Isnin, 11 Julai 2016

The bollocks



salam semuanya.. masih mood raya lagi kah, aku ni sudah kerja hari sabtu lepas lagi haha.. ni aku nak cerita pasal kaset terbaru yang masuk dalam koleksi aku, sebelum raya lagi kaset2 ni aku beli.

the bollocks band ni kira lama sudah kan, tapi baru skg aku dengarnya, perna juga aku usahakan dalam utube dengarnya namun tak masuk dalam kepala muzik dorang, kebelakangan ni asyik terlihat saja kaset2 band ni di dinding fb aku yang di kongsi oleh rakan2, tergerak hati jugalah aku nak sambarnya.

hari tu aku ada pesan dari kawan ni, klu dia datang melepak kat tempat kami selalu melepak tu, bawa sekali lah kan kaset yang aku order, tak sangka pula dia ada bawa kaset ni, melihat pada muka hadapannya pay no more than rm5 terus saja aku sambar kawan2 lain tak pandang pun kaset ni mereka lebih kepada metal saja. sebab rm5 tu aku beli. lepas tu aku lihat ada lagi satu kaset the bollock, mau tak mau aku angkat sekali jugalah. yang tu nanti aku cerita kat entri lain saja. 

ok terus saja ke muzik yang mereka hidangkan dalam ni, apa yang aku dengar kat utube memang berbeza. dia punya rasa tu lain macam, sound pun mantap. 5 lagu tu kejap ja abis, aku terhibur dengan kaset ni, ianya mengujakan juga, tak cukup play sekali, terus berulang2 sampai lah skg ni ianya antara menjadi pilihan aku utk di dengar. 

k itu saja cetanya.

sebelum terlupa ni ucapan aku buat kawan2 blogger semua...SELAMAT HARI RAYA maaf jika ada entri2 lepas aku menyinggung atau menguris hati kalian.. 

7 ulasan:

  1. the bollocks ni memainkan irama genre apa tu bro... grunge ke atau alternative..?

    BalasPadam
  2. Band ni pun kira otai gak ni.sama zaman ngan ACAB gak tak silap aku

    BalasPadam
  3. Bollock ni band crusty punk asalnya Dr Kuala pilah.

    BalasPadam
  4. Bollock ni band crusty punk asalnya Dr Kuala pilah.

    BalasPadam
  5. Dulu aku kecik2 siap carik makna Bollocks.
    Pasal terdengar perkataan ni kat satu album live apa ntah, penyanyi cakap kat audience, bollocks!!

    BalasPadam
  6. ini demo 1994 repress 2016...the bollocks awalnya anarcho punk skrg lebih crusty..huhuhu..salute..chaos k.p.!


    selamat hari raya maaf zahir batin bro...

    BalasPadam