Jumaat, 7 April 2017

man rani sofea




Gambar ni aku snap guna kamera henpon cap ayam aku haha.. ni dekat pesta himpunan 1000 rockers kat pandamaran 25/3 lepas haha..sebelum aku padam baik aku tampal sini dan cerita sikit lah pasal kejadian ni, mulanya aku ingat ni himpunan 1000 rockers ni gurau2 ja sebab nampak macam banyak sangat band rock lama dalam flayernya. tempat ni kat padang pandamaran yang hari tu ada mercun meletup masa tahun baru, ehh perna ke aku cerita tu hari perggghh dasyat beb mercun tu, hampir ja aku kena ngan anak2 aku, mercun tu terbang ke arah kami. kali ni aku gerak seorang je, orang rumah tak nak join katanya letih.. tanya kawan2 ada ke sofea main, dorang cakap tak ada, tak sangka pula man rani ada, sempat lah dia nyanyi 2 lagu bunga padang pasir ngan orang timur, betul ke kat album sofea tu lagu2 slow man rani nyanyi, sebab kawan aku cakap dia yang nyanyi. ada beberapa juga artis rock lama, seperti hatta junction, putra. dan lupa aku terlalu banyak haha.. nak tunggu bloodshed juga kabarnya ada mungkin juga esoknya baru main, sebab pesta ni 3 hari. nak kumpul 1000 rockers nak masuk buku of rekod malaysia. dengarnya dapat sijil juga pecah record. melihat pada hari kejadian beratus juga rockers turun, yang paling lejen semestinya rockers sabahan, pakaian dorang rock lama2 macam era botb tabik. satu je yang slek dorang tu naik pentas banging ramai2 tak rock lah, orang datang nak tengok band main bukan nak tengok kamu banging atas tu. apapun band rockers sabahan tu mantap lagunya2, replesia nama bandnya bawah lagu sendiri beb, dresing pun cam rock lama.


gambar atas ni band sabah tu, mantap ahhh lagu sendiri lagi gaya pun rock tulen gitu mmg lengkap dorang ni harap doranng keluar ep ke apa. klu ada band besar buat konsert bagus panggil dorang ni supporter dorang pun ramai...


mantap sudah persembahan band replesia tu, sayangnya anggota dorang semua naik atas pentas banging, habis dorang tertutup, tak nampak gaya permainannya, kan elok banging kat bawa ja..

k itu je.

hmmm tak tahu lah esok nak turun gig ke nak kerja, ni lah pertama kali aku pening nak buat keputusan.. 

8 ulasan:

  1. Nasib baik tak roboh kalau berat sangat.
    Replesia ye.. ? Sedap nama, Tuan Tanah sila pegi investigate dan carik demo mereka dan tampal kat blog.
    Yep aku setuju, ada tempat fans masih sanggup pakai pakaian tiru rock tempatan 80an. True fans, tak mudah nak carik dan tak mudah kena jaga badan nak muatkan dalam sarung2 tu semua.
    haha.
    Oooo Mercun.. haishhh..
    Sedangkan pemotong rumput kat mana2 tu yang potong rumput dengan jentera mereka berpusing laju tu, kalau terkena barang2 metal atau plastik, terpelanting dah macam peluru. Sebab tu jangan cakap mercun, orang potong rumput kita patut jauhkan diri. Memang blade mereka dan bukan besi, hanya macam cable tie plastik tapi kalau terkena plastik / metal kat rumput tu yang bahaya benda tu terpelanting cam missle.

    BalasPadam
  2. Wah..aku taktau langsung pasal ni.kira ok jugak la kan ramai rockers turun.mcm ko ckp mmg tak patut la bebdk tu banging atas stage.banging la kt bwh kacau penonton lain nak tgk.
    Btw,lagu bunga padang pasir dalam album mmg man rani yang nyanyi.vokal dia mmg kena dgn lagu slow rock

    BalasPadam
  3. Bunga padang pasir memang Man Rani yang nyanyi..

    BalasPadam
  4. Selain lagu Bunga Padang Pasir, Man Rani juga nyanyi lagu Debu Khayalan (Kembali), Bungaku Kerinduan (Boneka Pentas). Kalau perasan ada beza sebutan huruf S antara Man Rani & Amir.

    BalasPadam
  5. ok thanks infonya.. baru tau man rani pun ada nyanyi..

    BalasPadam
  6. Banging tu apa ye..cari dlm kamus terhantuk maaf bertanya 🙏🤪

    BalasPadam