Sabtu, 7 Januari 2017

Ironbird - heavy Metal Evil



salam semua..

untuk entri pertama tahun baru ni aku nak ceritakan serba sedikit pasal rilisan terbaru dari band ironbird ni, band ni ditubuhkan di klang awal tahun lepas, dan demo heavy metal evil ni secara rasminya diriliskan penghujung tahun lepas, kira demo ni masih lagi panas baru keluar dari ketuhar gitu haha.. kalau nak ikutkan aku sememangnya sudah publishkan tahun lepas entri untuk demo ni, disebabkan kekangan masa dan malas mau menaip, makanya terbawa sampai ketahun ini.

aku tak jangkakan apa2 untuk band ni sebenarnya, ada juga aku dengar versi mp3 sebelum diriliskan rasanya macam tak power saja band ni, band biasa2 gitulah, tapi sangkaan aku meleset 100% bila mana aku mendapatkan sekeping demo ni. demo ni mengandungi 3 lagu, satu lagu saduran dari venom welcome to hell yang dinyanyikan dengan gaya tersendiri.

lagu pertama dari demo ni heavy metal evil sudah cukup buat aku teruja mendengarnya, ianya sesuatu yang baru dalam scene bawahtanah tempatan, jarang sekali aku dengar band2 baru yang mengetengahkan muzik sebegini, memang benar banyak band di luar sana memainkan irama sebegini, tapi dimalaysia jarang sekali. irama heavy metal evil tu memang kena sekali dengan muzik mereka,  aku boleh katakan ini antara demo terbaik tahun lepas yang aku beli, mengujakan sekali.

aku harap lah ada orang akan masukan dalam youtube lagu dorang ni, sebab dengar kabarnya 100 keping rilis sudah sold out dalam masa 4 hari saja. bayangkan tu mana ada perna dengar demo tempatan rilis dalam masa 4 hari sudah sold out. lepas ni musti band ni bekerja keras lagi sebab nya rilisan 3 lagu dalam demo ni tidak cukup memuaskan halwa telinga bukan kerana tidak sedapnya, tapi gantung dengan hanya 3 lagu saja yang terhidang, sedangkan halwa telinga berkata nak lagi dan lagi... aku ulang dengar demo ni ntah berapa kali sudah. memang terbaik. kalau ada distro yang jual sambar sekeping terus, sebabnya anda tak akan rugi dengan muzik yang terhidang dalam ini demo. itu pun kalau ada lagi lah distro jual, membaca komen2 di fb tu orang bertanya lagi memang sah tidak ada sudah. tapi itulah kalau ada can tu jangan kasih lepas. sangat2 direkomen bak kata bro berteromber!!!

oklah itu saja jumpa lagi di entri akan datang... hail heavy metal maniak

6 ulasan:

  1. Aku baru baca paragraph pertama terus masuk Youtube, tak jumpa apa2 la.
    Kasi link youtube kat sini kalau ada?
    Nama dan album tersangatlah tradisional.

    BalasPadam
  2. aku sempat cekup sekeping. argh! tak dengar lagi ni hahahahaha!!!

    BalasPadam
  3. Demo pun packaging mcm full album.cantik.artwork pun cantik

    BalasPadam
  4. fuhh band dari klang yoo, mengalahkan band dari negara barat.. terbaekk nihh

    BalasPadam
  5. Tajuk memang so 80's....teringin nak dengar ni...

    BalasPadam