Selasa, 14 Julai 2015

Ucapan tulus iklas dari aku

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA


hari ni aku last kerja, lepas ni nak bercuti panjang sampai bulan depan... hahaha.. aku nak balik kampung, balik dari kampung nanti aku ceritakan benda menarik, makanan menarik yang ada kat kampung aku tu ye.. in sya allah ada rezeki panjang umor.. berjumpa lagi.. tak tahu nak taip apa, cumanya aku nak ucapkan setulus hati ku buat kawan2 yang selalu singgah blog ku ini, semoga korang semua gembira dihari raya nanti... itu je kbai semua.. YAHOOO..... satu hari dihari raya aku menangis tanda gembira < lagu lejen.. ku gembiraaaaaa....... mungkin ini lah dia kebahagiannnnn..... 

Isnin, 13 Julai 2015

LOUDNESS - THUNDER IN THE EAST / serta hasil belian aku sabtu lepas.. hehe



Salam semuanya..
aku nak cerita pasal kaset loudness ni pula, hari sabtu lepas aku pi kl beli apa yang patut utk persiapan raya dan juga balik kampung, aku gerak ngan anak lelaki aku, kami berdua je, bini tak mau ikut, aku tak bagi ikut, sebab kali ni aku nak gerakan solo nak pusing satu kl katakan, paginya tu anak aku nak ikut aku bawa sekali lah.. kalau nak cerita memang banyak lah kisahnya, dalam perjalanan aku tu aku jumpa gak kaset2 yg dijual murah. macam kaset loudness ni..

cari2 dalam rak tu, aku terlihat kaset ni, harga rm8 satu, kalu beli 2 rm10 dapat 2 kaset., baik aku beli 2 kan, aku pilih kaset ni sebabnya loudness tu, lagi2 album merah putih ni, rasanya rockers pasti tahu lah kan album ni, terus terang aku cakap, aku tak perna beli album loudness ni, perna beli vcd live je, itupun era dorang bukan rock kangkang haha...

dalam kaset ni hanya lagu crazy night ja ngan heavy chain perna dengar, yang lain2 tu tak perna. crazy night ni setahu aku dengar dulu dari sil khannaz, band ni ada bawa cover song dalam album kompilasi purnama 13, memang layan rentak lagunya. bila dengar kaset ni, fuhhh mantap gila lah sound, terhibur gila2 aku dibuatnya, dari hari pertama aku play, tak jemu2 rasanya mendengar. kesemua lagu2 dalam ni memang heavy. layan. ohya rasanya mcm perna baca kat blog sapa lupa, kalau tak silap berteromber ada cd ni kot..

lagi satu kaset tu aku publish esok kalau sempat, esok last kerja dah dan nak bercuti. raya mari beb.. balik kampung lagi., serram juga ni tapi berserah pada takdir lah kan.. apapun kaset ni memang layan nda rugi membelinya. ohya banyak juga kaset kat rak tu, aku ada nampak kaset band TOTO, teringat pula bro deaf., hampir aku beli., tapi itulah nanti salah band kan.. apapun kalu aku pergi kl lagi aku rasa aku nak beli kaset tu. banyak juga band punk.. adooiii sampai rumah baru nak itu ini. hahaha sebab utama nya aku p kl tu nak cari seluar ngan kasut, last2 aku beli kasut kat jusco tempat aku., penat2 ja aku p kl, tapi ok lah dapat beli seluar yg harga murah2. ngan dapat 2 ketul kaset dan patchess uuiiii.. itu je kot.

gambar kat bawa ni pula hasil hari tu...


levi's ni aku beli yang murah sikit, dapat free yang ni, letak kunci katanya, klu beli yg mahal dapat free baju.


jaket ni rm5 hahahaa bundle nye, levis juga, sambar dekat chowkit... ni utk projek battle jaket aku k whaha


singgah kat campbell sambar 2 patches ni, rusty blade ngan search tu.. rm7 satu dapat rm15 2 ni.


