Rabu, 27 April 2016

thrashit - kaiser of evil




Apa kabar semua...

aku nak cerita cd baru aku beli ni, sedikit info band, ini band tempatan juga,mereka main thrash metal, ni album sulung mereka, perna merilis ep neckbangers 2014, 4 lagu dalam ep tu dimuatkan sekali dalam album penuh ni, dengan sound yang lebih segar, 8 lagu dipersembahkan dalam ni. mendengarnya sekali putar memang tak puas, lagu2 yang dipersembahkan menepati selera telinga aku, kalau anda minat thrash jahat sound yang padu, lontaran vokal yang tajam, ini album memang harus kamu dengar. tidak akan mengecewakan, disetiap lagu anda akan dihiburkan dengan solo2 yang membabi buta yang mengasyikkan..untuk lagu pilihan aku sukar untuk aku pilih, sebab bagi aku setiap lagunya best. kira senang cerita satu album ni best.... k itu saja. kalau nak album ni, boleh search fb mereka. thrashit !!

Isnin, 18 April 2016

dvd bootleg konsert search isabella live


hari tu ada kenalan kat fb posting pasal VHS konsert ni, bertanya ada sapa2 berminat klu dia salin kat dvd, aku yang gatal tangan ni p lah komen nak juga klu ada kan, kejap ja aku sudah dapat mesej, bertanya klu aku nak, aku cakap klu kualiti sound dia ok aku memang nak sekeping, katanya klu tak puas hati boleh pulang balik. beberapa hari lepas tu bungkusan berisi dvd ni sampai kat rumah, balik dari kerja teruja punya pasal nak tengok. mulanya aku play ada sedikit rasa tak puashati, bila tengok sampai habis, barulah aku puashati, untuk kualiti gambarnya puashati sound pun boleh tahan. kira tak rugi lah juga belinya.


setlistnya sejam saja. apa yang tak menariknya setiap lagu tu ada diselangseli interbiu setiap band. hurmm tapi oklah.. bagi abang2 yang memang membesar di era vhs ni korang mesti sudah perna tengok konsert ni kan, zaman aku dulu tengok filem evildead ja ngan gusti wwf.. 

Khamis, 14 April 2016

bungkusan dari kampung, dan sedikit luahan hati serta pandangan kisah2 yang ntah aku main taip saja.

salam semua.... rasanya sudah masuk setengah bulan tak ada entri blog ni, hmmmm.. ok ni aku nak coretkan sikit luahan hati apa yang terbuku dalam kepala hotak dan juga lubuk hati ku haha.. tak ada lah macam tu sekali kan..

pertama sekali tempat kerja aku.. hmmm akhir2 ni proton sudah berombak, macam mau tutup saja kan, baca kat tv hari tu kat bawa dia tu kan ada tulisan, proton dapat pinjaman 1.5bilion gitu, jadi ada sinar lahkan. bila bos kat tempat kerja aku bagitau, agak merbahaya bagi vendor2 kecil, sbb pengurusan proton skg ni dorang nak tukar baru, macam MAS tu, namun bos juga bagi tenang semua pekerja, bagitau kat kitorang, mungkin ada jalan keluar dari kemelut proton skg ni. utk itu pandai2 lah bos2 rancang syarikat ni.

bagi kami yang bawah2 ni. mmg terasalah bahangnya, kerja lebih masa memang tak ada langsung, kerja pun sudah mula perlahan, order berkurang penghantaran lagi lah kan zero.. aaaarghh aku sendiri pun dapat melihat awan hitam sudah mula dekat kat syarikat ni. redha sajalah klu ada rezeki adalah kita tawakal sajalah kan...

untuk order hobi aku pula, masih berjalan seperti biasa, cuma banyak yang pre order, ada yang barang dari german yang tak pasti bila mendaratnya. ada juga yg tgh dalam perjalanan kerumah. untuk cd2 rilisan semula pula, sebetulnya aku nak sambar saja setiap rilisan, disebabkan kewangan skg ni agak kurang memuaskan, maka terpaksa dihentikan seketika. beli apa yang rasa betul2 diminat saja. itu pun berfikir 1000x hahaha

untuk konsert gig pula, ada beberapa siri gig yang menarik bulan ni dan bulan depan, nak rancang pergi ke gig cromok tu, dapat tgk cromok saja tu, cukup sudah. yang lain2 tu rasanya tak perlu sangat, kawan ada ajak p johor 23 ni, namun seperti diatas tu, bajet tak mengizinkan. jadi tak dapat bersama memeriahkan pesta logam hitam disana. metalcamp juga kembali lagi tahun ni ngan barisan line up boleh tahan lah kan, itupun rasanya aku skip. klu ada humi kah nefta kah. best juga aku pergi. tgklah keadaanya.

