Rabu, 18 Mei 2016

Undertheground necropilation part one


kaset kompilasi ni mendapat rebiu yang memuaskan dari rakan2 fb, aku yang terlihatnya memang aku masukkan saja dalam list, melihat pada cover albumnya sudah menarik minat aku, tambahan pula label yang rilis kaset ni kimar rekod, ada beberapa kaset dari kimar rekod ni aku beli memang memuaskan.

hari tu kawan aku bawa 10 keping masa lepak, sudah ada depan mata aku pun sambar lah sekeping, rm15 kawan jual ni.




dalam kaset ni ada 10 lagu 10 band lah kan..haha lihat pada gambar atas tu untuk lagu dan band yang turut serta dalam kompilasi ni. kesemua band terlibat dalam kaset ni berasal dari sabah, memang tujuan kompilasi ni dibuat untuk band2 sana,  rasanya band inside saja band lama dalam ni, yang lain2 tu band 2000an.. aku sudah ada rilisan seperti band NVT, DISOBEYED, INSIDE, ni band  memang terbaik lah sound pun punya identiti masing2 gitu. yang lain2 tu aku baru dengar dalam kaset ni.

ok untuk lagu no 1 tu dorang main macam loudness tapi sound dia ada masalah sikit, tak pasti dari tali kaset ke atau memang begitu dia punya rakaman,, layan juga lagunya, lagu kedua tu bagi aku yang terbaik dalam kompilasi ni, tormentor kelibat bangsa, ada bauan betrayer indonesia plak kat suara vokalisnya.

kawan aku bagi cadangan suruh dengar band zoghnity tu, katanya vokalisnya memang mantap suaranya. ya aku akui selepas mendengar kaset dan lagu mereka dalam ni, memang terbaik suaranya unik gitu.yang2 lain tu, korang beli dan dengar sendiri lah.. apapun band inside tu nda boleh dipertikai muziknya... best.

.
.
.
.
.
.
.
.
.ada satu kejadian yang tak best kat kaset ni hahaha

 gulungan tali tu pecah beb, aku baru saja play side A tukar p side B terus tak hidup, rupanya tali sudah tercabut..

nasib ada stok gulungan kaset yang rosak, masih aku simpan, kalau tak memang tunggu kawan bagi lah jawapnya.. benda ni payah juga nak pasang, kena teliti nak mampus dibuatnya..sudah jadi hitam putih gulungan tu. selepas pembedahan.. sound mantap seperti biasa... hellyeahhhhhhh

k lah itu sajalah, bukan semua kaset yang dalam plastik baru tu selamat dari kerosakan.... huhu.

9 ulasan:

  1. Perghh..nak melayan gulung2 tu ngan tali dia mmg kena banyak besabar la..hehe

    BalasPadam
  2. adoi...memang letih la kalau nak melayan tali bergulung ni...

    BalasPadam
  3. Dulu aku zaman kaset aku mmg merasa jgk la mende2 gini..haha
    Rajin ko beli ya album2 gini.. simpan baik2 bro.. ni brg makin lame akan jd rare item.. mmg xde reissue punye ni

    BalasPadam
  4. Fuhhh pandai ko buat surgery kat kaset tu eh.
    apa pun, cantik sungguh cover dan inlay kaset ni

    BalasPadam
  5. omg i can't believe there still like people listening to cassettes u guys r like dinosaurs LOL!!!!!!!!!!!!!!111111111

    BalasPadam
  6. Aku suka kesemua lagu dlm kaset ni.. Betul Betul true punya gitu..

    BalasPadam
  7. cantik artwork dan layoutnya.

    kaset jenis ni soundnya bagus tapi materialnya tak berkualiti. kebanyakan lokal rilis guna tape murah jenis ini. harap ada perubahan sebab scene kaset naik semula dah ni.

    abaikan yang cakap kita dinosaurs tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah masalah kaset keluaran malaysia skg ni kualiti mmg teruk..

      aku anggap dia begurau saja tu hahaha only kaset is real

      Padam
  8. Lawa dia punya artwork.. Aku pun ada beli kaset baru2 ni walaupun player tadak, buat koleksi..

    BalasPadam