Rabu, 8 Julai 2015

Eternal oath - Ar Est Celare Artem



salam semuanya...
aku nak cerita sikit pasal kaset ni, kaset ni semalam aku beli, macam biasa aku lepak lepas tarawih, pelepakan kami kali ni sebab kawan2 akan balik kampung bermula hari ni. makanya lepak buat terakhir kalinya dibulan ramadhan, macam biasa ada kawan2 yang nak tolak kaset2.. semalam memang banyak kaset namun hanya sekeping saja yang berkenan dihati. bukan kaset ni, kaset ni kawan aku rekomen, katanya best band ni, main black metal siap pra dengar lagi kat utube. dgr kat utube tu dengar macam bagus., aku pun teracun jadinya aku beli.

sebetulnya aku tak tahu apa2 pasal band ni, ada juga aku lihat orang jual, rasanya kaset ni jadi buruan juga bagi mereka yg pencinta kaset metal 90an. kaset ni rilisan nebiula memang rare lah kan nebiula pun tu dah tutup kedai, jadi apa2 rilisan nebiula 10 ke 20 tahun akan datang akan jadi rare dan boleh jual berbillion ringgit cam duit 1mdb tu kakaka....

ok band ni berasal dari temasek, seperti apa yang aku taip kat atas aku tak tahu band ni k. semalam aku play 2 kali, maka aku simpulkan band ni main cam ambient nye sound tapi ada elemen black gitu jeritannya tu, boleh juga aku simpulkan soundnya cam burzum, pastu ada satu lagu tu sebijik cam bathory punya lagu, gaya penyampaian vokal nya tu. nak kata black metal hutan tak lah, seperti kata kawan semalam ni black metal 90an punya feeling. aku rasa kawan ni silap bagi info. aku rasa yg dia maksudkan tu band eternal apa ke namanya tu hampir2 sama juga nama band ni..

masa memula dengar tu memang rasa lain macam juga feelingnya tapi bila dah dihabiskan satu kaset ni, aku dapat rasakan ada sesuatu perasaan yang menarik bila mendengar kaset ni, sebetulnya aku rancang kalau kaset ni gagal soundnya memang aku akan jual balik. aku beli ni pun rm12 je. murah rasanya harga pasaran kaset ni kurang2 rm30 orang ambil. bila dengar semalam tak jadi nak jual buat koleksi lagi bagus sebab sound macam ni memang ngam dengan perasaan tika jiwa dalam kesuraman.. feeling kegelapan bercampur suram tu ada pada kaset ni.

terakhir sekali.. aku g metal arkid tanya pasal band ni.. rupanya dorang ni memang main black metal juga tapi tu masa mula2 kemunculan dorang, betul juga kata kawan aku tu hahaha.. tapi kaset ni dorang sudah berubah arah., dorang namakan muzik dorang ni gothik black / folk metal.. itu je nak masukkan link utube kat sini dah lupa caranya jadi cari sendiri leh ye kat utube tu kalu nak dengar.. huhu kbai.

4 ulasan:

  1. Ada jugak port melepak sambil jual beli kaset yek.eh betul ke nebiula dah tutup?aku taktau cerita pun.kenapa tutup?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sudah tutup bro nebiula. kedai dia tu dah ganti org lain.

      Padam
  2. dulu selalu jugak nampak kaset ni kat kedai...tapi tak pernah dengar..

    BalasPadam