Khamis, 23 Mac 2017

soto cinta


haloha... haha ini kali cerita makan pula, semalam teringin nak makan soto, ajak orang rumah g makan, nama kedai ni bakso cinta, saja tukar jadi soto cinta. area kedai ni kat bayu, ni lah satu2 nya kedai aku makan soto kat selangor ni, tempat lain aku belum cuba dan belum temui dan terokai. banyak kedai jual bakso kat bayu perdana ni. kira lubuk bakso lah kan, walaupun rasanya tak lah sehebat soto sandakan, sekurang2nya dapat lah melepas rindu pekana soto ni. semalam aku pergi kurang orang, lepas tu dorang punya canopy kena buka sebab katanya mpk bagi amaran suruh buka, memang lepas ni susah lah nak cari soto cinta ni kalau dorang tutup.


semalam kita pesan soto campur, gambar atas ni cinta aku punya hidangan, haha..dia campur nasi impit sekali ngan soto tu, kalau aku tak boleh.


Semalan ada pula sudah buras, selalu hanya nasi impit ngan kacang keropok ja. semalam pekena seikat terus, memang puashati makan ngan buras ni.


cuma ada sedikit ralat lah, aku terletak lada banyak hahaha..sudahlah aku ni jenis yang tak suka pedas2, nasiblah sudah makan setengah. tambah2 aku order tea tarik panas wahaaha.. tak menjadi semalam, hilang rasa sotonya. okey lah itu ja, sebenarnya aku rindu ngan bakso kat chi liung sana, katanya sudah balik kampung maka tiadalah bakso lejen tu, kalau pekena bakso2 sekitar ni memang tak masuk lah, aku lebih suka pekena soto ni... harap2 kedai ni akan beroperasilah terus,

6 ulasan:

  1. Aku kalau soto , mungkin lebih expose ke style Johor/Singapore nye pengaruh seperti soto ayam, mee soto dan mee hoon soto. Kalau kau cakap nasi impit tu maybe ialah soto ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. soto campur ni daging dan ayam, nasi impit tu asing ja dorang letak atas meja, bini aku suka campur sendiri ngan soto tu.. kalau aku soto ni satu ja kat sandakan tu mmg lejen, memory aku ngan bapa aku kalau turun bandar musti singgah kat situ makan, sampai aku sudah besar ni soto masih jual, kalau balik kampung itu lah tempat aku nak singgah makan.

      Padam
  2. Kekadang waktu lunch dah tak tau nak makan apa aku bantai mee hon soto...sedap.

    BalasPadam
  3. berdekatan dengan tempat kerja aku, ada restoran nama soto nur cafe... rasa sotonya aku tak pasti influence mana, tapi rasanya memang jauh berbeza dengan soto sabahan

    BalasPadam
  4. Sama mcm deaf tapi aku suka mkn mee soto.suka letak soon goreng tu banyak2..heheh

    BalasPadam