Khamis, 30 Mac 2017

nak turun tengok megadeth juga dan cd dystopia baru beli 2 minggu lepas. luahan hati yang terbuku dalam otak dan hati kecil ku..


setelah aku buat kira2, aku buat keputusan untuk beli tiket dan cd ni, walaupun aku tak masuk sangat ngan muzik megadeth ni banding ngan metallica, bila melihat kawan2 yang sudah punya tiket ditangan rasa lain macam pula, bila tinggal seorang2 ja kawan2 lain p trun berhibur menyaksikan megadeth ni. masa mula2 flayer keluar tu hari aku sudah putuskan untuk tidak tengok, sebab tiketnya saja sudah cukup keras bagi aku ni haha. tapi makin hari makin lain pula, seperti aku cakap kat atas tadi haha.. melihat dengan banyaknya rilisan yang ada dalam list aku ni untuk dibeli, dari tahun2 lepas lagi belum terbeli, dan yang terbaru lagi ni tak kira lah metal atau rilisan semula rock ni. lepas ja aku hold dulu 2 bulan untuk beli cd kaset apa2 saja tu, tapi ada juga yang aku beli walaupun fokus untuk tiket megadeth. selepas 2 bulan, ahh cukup lah duitnya bulan lepas kali aku beli. yang paling murah lah tu. aku g speedy beli aku cakap dalam hati kalau tak ada yang murah ni aku akan beli cd2 yang ada dlm list aku, nasiblah tiket masih ada haha... aku sudah sedut mp3 album dystopia ni sebulan lalu dalam kereta p kerja balik kerja itu lah lagu2 yang aku dengar, lama2 dengar ada sudah melekat, lagu dystopia tu sudah berlagu dalam kepala.. hari tu aku tengok lazada dorang ada promosi rm10 untuk cd dystopia tu harga asal rm49 dapatlah rm39, terus aku sambar. haha sekurang2nya adalah satu album megadeth ni dalam koleksi aku sebelum aku p tengok nanti bulan 5 ni. dulu ada juga kaset dan cd megadeth yang ada dlm koleksi, disebabkan tak masuk aku sudah jual haha...selepas aku buat kajian sedikit baca itu ini tengok kat youtube konsert2 megadeth rasa macam ruginya lah kalau aku tak turun ni dekat ja ngan aku  kata hati ku. sudah lah aku ni jenis yang payah nak tengok konsert keluar, keluar negeri pun payah buat masa sekarang ni, inikan pula nak pergi luar kan. haha.. buat rakan2 blog klu ada perjumpaan kat sana nanti boleh lah jumpa korang walaupun sekadar bersalaman gitu.. lagi satu aku dapat bayangkan kalau lepas konsert nanti masa lepak, bayangkan kawan2 yang lain bercerita pasal konsert ni kira seorang diri tak p turun, abis tercengang ohh.. alang2 lah sekali juga ni megadeth singgah malaysia. jumpa korang disana..

masih aku teringat entri pertama megadeth aku share dalam blog ni. bayangkan aku p tulis MEGADEATH wakakaaka.. nasiblah ijau sound kalau tak begitu lah sampai sekarang ni asyik ingat megadeath, betapa posernya aku tentang band ni hahaha.. megadeth lah  tapi aku rasa bukan aku seorang kot. ada gak kawan2 lain masih ingat megadeath hahaha...

lagi sikit, aku ada juga sedut album kompilasi back to the start kah apa tu tajuknya ada lagu2 lama dorang tu, aku terfikir juga nak rembat kat lazada tu, melihat pada bajet aku ni aahh cukup sudah satu cd dystopia tu. lagi pula presing pasaran asia.. OK itu jelah pasal megadeth.. banyak lagi berlegar dalam kepala ni. patutnya aku p tengok gig pelacaran album baru hereafter besok. ohya lupa aku aku ada beli jaket pu lether duit untuk p tengok tu gig hahaha gila betul plan gilababi itu hari nak ajak kawan2 lain p pun semua tak nak, aku rancang naik moto ja tapi itulah kita hanya merancang gitu.. mungkin tengok kat gig damasara nanti sajalah. sabtu depan pun ada gig purunistik juga itu pun kena trun, gig pertama ironbird, nasib juga kursus latihan aku kena bulan 5 lega sikit. ok itu ja haha, tapi fikir2 kerja juga sabtu ahad. musin nya sudah, tapi tak apalah sabtu cuti saja ahad kerja. nanti bulan 5 masak semua sabtu tak akan ambil sebab nak buat latihan huhu...

tak abis lagi ada sikit lagi haha abislah..

Rabu, 29 Mac 2017

dah habis baca...

