipack tahun 2012 oleh evildead sabah.. utk kaset ni lebal thailand yang kasih rilis., kaset ni ku beli ngan thrashingfist.. infonya begitu lah...


HAHAHA,,, gembira menjadi duka, kecewanya aku, bila kaset baru beli terus hancur bekecaiiii.... bayangkan dan lihat gambar atas ni, betapa hancur dah lulunya hati ku... kaset ni patut pun murah, rupanya kualiti nya memang hancur. tali kasetnya lembut cam agar2..sekali play saja side A dah hancur.. terpaksalah aku buka, dan potong buang apa yang tak berguna tu, tinggal sikit saja yg tinggal, itu pun sound nya sudah berombak, sebab tali hancur bekecaiiiiii....


separuh yang tinggal tu, dengar boleh lah tapi feeling sudah hilang bab ada campuran bunyian pelik. lepas mendengar kaset ni, ohya best gak lah album kompilasi ni.. rasanya kalau ada rezeki nak sambar digipack nya tu, itu pun kalu ada yang jual murah2.. mampu milik... bila sound kaset ni dah tak sedap, makanya simpan saja lah buat koleksi, pelengkap kaset2 impiety  aku.. huhuhuhu...


setlist lagu2nya tu mmg mantap lah.. ambil dari demo, single, split... sound pun raw gilababi... best . tapi sayang sekali kaset ni sudah hancur... huhuhu.. ok lah kbai, pesan aku klu nak beli kaset ni baik fikir 2 kali, kalu mau beli juga rasanya ianya hanya boleh buat koleksi saja. 

Rabu, 2 April 2014

IMPIETY - KAOS KOMMAND 696 / PARAMOUNT EVIL

paramount evil / kaos kommand 696
impety,band paling disanjung dan dicaci,itu yang aku baca,dan aku malas mau huraikan apa yang tak kena dengan band ni hehehe.... okey ceta pasal muzik untuk 2 kaset ni,sajalah.sebelum tu aku bagitaulah dari mana aku dapat dua kaset ni,seperti perna aku ceta dalam blog ni,yang sapa baca tu maka tahulah,ini antara kaset yang ada dalam list kaset rakan aku yang dia nak tolak atau lepaskan,mungkin dah sampai seru bertukar ke cd atau pun mp3 ke,atau dah malas dah nak layan kaset,jadi aku ni kira rakan2 rapat kenal lah,dengan aku punya hobi ni,aku ni suka beli kaset2,apa lagi kalau kaset tu murah2 dan ada nilai klasixx nya..tampa banyak fikir aku akan angkat..

banyak juga kaset dalam list rakan aku ni,namun aku tak perna memiliki 2 kaset ni,dan aku memang teringin sangat nak mendengar dan memilikinya,mendengar tu aku boleh dengar kat youtube namun mendengar dalam fomat kaset ni,salah satu yang menarik,kalau kaset paramount saja rasa aku ambil kaset lain lah,disebabkan kaset kaos kommand tu makanya aku terus sambar keduanya.

untuk 2 kaset,aku banyar rm30,dan aku yang letak kan harga,dan aku banyar ikut harga pasaran lah,mungkin kalau bukan kawan2 rasanya kaset2 ni seketul rm30 dah,nasib saja ni kawan dia pun tak banyak songeh dan deal. lepas ni aku terfikir nak angkat 5 lagi kaset yg ada dalam list tu.. tengok lah cemana kalau ada rezki lebih angkatlah kalau tak dah kena fokus untuk yang lebih utama saja..hehehe

makin tersasar pula kan..hehe itulah ceta biasalah kena ceta ikut rentak hati baru rasa ada menarik nak menaip,kalau nak ikutkan ketepatan memang aku bukan jenis macam tu,hohoho

oklah....lets go to the sound...lagu2 dalam kedua album ni,mak aiii...memang boooommm,bunyi ketukan mesingan menemani semua lagu2 dalam ni,yang lagi menariknya,lagu2 dalam ni,terus dihambur dengan vokal dan tak selalu kosong,maka patutlah band ni diangkat kesatu label yang band asia lain tak kecapi.dan impiety memang layak.,.. tiada banyak kata nak hurai,sound untuk kedua album ni,ianya trus saja masuk tampa dipaksa,mungkin disebabkan kelajuan sound hentakan seperti mesingan,mewarnai lagu2 2 album ni... ianya memang menghiburkan aku.. abis...

Isnin, 30 Disember 2013

IMPIETY - ASATEERUL AWALEEN

asateerul awaleen
kaset ni aku beli dengan harga rm15,masih ada plastik lagi dan belum buka,kiranya baru stok lama,kaset ni keluaran 2004 dan agak rare jugalah sekarang ni..album pertama impiety versi asal tu  masih senang dijumpai,harga pun dalam rm35 itu pun dah kira murah ada yg jual cekik darah.. antara 7 lagu tak temasuk intro aku suka trak no 2 Divine Hutamahan Frostfuck, hmm tak banyak nak dicerita,tapi keseluruhan album ni memang layan...

list lagu dlm kaset ni,copy dari metal arkib
1. Intromancy-Dzuul Ar'Shil Jaheem 01:59  
2. Anal Madonna 06:36  
3. Divine Hutamahan Frostfuck 06:53  
4. Hymnvocation of Nazarethian Nunwhores 07:19  
5. Magick-Consecration Goatsodomy 05:33  
6. Ceremonial Necrochrist Redesecration 03:30  
7. Bismishyaithan 06:16  
8. Blasphemyth... the Seventh Goatspawn 01:43