yang akhir sekali kasut ni,penat ja aku cari kedai kasut kat kl tu, last2 beli kat butik converse nya takut terbeli yang ciplak punya. aku ada belikan mizi punya ciplak hahaha.. terakhir sekali aku beli kasut seingat aku masa bujang lagi. tu pun kasut convers juga, aku percaya ngan ketahan kasut ni sebab tu aku beli. mungkin kasut ni kalu bertahan sampai 10 tahun pun aku akan pakai.. hahaha..

itu je lah.. selamat berpuasa... ohya kedai kaset aku beli tu kat pertama komplex.. hari sabtu tu aku nak pitam kaki kebas, mizi pun kaki dia melecet dah, sampai kota raya kami balik g parking kat sogo, naik teksi hahahaha... kbai

Jumaat, 10 Julai 2015

Silent death - tribute to old school metal



kaset ni lah yang aku berkenan hari tu, harga kaset ni rm2 je. aku ni tak follow sangat silent death ni, tapi aku tahu lah serba sedikit pasal band ni kan, sapa tak kenal album before the sunrise tu pure death metal tu. kaset ni pula aku sangkakan cam album pertama tu lah. rupanya ni album tampa pengasas silent death, cemana lah dorang ni boleh buat album ni tampa orang kuatnya kan. lagi2 album ni album tribute utk band2 metal lama, nak kata menarik tu tak sangat lah. alah kadar ja dengar2 begitu saja ok lah. aku rasakan ni bukan silent death lah baik dorang tukar nama tu dari merilis dengan nama band ni kan tapi itu lah target pasaran kali. nak kata rugi belinya tak juga bab rm2 je huhu... simpan buat koleksi... 

Rabu, 8 Julai 2015

Eternal oath - Ar Est Celare Artem



salam semuanya...
aku nak cerita sikit pasal kaset ni, kaset ni semalam aku beli, macam biasa aku lepak lepas tarawih, pelepakan kami kali ni sebab kawan2 akan balik kampung bermula hari ni. makanya lepak buat terakhir kalinya dibulan ramadhan, macam biasa ada kawan2 yang nak tolak kaset2.. semalam memang banyak kaset namun hanya sekeping saja yang berkenan dihati. bukan kaset ni, kaset ni kawan aku rekomen, katanya best band ni, main black metal siap pra dengar lagi kat utube. dgr kat utube tu dengar macam bagus., aku pun teracun jadinya aku beli.

sebetulnya aku tak tahu apa2 pasal band ni, ada juga aku lihat orang jual, rasanya kaset ni jadi buruan juga bagi mereka yg pencinta kaset metal 90an. kaset ni rilisan nebiula memang rare lah kan nebiula pun tu dah tutup kedai, jadi apa2 rilisan nebiula 10 ke 20 tahun akan datang akan jadi rare dan boleh jual berbillion ringgit cam duit 1mdb tu kakaka....

ok band ni berasal dari temasek, seperti apa yang aku taip kat atas aku tak tahu band ni k. semalam aku play 2 kali, maka aku simpulkan band ni main cam ambient nye sound tapi ada elemen black gitu jeritannya tu, boleh juga aku simpulkan soundnya cam burzum, pastu ada satu lagu tu sebijik cam bathory punya lagu, gaya penyampaian vokal nya tu. nak kata black metal hutan tak lah, seperti kata kawan semalam ni black metal 90an punya feeling. aku rasa kawan ni silap bagi info. aku rasa yg dia maksudkan tu band eternal apa ke namanya tu hampir2 sama juga nama band ni..

masa memula dengar tu memang rasa lain macam juga feelingnya tapi bila dah dihabiskan satu kaset ni, aku dapat rasakan ada sesuatu perasaan yang menarik bila mendengar kaset ni, sebetulnya aku rancang kalau kaset ni gagal soundnya memang aku akan jual balik. aku beli ni pun rm12 je. murah rasanya harga pasaran kaset ni kurang2 rm30 orang ambil. bila dengar semalam tak jadi nak jual buat koleksi lagi bagus sebab sound macam ni memang ngam dengan perasaan tika jiwa dalam kesuraman.. feeling kegelapan bercampur suram tu ada pada kaset ni.

