Isnin, 19 Oktober 2015

SEPULTURA - CHAOS AD


salam semua.. hehe.. aku kembali menaip dgn senyuman di bibir terukir.. akhirnya dapat juga menaip kembali di depan leptop. nak cerita sikit lah kan, kasih lari dari tajuk kat atas tu.. seperti biasa aku masih bernafsu dalam membeli cd kaset, keluaran terbaru serta kaset2 yang dalam list kepala otak aku. cumanya masa utk mempublishkan di blog ni tiada. lepas ni mungkin aku akan taip satu2 dalam satu entri. hari sabtu lepas aku ada pergi campbell ada hari kaset kan.. ada lah aku sambar sikit2, save bajet, dorang buat pun tgh bulan, rabak lah poket.. nak2 sudah beli tiket wings awal2. mmg aku skip saja kaset2 yang tak ngam dalam radar aku. nasiblah aku jumpa dan beli apa yang terbaik. sgt mengujakan. walaupun bajet aku sikit saja keluar, tapi hasil belian aku pada hari sabtu lepas mmg mengujakan..HAHAHA.... happy giler aku, kalau boleh aku nak dengar terus album2 tu.

terus kepada secerita band kat atas tu... SEPULTURA beb.. korang mmg lejen tak ya cerita pun tak apa kan, kaset kat atas tu, aku beli masa aku pergi amkop mall. hari tu yang lepas2 lah.. sudah berminggu rasanya. kenapa aku nak cerita kaset ni, sebabnya aku nak buat satu label utk album2 kenangan masa silam ku hehehe.... album chaos ad ni, bagi aku kira satu album yang masih kekal dalam ingatan aku, masa tu remaja kat kampung aku mmg gila ngan sepultura ni, selain dari SEARCH. album ni dorang memang pasang siang malam, dengan rentak lagu2nya walaupun nampak brutal ganas gitu, tetap menghiburkan, masa tu rasanya aku bdk lagi.. hanya tahu layan apa yang abang2 rockers kat kampung aku tu layan, nasib jugalah aku tinggal kat lorong rockers, kalau tak memang jadi mat jiwang beb.. bayangkan saja kampung aku tu, setiap jambatan tu, ada lorong2nya, lorong tempat aku melepak tu kita orang panggil lorong chow kit, bab chowkit kat kl kan penuh ngan penagihan, nama tu diambil dari situ.. bab sama saja lorong tu ngan lorong chowkit sapa lepak situ maka hitam lah masa depannya hahaha.. bak kata makcik2 dulu..

sepultura ni, mmg aku ada beli kaset nya, masa aku mula2 sampai sini dan bekerja dapat beli hifi sendiri, search sepultura mmg makanan lah katakan, disebabkan masa tu, hanya nama sepultura saja melekat, makanya aku beli lah album best of sepultura, kira album tu satu2nya ada dalam koleksi aku, album tu masih tersimpan dalam koleksi kaset2 aku, antara kaset2 terawal aku, sejaman dengan search dan cromok..hellyeahh....

kaset ni walaupun keadaannya nampak usang tapi soundnya masih tiptop.harga pun rm10 ringgit saja.. ok lah itu saja cerita utk entri kali ni, banyak lagi nanti yang nak diceritakan lepas ni hahahahaha.. kbai.

6 ulasan:

  1. Aku masih ingat dulu aku beli cd ni yang versi dalam tin.
    ada bendera sepultura besar giler...
    tinggal kenangan je la tin, bendera, dan cd pun rasa dah hilang kot?
    hahaha...

    BalasPadam
  2. pernah buat cerita pasal ni...

    http://berteromber.blogspot.my/2013/04/chaos-ad.html

    album last sepultura yang betul2 aku follow...

    BalasPadam
  3. Antara alb terakhir sepultura yg dah hilang bisa thrash nya.tapi masih boleh di layan.lepas max keluar aku terus tak follow dah

    BalasPadam
  4. aku pnah dgr lgu jek...x pnah memilik mna2 album sepultura...aku dlu bnyk lyn rok jiwang hehe

    BalasPadam
  5. zaman aku remaja di tawau pun dipenuhi dengan peminat sepultura/soulfly..so mmg aku x heran peminatnya merebak di mana2 sahaja..album ni aku blum pernah dengar dn memilikinya..sbb diskograpi diruma hanya ada morbid,schizo dan arise(kaset sahaja)..next time maybe..

    BalasPadam