Hari tu aku pergi kenduri kawin kawan sekerja aku kat shah alam seksyen 24, selesai saja dari kenduri tu aku buka fb, terlihat pula page boboiboy share yang ada sesi jumpa dekat aeon mall shah alam, selalu aku jalan g kl terperasan juga aeon mall shah alam ni baru nampak besar dari jauh. hari tu memang terus pergi lah kan alang2 sudah dekat. sampai sana macam2 aktiviti ada untuk kanak2, ni karnival produa, mantap lah produa buat karnival macam ni, yang peliknya kenapalah last minit aku baru tau karnival ni. mizi ada main macam2 kat sana, ada satu tu air terapung macam tepung mizi tenggelam siak hahaha.. panik aku dibuatnya, patutnya kanak2 lari saja tak boleh berdiri tegak, lihat seluar mizi tu kotor trus warna putih. insaf dia terus tak nak main.
tengok jadualnya boboiboy akan datang jam 5 petang ngam2 juga kami datang jam 4, hahaha ekin pula macam tak percaya yang boboiboy macam ni saiz rupa dia, jauh beza dari apa yang dilihat dalam tv haha. ni ekin takut benda macam ni, dia ingat raksasa.. nasiblah ada yaya dia terus suka pula. ketakutan dia hilang.
apalagi anak2 melompatlah dengar lagu boboiboy galaxy sambil menari2 memang gembira sangat nampak di wajah ekin dan mizi, ramai yang datang masa boboiboy kat atas ni, lepas saja sesi bergambar, ditayangkan pula boboiboy the movie kat skrin besar tu.
Tak sangka ada bunkface, sempat lah tengok dorang sound check, nampak sangat pro dia punya crew buat setting terbaik lah band ni. lepas tengok separuh boboiboy the movie tu, bini ajak balik, kalau ikut aku nak juga tengok bunkface perform, disebabkan dorang akan main waktu malam tak apalah lain kali haha. lagi pula hajat datang sini nak bawa anak2 jumpa boboiboy je..
k itu lah hari yang tak dirancang sabtu lepas. ohya boboiboy galaxy pun terhenti episod 6 kalau tak silap, katanya sambung bulan march nanti. huhu