Rabu, 2 Julai 2014

IRON MAIDEN - A MATTER OF LIFE AND DEATH


Selepas bertahun2 aku tak dengar album ni, akhirnya semalam dapat mendengarnya semula, dalam format kaset plak tu hehe.. siapalah aku kan nak bercerita pasal iron maiden huhu..... cumanya disini aku nak cerita, kaset ni agak istimewa dengan hidup ku ini, sebelum aku dengar kaset iron maiden ni, aku belum perna sekali pun dengar lagu2 mereka, tapi yang peliknya, sekitar tahun 2005, aku dah pakai dah baju2 iron maiden ni, bootleg lah belambak kat klang dulu, design pun mantap2, sekarang ni hampehh...

masa tu aku memang gila dengan baju iron maiden, selain dari search dan cromok, masa era poser aku bukan true dengan muziknya, true dengan baju2 saja.. hahaha.. kawan2 selepak aku sibuk dengan dress rock kapak mereka, seluar harimau baju loudness dah macam filem rock masa tu kalau aku ingat balik, rasanya ada 2 3 orang saja yang lain citarasa malu nak pakai seluar harimau kuda belang etc, 2 3 orang tu temasuk aku lah hehe.. aku biasa saja jeans dan baju hitam ok.. jiwa love to search lah memang gila ngan search, masa filem rock oo keluar, kawan2 aku mmg minat ngan rimba bara, aku pula tertarik ngan malaikat mautttt.. apa sudah aku taip ni.. jauh dari landasan a matter of life and death sudah..


sambung balik pasal kaset iron maiden tu kikiki.... begitu lah ceritanya sebelum dapat kaset ni memang tak perna dengar sekalipun iron maiden, masa tu buta internet, utube pun tak tahu buka cemana... album ni rilis aku ternampak, terus beli, walaupun hati mengatakan tidakkk... takut lagu setan, isu black metal masih berbahang lagi, gelombang kedua,  dah aku pakai baju iron maiden tapi tak perna dengar lagu2nya.. aku terus bayar saja, berdebar juga bila dengar, last2 dia punya suara lebih ganas dari cromok.. layan terus lah..

siang malam pergi kerja balik kerja cuti hujung minggu tak melepak, aku habiskan dengar kaset, terutama sekali kaset yang baru aku beli, kaset ni, memang kerap kali aku pasang, sampai dah terhadam sepenuhnya, lagu2 dalam ni, yang paling aku suka lagu the pilgrim ngan the reincarnation of benjamin breeg, rentaknya memang sempoi... 

lepas tu bertahun lah juga kaset ni kat aku, bila sepupu aku nak balik kg dah, masa tu kami duk kat hostel tempat kerja kami dulu.. teringat pula aku bilik hostel tu, penuh ngan gambar2 yang kami kerat dari surat kabar.. macam2 band rock yang kami tampal... tak sangka juga aku masa dia berkemas dia minta kaset ni kat aku, dia saja sepupu aku satu kepala kat muka bumi ni, jadinya aku pun bagi lah kat dia, ntah dia masih simpan ke kaset yang aku bagi tu, atau dah hilang... dia pun ni last aku jumpa beberapa tahun lepas2 sampai skg los kontek kami huhuhu..

kalau nak diceritakan pasal kaset ni memang boleh macam cerpen ni entri,hahaha... ohya kaset ni aku terlihat dalam toko beberapa bulan lepas, bila aku suruh hold, tak sangka dapat pula, ingatkan kaset second rupanya masih berbalut... gumbiranya hati ku semalam... teringat kembali masa zaman jahilliah ku dulu.. dengan harga rm25 termasuk poslaju.. dari kk-klang, memang berbaloi.. terimakasih sama si penjual kaset ni. sekian penceritaan ku ini jumpa lagi di lain halaman....huhuhu.

15 ulasan:

  1. aku suka baca posting2 kau, tak tahu nak ketawa ke nak nangis.
    thorbaik.

    BalasPadam
  2. buat masa ni aku cuma guna sony nye simple mp3 recorder je, tapi aku intend nak beli pro nye bootleg equipment kalau ada rezeki pasal ni minat aku, aku suka dengar live recording bands yang dirakam aku sendiri dan bootleggers lain, pasal tu la the real thing aku dapat hidupkan balik pengalaman aku ngan segala kesilapan band takde edit.
    Dulu2 aku pakai minidisc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. recommended guna zoom H1, lepas tu stok SD card banyak2 atau kapasiti besar

      Padam
  3. lepas ni dah boleh try pelan2 cari album2 awal dorang....

    aku dulu2 semua kaset maiden versi lanun apache...sayang betul la dah hilang....

    BalasPadam
  4. walkman sony ada 3 bijik. (rip)

    walkman aiwa ada 1 bijik. (rip)

    walkman toshiba ada 1 bijik. (rip)

    mini kompo aiwa ada 1 bijik. (rip-tahun lepas dah kasi jual kat sokabar lama)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dah berapa aku beli mini player kaset+cd, dah lupa... kaset ni antara yang buat aku heppy.. i love kaset

      Padam
  5. Lepas ni kompem ko akan Cari album maiden lagi..heheh..album tu aku suka lagu different world..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ada rezki ngam dengan harga aku memang rembat.

      Padam
  6. ni lebih kurang mcm cerita aku dgn kaset album a real live one

    BalasPadam
    Balasan
    1. permulaan maiden aku..

      Padam
    2. kalau CD iron maiden (ori) pertama aku beli, album ni lah

      Padam
  7. Tahniah geng...up the irons!

    BalasPadam
  8. suka album ni.. sounds modern and yet classic.. also sounds progressive and almost as a concept album.. bagi aku no filler.. up the Irons!



    BalasPadam