Khamis, 30 Mac 2017

nak turun tengok megadeth juga dan cd dystopia baru beli 2 minggu lepas. luahan hati yang terbuku dalam otak dan hati kecil ku..


setelah aku buat kira2, aku buat keputusan untuk beli tiket dan cd ni, walaupun aku tak masuk sangat ngan muzik megadeth ni banding ngan metallica, bila melihat kawan2 yang sudah punya tiket ditangan rasa lain macam pula, bila tinggal seorang2 ja kawan2 lain p trun berhibur menyaksikan megadeth ni. masa mula2 flayer keluar tu hari aku sudah putuskan untuk tidak tengok, sebab tiketnya saja sudah cukup keras bagi aku ni haha. tapi makin hari makin lain pula, seperti aku cakap kat atas tadi haha.. melihat dengan banyaknya rilisan yang ada dalam list aku ni untuk dibeli, dari tahun2 lepas lagi belum terbeli, dan yang terbaru lagi ni tak kira lah metal atau rilisan semula rock ni. lepas ja aku hold dulu 2 bulan untuk beli cd kaset apa2 saja tu, tapi ada juga yang aku beli walaupun fokus untuk tiket megadeth. selepas 2 bulan, ahh cukup lah duitnya bulan lepas kali aku beli. yang paling murah lah tu. aku g speedy beli aku cakap dalam hati kalau tak ada yang murah ni aku akan beli cd2 yang ada dlm list aku, nasiblah tiket masih ada haha... aku sudah sedut mp3 album dystopia ni sebulan lalu dalam kereta p kerja balik kerja itu lah lagu2 yang aku dengar, lama2 dengar ada sudah melekat, lagu dystopia tu sudah berlagu dalam kepala.. hari tu aku tengok lazada dorang ada promosi rm10 untuk cd dystopia tu harga asal rm49 dapatlah rm39, terus aku sambar. haha sekurang2nya adalah satu album megadeth ni dalam koleksi aku sebelum aku p tengok nanti bulan 5 ni. dulu ada juga kaset dan cd megadeth yang ada dlm koleksi, disebabkan tak masuk aku sudah jual haha...selepas aku buat kajian sedikit baca itu ini tengok kat youtube konsert2 megadeth rasa macam ruginya lah kalau aku tak turun ni dekat ja ngan aku  kata hati ku. sudah lah aku ni jenis yang payah nak tengok konsert keluar, keluar negeri pun payah buat masa sekarang ni, inikan pula nak pergi luar kan. haha.. buat rakan2 blog klu ada perjumpaan kat sana nanti boleh lah jumpa korang walaupun sekadar bersalaman gitu.. lagi satu aku dapat bayangkan kalau lepas konsert nanti masa lepak, bayangkan kawan2 yang lain bercerita pasal konsert ni kira seorang diri tak p turun, abis tercengang ohh.. alang2 lah sekali juga ni megadeth singgah malaysia. jumpa korang disana..

masih aku teringat entri pertama megadeth aku share dalam blog ni. bayangkan aku p tulis MEGADEATH wakakaaka.. nasiblah ijau sound kalau tak begitu lah sampai sekarang ni asyik ingat megadeath, betapa posernya aku tentang band ni hahaha.. megadeth lah  tapi aku rasa bukan aku seorang kot. ada gak kawan2 lain masih ingat megadeath hahaha...

lagi sikit, aku ada juga sedut album kompilasi back to the start kah apa tu tajuknya ada lagu2 lama dorang tu, aku terfikir juga nak rembat kat lazada tu, melihat pada bajet aku ni aahh cukup sudah satu cd dystopia tu. lagi pula presing pasaran asia.. OK itu jelah pasal megadeth.. banyak lagi berlegar dalam kepala ni. patutnya aku p tengok gig pelacaran album baru hereafter besok. ohya lupa aku aku ada beli jaket pu lether duit untuk p tengok tu gig hahaha gila betul plan gilababi itu hari nak ajak kawan2 lain p pun semua tak nak, aku rancang naik moto ja tapi itulah kita hanya merancang gitu.. mungkin tengok kat gig damasara nanti sajalah. sabtu depan pun ada gig purunistik juga itu pun kena trun, gig pertama ironbird, nasib juga kursus latihan aku kena bulan 5 lega sikit. ok itu ja haha, tapi fikir2 kerja juga sabtu ahad. musin nya sudah, tapi tak apalah sabtu cuti saja ahad kerja. nanti bulan 5 masak semua sabtu tak akan ambil sebab nak buat latihan huhu...

tak abis lagi ada sikit lagi haha abislah..

8 ulasan:

  1. Jarang sangat kita dapat peluang tengok band luar negara, band tahap dunia beraksi kat tempat sendiri. Jadi pergilah kalau ada peluang. MegadeAth ialah salah satu band yang at least dapat tengok sekali pun jadilah. Dan teorinya ialah, jika organiser promoter tengok ramai datang beli tiket, maka banyak band akan masuk lepas ni.

    BalasPadam
  2. cari kompilasi back to the start, capitol punishment ataupun set the world afire (2cd) kalau nak crash course dengar lagu2 megadEAth ni...

    tiket tu kalau area UR5 bolehlah geng dengan aku, berteromber dan muspeedrider

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiket aku UR6 bersebelahan ja haha..

      Padam
  3. alamak...tak sama area la...tapi harap2 dapat jumpa...

    Megadeth ni kalau nak yang senang hadam...try Youthanasia atau Countdown to Extinction...

    BalasPadam
  4. deaf - betul juga tu.

    ijau - aku ada sedut mp3nya sebulan lepas back to the start tu, sedap lagu2nya, rasa nak beli juga kat lazada tu, cuma bajet lari sudah.

    bert - ok thanks infonya buat masa ni aku dgr versi sedut dulu lah, nampak tak sempat dah nak beli.

    BalasPadam
  5. Aku ni taktau la dpt pegi ke tak.puas aku bagi alasan kt bos aku ni tanak outstation..hahah.awal bulan 5 lak tu.siot betul laa.dia ckp org lain tak boleh nak aku jugak yg pegi..hadoyai

    BalasPadam
  6. Kalau The Meggadeaths pulak antara nama awal Pink Floyd

    BalasPadam
  7. Generation Axe (Vai,, Nuno dan ramai lagi dlam pakatan baru gitaris) di Indonisia besok,,, damnnn...

    BalasPadam