Di Bawah Lindungan Kabah

aku ada juga sedut filemnya, tapi tak ada masa nak tengoknya, banding ngan filem tenggelamnya kapal. yang tu mengujakan utk aku tonton haha.. ni macam kira cerpen saja, cerita di dalam cerita. kisah pasangan yang memendan cinta mereka, hinggalah dorang terpisah dan sampai masa meninggal dan tak sempat mengucapkan meluahkan isi hati masing2.. huhuhu tragis sungguh haha.

Komik Namamu 02
(kimi no na wa)

15 minit baca dah habis
bersambung..03

Hamka Ayahku

Semalam habis bacanya.. nak dekat sebulan juga baru habis baca. banyak ilmu aku dapat dalam buku ni, mula2 bacanya memang agak berat untuk dihadam, masuk pertengahan buku ni ianya betul2 menarik, kisah2 hidup ayah hamka ni seorang ulama masyur di indonesia sana, apa yang tak boleh lupa, bila mana masa jepun sudah masuk indonesia, segala ulama tunduk hormat pada ketua jepun, dia seorang saja yang tak tunduk, sebab baginya tiada manusia layak disembah melainkan allah yang maha esa. terperanjat juga jepun2 dengan kekentalannya, lepas ja dari perjumpaan tu, semua ulama yang hadir berlinangan airmata. baca lah buku ni kalau nak lebih detail lagi haha..

Khamis, 23 Mac 2017

soto cinta


haloha... haha ini kali cerita makan pula, semalam teringin nak makan soto, ajak orang rumah g makan, nama kedai ni bakso cinta, saja tukar jadi soto cinta. area kedai ni kat bayu, ni lah satu2 nya kedai aku makan soto kat selangor ni, tempat lain aku belum cuba dan belum temui dan terokai. banyak kedai jual bakso kat bayu perdana ni. kira lubuk bakso lah kan, walaupun rasanya tak lah sehebat soto sandakan, sekurang2nya dapat lah melepas rindu pekana soto ni. semalam aku pergi kurang orang, lepas tu dorang punya canopy kena buka sebab katanya mpk bagi amaran suruh buka, memang lepas ni susah lah nak cari soto cinta ni kalau dorang tutup.


semalam kita pesan soto campur, gambar atas ni cinta aku punya hidangan, haha..dia campur nasi impit sekali ngan soto tu, kalau aku tak boleh.


Semalan ada pula sudah buras, selalu hanya nasi impit ngan kacang keropok ja. semalam pekena seikat terus, memang puashati makan ngan buras ni.


cuma ada sedikit ralat lah, aku terletak lada banyak hahaha..sudahlah aku ni jenis yang tak suka pedas2, nasiblah sudah makan setengah. tambah2 aku order tea tarik panas wahaaha.. tak menjadi semalam, hilang rasa sotonya. okey lah itu ja, sebenarnya aku rindu ngan bakso kat chi liung sana, katanya sudah balik kampung maka tiadalah bakso lejen tu, kalau pekena bakso2 sekitar ni memang tak masuk lah, aku lebih suka pekena soto ni... harap2 kedai ni akan beroperasilah terus,

Selasa, 21 Mac 2017

belantara - belantara


kalau cerita pasal belantara ni kita serahkan saja pada berteromber haha, aku membaca ulasannya pasal band ni, rasa teruja untuk memilikinya dan mendengarnya, masa tu belum lagi ada rilisan semula, lagu2 belantara ni pun tak semua ada kat youtube, jadinya bila album2 belantara ni diriliskan semula, aku pun rembatlah apa yang ada depan mata ni, cd2 belantara ni antara cd2 yang ada dalam list aku, cuma tu lah kan kalau aku nak beli tu musti ada lagi rilisan baru yang mengujakan untuk dibeli.belantara ni ada 3 album saja kan, mungkin lepas ni aku nak sambar semua. haha


untuk lagu2 dalam ni bro berteromber sudah ulas satu persatu lagu2nya. jadi nak hadam nya senang saja. haha.. walaupun liriknya tak lah puitis seperti kebanyakan lirik2 rock cinta seangkatan mereka ni. namun muziknya menghiburkan, kalau orang jenis yang suka pada lirik dan bukan pada muzik aku gerenti belantara ni bukan lah band tepat untuk didengar, mungkin juga kot lirik2nya tak mengancam kalbu pendengar radio jadi band ni tak meletup seperti search may dan lain2 band legend seangkatan mereka. macam aku ni baru tahun ni dapat beli cd ni kiranya inilah pertama kali dengar semua lagu2nya.. untuk album ni aku pilih lagu belantara tu,sedap ngam dengan halwa telinga aku. lepas ni srikandi disisi pula haha

blog kawan2 lain pun sudah cerita dengan detail pasal album ni. '

boleh baca sini Berteromber  Xyrus Zone Ada Apa Dengan Ijau 

k

Selasa, 14 Mac 2017

Ella And The Boys



emmm kenapa aku terbeli album ni tak ada dalam list pun haha, mungkin juga tiada pilihan lain aku sambar saja cd ni, rasanya ni album pertama ella & the boys kan, aku hanya perna baca kat blog2 kawan2 saja bab band ni. mulanya ingatkan lagu dua insan bercinta tu tak ada dalam album ni, sampai saja rumah baru perasaan ada lagu tu, kalau ella ni aku nak beli album pengemis cinta saja, tapi ini saja pilihan angkat sajalah, sound dia mmg sama lah keluaran ngan album2 yang aku sambar sebelum ni kena makan masa nak hadamnya. berbeza ngan label wea sound mantap. ada juga satu malam aku dengar ni album guna headphone menusuk juga dia punya alunan musik.. lepas tu terus simpan.. 

Isnin, 13 Mac 2017

logan 2017


sabtu lepas aku pergi tengok, seorang diri haha, bukan tak nak ajak kawan disebabkan aku ada jadual lain aku putuskan tengok sendiri. kalau berteman takut terlambat urusan aku,aku masuk panggung pun lewat 10 minit, nasiblah beli tiket malamnya tu. bagi aku secara peribadi filem ni memang best, dari mula main sampai habis menghiburkan, gaya logan yang sudah tua, kekebalannya makin bekurang tambah2 ada anak dia lagi muncul. paling mengujakan nak sangat tahu cara logan mati..

untuk ulasan lebih terperinci baca ulasan khusyuk kematian 

Jumaat, 10 Mac 2017

May - Dilema



sketsa sebuah cinta, gadis misteri dan ku dalam dilema antara lagu yang sudah melekat dalam sanubari, lagu2 lain tu mungkin ada yang baru pertama kali aku dengar, sound dalam ni kalau mengikut pendengaran aku, masih lagi bunyi juara juara rock, tak lah mengujakan sangat soundnya seperti album hakikat, rasiah dan seterusnya. untuk lagu pembukaan album ni lagu impian rentak lagunya feel rock dulu2 haha.. aku suka juga. walaupun tak lah sedap sangat album ni macam album yang aku sebutkan tadi, kira dapat beli cd ni pun puashati sudah. sebelum ni hanya mampu lihat kaset2nya saja tak berkesempatan mendengarnya. 

Selasa, 7 Mac 2017

ironbird heavy metal evil tape edition

limited 200 copies only
sudah boleh di beli dipasaran bawah tanah tempatan dengan harga rm20, disertakan patches sekali. hari tu aku ada beli kaset tormentor kan yang lagu kelibat bangsat tu, label yang sama meriliskannya, hellforced record. sound untuk versi kaset ni boleh tahan mantapnya, berdentum juga speker aku dibuatnya. harapnya kaset ni bertahan lama, nak juga aku rembat  2 ketul buat koleksi masa depan. disebabkan bajet terhad baju band ni pun sudah order, ambil satu sajalah..hahaha ohya tak sabar lihat band ni beraksi nanti dijangka bulan depan  ada 2 gig mereka akan beraksi, 08/04 di sunway dan 29/04 di damansara. kalau dapat turun dua2 gig ni mesti best.

boleh hubungi label meriliskan kaset ni disini hellforced untuk mendapatkannya.. hellyeah

Rabu, 1 Mac 2017

Antacid - Force oF Thunder



Ep terbaru dari antacid band dari kajang, boleh kata antara band yang disebut2 dalam genre thrash metal tempatan, tapi sayangnya dorang tak ada lagi album penuh, ditubuhkan pada tahun 2003 hanya mengeluarkan demo., yang dasyatnya band ni demo2 mereka perna diriliskan dalam satu format piring hitam. untuk ep 2017 ni mereka menghidangkan 3 lagu baru dan satu lagu lama dinyanyikan oleh rex. 4 lagu dalam ep ni, sangat lah bagus, sound padu, kerja gitarnya memang hebat, solo2 menghiburkan, aku sangat terhibur dengan rilisan ni. kalau korang yang minat thrash tu sambar lah sekeping cd ni, harga pun rm10 saja, pro cd. untuk mendapatkannya pergi lah kelaman page fb mereka taip ja antacid malaysia. hellyeah..


 siap dibagi free poster lagi, kalau simpan sampai 20 tahun ni, boleh jual harga yahudi geng, macam poster2 rock lama skarang ni hahaha (gurau ja)..  ohya dorang ni baru balik dari jepun main kat sana true thrash fest. layan video kat bawah ni haha...perhatikan helmet tengkorak kat cover album ni, ada tulisan vault, menurut kata kawan aku, vault tu mereka juga sebab line upnya orang yang sama. hail vault hail antacid


power!!!