Selasa, 6 Jun 2017

Mortuary Ancestor & Zoghnity


2 rilisan ni adalah yang terbaru aku beli, bulan lepas lagi, cuma malas mau menaip di bulan2 begini jadi lambat nak share. kedua band ni berasal dari sabah, zoghnity kaset main black metal. mortuary ancestor cd tu main death metal. gambar kaset tu terbalik pula hahaha..


aku mulakan dengan kaset tu dulu, ini band pertama kali aku dengar masa aku tumpang kereta kawan aku kalau tak silap tahun lepas,  sound band ni memang jahat. apa yang menarik minat aku suara vokalisnya, jeritannya macam bukan manusia nyanyi. dengan muzik black metal hutan laju memang ngam sangat lah dengan apa yang dibawakan oleh band ni. kaset ni rilisan semula setahu aku tahun lepas rilisan cd saja. sayang juga tak beli cdnya tu. hellzogher (devil seed) ep ni di bagi nama. ada 7 lagu versi kaset ni,2 lagu tu dari promo dorang. ada satu lagu saduran dari venom black metal, dibawahkan dengan cara mereka sendiri. sebenarnya aku belum hadam lagi kaset ni secara total. tapi dalam pendengaran pertama aku terbaik, boleh dijadikan playlist bulan depan.

mortuary ancestor boleh kata ini band lama dalam pergerakan muzik keras tempatan, aku perna lihat mereka beraksi sekali masa dorang datang kl. ini adalah rilisan pertama band ni ada dalam koleksi aku. ada juga dulu2 nampak kawan2 jual, tapi tak tergerak hati nak beli, mungkin sebab death metal bawaan Mortuary ni bukan lah kesukaan halwa telinga aku. selepas mendengar ep terbaru mereka ni, pandangan aku sudah berubah, mantap pula muzik mereka ni, kata hati ku. makin diulang dengar makin suka. ada 6 lagu dalam ep ni satu intro dan satu instrumental. kira 4 lagu yang menghiburkan,

aku nak letak link youtube kat sini untuk rilisan 2 band ni, tapi nampak gayanya macam tak ada di upload. yang ada pun lagu2 lama mereka.

k itu je.

4 ulasan:

  1. baru tahu ni kewujudan band2 ini dan info.
    keep it up

    BalasPadam
  2. Banyak band local umderground yg aku tau semua dari blog ni.mmg taktau menahu betul aku ni

    BalasPadam
  3. zoghnity tu dr tempat aku tawau..cuma x sempat nk tgk dorg sbb aku da berhijrah ke semenanjung...klu mortuary tu jgk cakap la sbb kita band oldtimer dr sabah..bdk2 sabah memang dah biasa dgn dorg

    BalasPadam