terakhir sekali.. aku g metal arkid tanya pasal band ni.. rupanya dorang ni memang main black metal juga tapi tu masa mula2 kemunculan dorang, betul juga kata kawan aku tu hahaha.. tapi kaset ni dorang sudah berubah arah., dorang namakan muzik dorang ni gothik black / folk metal.. itu je nak masukkan link utube kat sini dah lupa caranya jadi cari sendiri leh ye kat utube tu kalu nak dengar.. huhu kbai.

Isnin, 6 Julai 2015

patches lagi..



hari tu aku ada order patches santau ngan rator tu, malamnya aku ambil kawan2 lain ada juga jual patches2 yg dorang tak pakai, apa lagi aku rembat lah yang lokal punya. dua patches barbalans ngan satu deleted, harga pula rm5 satu, untung juga rasanya, kalau beli kat fb tu, paling kurang rm25. utk bajet aku kat atas ni. rm52 je. puas hati..



patches kat atas ni pula bootleg punya kan, dorang bagi free ja sapa yg nak ambil. apa lagi aku ambil la.. dua patches cromok tu, mantap juga. bootleg pun bootleg lah. mana ada official kalau cromok punya patches. patches2 band luar 5 pcs tu pula hurmm tak tahu nak lekat kat mana. sebab plan aku utk jaket kali ni. aku nak fokus pada lokal band.. mungkin aku buat dua jaket kot tahun ni.. satu jaket patches nya bootleg semua. biar yg true sakit hati tgk nanti kakakakakkaa.... only bootleg is real beb.. itu je lah...

Khamis, 2 Julai 2015

backpatches AS SAHAR bloodhood.. hellyeahh...


haha.. ini adalah hasil terakhir yang aku beli masa pelepakan hari tu, sebetulnya ni saja yang aku order. last2 terbeli dua kaset tu, untuk projek aku seterusnya aku jangkakan jaket aku ni siap paling lambat pun bulan 10 ni, terbayang2 aku pakai jaket ni nanti masa tgk wings live stadium merdeka bulan 10 ni HAHAHA.. kalu sapa2 lihat mat metal pakai jaket backpatches as sahar ni, tu aku lah tu wahahaha.. ohya ni official ni dari as sahar, masa rilis mula2 harganya rm45, hari tu aku dapat harga rm20 je... hellyeahh.. selebihnya tinggal cari patches2 kecil. lepas siap nanti aku tunjuk kat korang ya hahahaha kbai.

Rabu, 1 Julai 2015

athotorgh - promaster dieyana



salam semuanya.. utk bulan baru ni aku nak cerita pasal kaset yang ku teringin miliki sejak dari dulu lagi haha . disebabkan bukan rezeki aku, makanya lambat juga aku memiliki kaset ni. kaset ni sekali aku beli ngan kaset as sahar hari tu. mulanya aku berat hati juga nak sambar kaset ni, sebabnya hari tu datang untuk melepak saja kan dan jumpa kawan2, tak sangka pula kawan ni buat jualan kat meja tempat kami lepak tu. apalagi selongkar punya selongkar, nampak kaset ni, rasa berat nak sambar, bila ku fikir2 bagus juga lah aku beli, takut nanti bila sampai rumah fikiran melayang sebab tak beli, selalu macam tu. bila aku tanya kawan aku ni harga kaset ni berapa, mulanya aku ingat rm50 camtu lah sebab aku pun faham harga pasaran kaset ni. kawan aku bagi harga rm35. tampa banyak fikir aku ambil.. walaupun fikiran ku bercampur aduk...huhu

sound dalam kaset ni penuh ngan keterujaan irama black thrash acuan athotorgh.. aaarghhh memang layan kaset ni aku gembira dapat memilikinya. itu je. hahaha