Sepatutnya aku buat entri pasal bungkusan ni saja.. tak sangka pula panjang juga karangan aku kat atas tu huhu oklah kita terus ke cerita yang sepatutnya.. sebetulnya bini aku klu dia sudah rindu ngan makanan sabah, dia akan kirim duit ke kampung untuk beli apa2 yang dia idamkan. aku turutkan sajalah.. lagi pun dalam setahun 2 3 bungkusan macam ni akan mendarat. disebabkan entri tak ada, dapat pula aku edia semalam, kenapa tidak aku share je kat blog aku, dari terus bersawang kan.. ini sedikit kisah dan gambar2 isi dalam bungkusan. kotak bleh tahan besar beb. aku snap tiap barang satu2 je k.

pertama sekali

kotak nya pos lambat je beb, klu ikut hati nak juga minta kirim ketam suri atau rumpai laut,,,aarghh rindunya, yang tu kena kirim ngan kawan2 sepupu2 yang nak datang ke sini, sebab 2 jam penerbangan je. untuk bungkusan ni barang2 kering je.


buka2 kotak nya, botol lada ni pula, ntahlah kenapa bini aku suka ngan lada ni. rasanya sini pun ada jual juga. mungkin juga rasanya lain. aku ni jenis kadang2 suka ngan lada kadang2 tu mmg tak bleh nak makan lada, klu makan lada masa makan tengah hari kat warung, sumpah! aku mandi peluh, jadi segan dibuatnya. ni lada mungkin juga bini aku nak campurkan ngan mee sabah.


yang ni keropok pelang pelang. namun famesnya amplang, ini antara makanan yang dipesan oleh bini aku, aku sumpah pertama kali makan ni, macam tak masuk hahaha.. teringat masa kat kg, bini beli kat 7e lepas tu makan dalam kereta dia punya bau tu, cemana nak cakap ya, lain macam lah, tapi sekarang ni aku boleh makan lah, sikit2 saja. klu yg balik kampung, nak balik semenanjung rasanya wajib bawa ni keropok sebab ni keropok fames lah..


Dan inilah sebab utamanya juga, me sabah, yeay me sabah, aku happy bila ada me ni ianya buatkan hujung minggu bertambah2 ceria bangun pagi2. mee disini ada juga jual, cuma rasanya berbeza umpama langit dan bumi, mungkin juga rasa me sabah ni, sudah sebati ngan diri masa kecik2 sudah makan, bila makan me lain rasanya tak masuk, bukan tak bleh makan, cuma ada satu rasa yang tiada dalam me di sini. nanti aku ada masa tunjuk cara2 nak sediakannya, sangat mudah, dan sangat2 lazat dimakan, cica ngan lada botol kat atas tu, memang meleleh gua cakap lu..... ahahahaha
ohya cukup lah utk stok 2bulan ni yummmyy....


kerepek ubi, ntah dan kenapa dikirim juga ni, aku tergelak tgknya, bini aku senyum je, aku cakap bukan ada kah jual sini juga. rasanya sama sajakan.. mungkin juga untuk memenuhkan kotak kot..


ni kami panggil JAH, mungkin disini panggil JALA, kuih jala kot, hancur beb, sebab ni kuih lembut kan, ni musti orng kampung ingat kat aku, sbb klu sarapan kat kg kan ada saja kuih ni.. lagi pun klu pekena ngan kopi pagi2 atau waktu petang mmg ngam sangat.. sayang juga tak telihat rupa asalnya, sebab semuanya hancur...


ni no komen sebenarnya, hanya bini aku tahu kenapa dia nak sangat setiap kali ada bungkusan, kuih ni kena ada, rasanya rangup dan cair dimulut, dia punya gula rasa macam susu bayi..hahaha. ok lah aku tumpang bedal saja...


jeng jeng jeng..bunyi efek gitu
kicap sabah.. klu ada sapa2 balik kampung musti pesan kicap ni. sudah macam jadi tradisi gitu
setiap kali bungkusan juga sampai musti ada kicap ni
apa istimewanya kicap ni bagi org sabah.
sama juga kisahnya macam me sabah tu.
sini ada jual, tapi harganya 2x ganda beb, lagi pun tak sama
klu datang sendiri dari sabah ke dakapan kita.
korang nak bercuti ke sabah, aku pesan jangan lupa beli kicap ni puas hati.


ni bini aku punya pesanlah, mungkin dia ada kenangan kot ngan keropok goreng ni.


apalah maknanya bungkusan dari kampung kalau tidak berbau ikan masin.. ini ikan bilis, yang aku tahu aku suka makan, apa2 jenis masakan ikan bilis ni aku makan.. bukan tak mampu beli kat sini, harganya bleh tahan kan, ada juga jual sikit gitu, namun beli dari kampung ni lagi dasyat beb, terus ambil dari jemuran ikan masin ni. sebelah rumah je orng jualnya...


ni udang kecil, kita tak minta kirim pun ni, tapi dorang kirim juga, musti tgh musin nya kan kat sana, aku tak suka kering ni, aku lebih suka yang basah bikin sambal gitu.. tengok lah nanti bini aku nak masak apa ngan udang2 kering ni.


dan yang terakhir... ikan masin, ikan putih, boleh tahan besarnya.. semalam bini aku terus masakkan utk aku, sebab dia tahu aku adalah pencinta makanan ikan masin hellyeahhh... goreng begitu saja sudah cukup enak, klu masak ngan santan jantung pisang lagi ni memang terangkat habis... antara semua kat atas tu ni no satu aku pilih no 2 me sabah hahahahaa...

k itu sajalah cerita untuk entri kali ni.. jumpa lagi di entri akan datang.....