Selasa, 18 April 2017

Barbalans - Gemersik Bisikan Keramat


borneo hell master jolokan buat band barbalans ni, kaset ni diriliskan oleh label varmt stal, disertakan patches dan mini poster, teruja juga aku nak memiliki demo ni, mengikut apa yang dibagitahu ini adalah demo lama barbalans, dan juga ditambah lagu dari rehersel dorang 1996. ada 7 lagu dalam ni termasuk intro. pertama kali aku play hari tu memang sangat2 mengejutkan halwa telinga aku, tak sangka aku soundnya sedap lagu2 pun ngam dengan selera aku, jeritan vokalisnya yang memenuhi setiap lagu sangat2 lah aku suka. kiranya rilisan ni antara terbaik untuk tahun yang aku beli. setakat ini.. sound dalam ni memang lain dari album penuh barbalans. kalau aku dibagi pilihan aku lebih menyukai stail demo ni. senang cerita aku sangat2 berpuas hati ngan rilisan ni. 

4 ulasan: