Ahad, 31 Disember 2017

Yang aku impikan 2017

Tahun 2016 2017 antara tahun2 paling mencabar dalam hidup aku.. dengan berbekalkan minat aku lepaskan kerja yang senang hanya duduk mengadap leptop sepanjang hari. Aku perna  impikan satu hari ni aku akan bawah juga lori kontena ni. Kalau masa kerja lama dulu tertanya2 jugalah pada diri ni cemana lah dorang bawah lori besar ni. Aku mulakan langkah kanan ambil lesen lori. Lepas tu berenti kerja. Bukan senang rupanya nak cari kerja tampa pengalaman. Benar banyak jawatan kosong diluar sana memerlukan pemandu lori. Tapi kalau tak ada rezeki memang tak akan dpt. Berapa banyak aku pergi interbiu tunggu panggilan semuanya. Dalam 2 minggu gitu aku cari kerja.. sampai kan airmata jantan ni mengalir juga sedih siottt fikirkan pasal keluarga.. bajet aku akan bertahan 2 bulan saja. Hari terakhir aku pergi interbiu. Okey dapat kat gold cold nye kompany. Dorang bagi basic sangat ciput ja rm450 gitu dan selebihnya ikut trip dan kerajinan.. all out pun rasanya 2k susah nak dpt. Semalaman aku fikir nak terus kerja situ atau cari lain.. arghhh sudah lah nak cari kerja tu punya susah.. aku yakin pasti ada rezeki lain yang menanti aku diluar sana.. pagi tu aku plan nak cari kerja yg betul2 ngam dengan masanya dan juga bayarannya. Tak sangka pakcik dtg rumah aku pagi tu ajak ikut dia kerja kat pelabuhan.. dia oferr 2 minggu tak ada gaji ikut belajar dulu. Gila kata ku kerja 2 minggu tak ada gaji.. b3rbisik2 hati ku. Tapi ofer ni betul2 mengujakan aku. Dia cakap kau belajar sana bawah lori kontena. Nanti dah pandai kau punya suka nak melompat keluar bawah lori luar.. aku setuju geng. 2 minggu trun kerja tqk ada gaji. Tapi kesabaran ku ada batasnya. Hari2 terakhir tu aku belum dpt bawah lori. Alasan pakcik tu dia sibuk repair lori lqin  tak ada masa dia nak ajar lagi. Aku redha. Nasiblah ada membe situ bagi aku bawa lori tu kasih semangat kat aku. Dan akhirnya pakcik tu makbulkan jqnjinya dia ajar aku ilmu gustan. Katanya gustan ni paling penting kalau bawa lori kontena ni. Jadi 2 3 hari juga aku belajar gustan di satu kawasan lapang dlm pelabuhan tu. Dari pagi sampai ke petang gustan tu ja lah aku belajar.. sampai naik muak aku dibuatnya.. tapi dlm hati aku biarlah ini masa depan aku. Sampai lqh aku dpt teknik nya sedikit. Dan pakcik tu tunjukkan aku cara nak pickup kontena. Aku sudah tau caranya sebabnya hampir seminggu aku ikut lori tu tengok cara dorang buang kontena ambil kontena. Sekali saja pakcik tu ajar aku. Dia suruh aku bawa dan dengan penuh debaran aku dpt angkat dan bawah dengan jayanya. Pakcik tu terus lepaskan aku dan aku mulakan kerja dengan penuh keterujaan dan sampaikan aku terleka.. aku telañggar cermin sisi lori lain masa nak ambil selekoh.. aaaerghhg aku patah semangat.. namun rakan2 disana bagi kata2 semangat biasa lah pemandu baru pasti akan langgar. Jangan saja langgar mati org tu lain cerita. Kalqu setakat langgar lori kontena etc tak ada hal.... sekali tu sajalah aku telanggar.. lepas tu aku terus fokus.. bayangkan kalau lori luar tu cermin sisinya rm1k boh.. bos tak nak ganti pemandu tanggung sendiri. Nasiblah aku langgar tu lori projek cermin nya tak sampai 20rm. Itulah serba sedikit apa yang aku impikan tahun ni.. harapnya 2018 aku akan mulakan pengembaraan aku bawa lori kontena keliling semenanjung.. nanti aku sambung cerita ni. Banyak betul aku nak ceritakan sebenarnya. Nanti aku kongsi dlm ni saja. Bab ni tempat paling ngam berkongsi isi hati jajajjaa

3 ulasan:

  1. Selamat tahun baru bro...semoga tahun ini akan lebih murah rezeki dari tahun tahun yang sebelumnya...

    BalasPadam
  2. no retreat no surrender.moga impian kau tercapai bro.selamat tahun baru 2018

    BalasPadam