Khamis, 28 Julai 2016

Black Sabbath


Cassette black sabbath ni aku beli dengan harga rm24 termasuk poslaju, kaset masih berbungkus lagi, made in poland tertera kat inlay dan kasetnya,, haha... aku nak cerita serba sedikit lah pasal black sabbath ni kan, aku ni bukan nya pakar sangat dan tahu akan band ni, jaman sekarang ni sangat2 lah mudah mencari info segala berkenaan pertanyaan dalam kepala otak ni. 

selepas membaca posting deaf pasal konsert terakhir mereka hari tu, aku pun teringin jugalah nak dengar album black sabbath ni, bukan aku tak perna dengar cuma tak seriuslah, dalam setlist mp3 dalam henpon aku rasanya ada lagu2 black sabbath cuma dengar gitu2 saja.

hari tu aku terlihat orang jual dalam fb tu, aku pun sambarlah kaset ni. tambah2 aku nak buat koleksi satu album untuk band2 lajen ni kan ada dalam simpanan aku, ada juga aku baca blog berteromber nye labels black sabbath, tapi album ni tak ada, rasanya bro berteromber minat era dio saja kali. 


cerita terus lah kan pasal kaset ni. semalam saja sampai aku sudah pasang 4 kali, nak merasa dia punya siuk tu, haha... apa yang aku dengar di mp3 memang tak dapat rasa kepuasan dalam halwa telinga aku, mendengar kaset ni, ianya agak menyeronokkan, sound pun mantap. untuk lagu2nya memang agak slow dengan petikan gitar mendayu.. rock 70an lah kan nye stail. manalah aku pakar bab2 membedah sound ni. yang pastinya kaset ni aku suka haha.

selain kaset ni ada juga album lain black sabbath, cuma aku kurang pasti nak beli yang mana lagi. rasanya kalau ada album heaven and hell versi kaset, aku akan beli,sebab aku tengok senarai lagunya ada 2 lagu yang aku berkenan versi ftg gitu dalam tu. huhu. tengoklah pada bajet aku. sebab banyak album yang best2 akan rilis dalam bulan depan. 

korang rokomen lah pada aku, album apa yang best black sabbath ni. aku ni memang jenis cepat terpengaruh dengan rebiu2 yang mengujakan. banyak dapat info pasal band2 lama pun dari blog2 kawan2 yang ada sekarang ni. 

lepas ni aku nak target album motorhead bathory slayer venom dan banyak lagi. tapi bukan keutamaan lah beli sebab nak lengkapkan koleksi saja, 

k itu sajalah cerita hari ni. kbai

11 ulasan:

  1. fuhh.. black sabbath tu.. superbbbb

    BalasPadam
  2. Black sabbath album paling fav.aku album paranoid.lagu iron man pun ada dlm tu.ko try layan album tu.kalo era Dio aku rekomen ko dengar humanizer nya album.aku penah review kat blog aku

    BalasPadam
  3. aku pun ada jenis kaset Made in Poland ni, kualiti not bad, sound pun sedap.

    5 album Black Sabbath yg awal wajib ada/dengar. album paling wajib ialah Paranoid. pastu mungkin Master of Reality/Sabbath Bloody Sabbath/Vol 4...

    Black Sabbath paling legend bagi true metalhead bro...

    BalasPadam
  4. aku minat sabbath taim ronnie juin aje.. ngehehe

    BalasPadam
  5. Macam aku cakap kat blog aku la...aku tak into sangat black sabbath ni..zaman aku budak thn 80an, mat rock johor lebih pada deep purple...kemudian baru aku layan...tu pun lebih pada zaman dio...kalau zaman ozzy try paranoid.

    BalasPadam
  6. Try sample zaman Tony Martin dengan lagu2 Headless cross, kalau zaman Ronnie Dio mungkin album live Heaven and Hell in New York Radio City elok, kalau nak dengar Ronnie James nyanyikan lagu2 Ozzy nye zaman dengar Live Evil. Kalau Ozzy nye zaman mungkin lagu2 cam Snowblind, dan mungkin Sepultura punye cover simptom of universe pun permulaan.

    BalasPadam
  7. terima kasih atas komen nya aku hargainya.

    BalasPadam
  8. Cover artwork album ni nampak gloomy habis! Aku pun tak berapa serius mendengar Black Sabbath, tapi selain lagu yang riff heavy lemak berkrim, aku suka lagu Changes dalam album Vol. 4..

    BalasPadam
  9. Ramai yang suka era Ozzy berbanding Dio...Tapi saya tetap dengan Dio...Bagi saya Ozzy cuma ada aura pentas dengan gimmik...Tapi Dio punyai semua..Package!

    BalasPadam