Khamis, 11 Januari 2018

Blackfire - lahir dari api 2018


Satu2nya album blackfire lahir dari api. Album ni perna diriliskan pada tahun 2006. Tahun ni diriliskan semula dengan kulit album baru. Nampak jahat disitu. Serta sound di remasted kedengaran agak bagus. Harga sekeping cd ni rm29 disertakan poster sekali. Lagu2 dalam album ni sudah di buat pada tahun 80an lagi dan hanya mampu dirakamkan pada tahun 2006 bersempena tarikh keramat 06.06.2006 (666) maka terlahir lah album lahir dari api. Ada 8 lagu dalam ni. 7 lagu berbahasa melayu dan 3 lagu berbahasa english.. liriknya amat mendalam menceritakan perihal syaitan dan neraka.. dengarnya blackfire ni sudah mempunyai hampir 20 lagu siap dan hanya tunggu untuk dirakam saja.hanya mampu rakam 8 lagu ni saja. Itu pun sebab azmi tidak mau blackfire hanya sekadar band mitos di malaysia.. jadi jika ingin memdengar muzik ekstrim terawal di malaysia dapatkan lah cd ni selagi ianya masih ada. Simpanlah dalam koleksi kalian bahawa ada band yang lain dari yang lain perna mewarnai industri muzik malaysia.. blackfire tidak akan mati dan akan hidup selamanya..

beza Cd 2006 dan 2018 lihat pada gambar..


Kulit album rilisan pertama nampak ringkas. Sebabkan nak kejar tarikh keramat 666 tu. Makanya jadi begitu haha namun tetap menarik. Kalau ikut kulit LP ada tiga sudah kulit album yang berbeza.. bagi aku kulit album lp tu menarik..


Belakang.. ada ditulis situ (p) 2006 (c) 2018


Dalamnya terlihat gitu.. cd 2018 nampak menarik ada api gitu sama dengan kulit album pertama



Inlaynya.. rilisan pertama lipat 2 saja dan tulisannya kecil rilisan kedua ni tulisan besar.. kalau di baca luahan hati azmi vokalis blackfire dalam inlay ni. Kita akan tahu betapa susahnya mereka memperjuangkan irama berat ni di zaman mereka..percubaan membuat album tu memang sudah mereka cuba namun akhirnya tak dpt jua mereka riliskan. Satu2nya rakaman yang sempat diabdikan dlm rakaman adalah live 1988 itu pun hanya 2 lagu dan boleh kita dengarkan disana mereka berkeras dorang bukan band thrash metal. Mereka adalah black metal.


Patches sulam ni berharga rm15 di lokasi gig.. rasa tak lengkap kalau aku tak beli patches ni. Simpan buat koleksi berharga haha...


Sedikit tambahan gambar atas ni. 2 pick dari subri gitaris blackfire masa gig mamatfest yang sempat aku minta buat kenangan.. jarang2 aku minta benda2 gini di gig2 aku hadiri. Tapi untuk gig blackfire aku sudah set akan minta benda ni. Aku ada tanya hadi lepas gig minta dia punya stik drum tapi katanya ada sudah minta lebih awal.. pick warna hijau tu lima lagu dimainkan oleh subri dan unggu tu lagu bonus kedatangan 2 sebab aku ingatkan sudah habis lagu terakhir tu. Hahaha.. kenangan beb akan aku simpan ni buat koleksi blackfire aku.. 

8 ulasan:

  1. memang eksplisit jahat kulit album kali ni.. tahniah siap dapat 2 pick dari legend

    BalasPadam
  2. 1st dan akhir jumpa Yazid gitarist pada tahun 82 - 83 kat Ipoh, dia cover Wasted Years...Adik Dato' Mokhzani RTM...

    BalasPadam
  3. pernah dulu memiliki album 1st press tu..tahun lepas aku jual dgn harga rm80 termasuk postage...sekejap je pos dkt fb dalam brp minit da sold..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cd buruan sudah 1st tu. Jual rm100 pun ada yg nak haha

      Padam
  4. Baru tau ada rilis balik album ni.tq info bro.aku nak beli satu dan aku harap hasil jualan album ni dpt bantu azmi yg tgh sakit tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengarnya rilisan ni dibuat utk bantuan azmi. Masa konsert hari tu pun ada tabung bantuan untuk azmi.. moga dia cepat sembuh

      Padam
  5. aku terlepas yg 1st press...nasib la ada keluar yang ni...

    BalasPadam
  6. Tq bro,utk info yg di berikan. aku dah lama tak beli cd. Ni dah tau album blackfire dah ada blk. Kena dptkn cepat2. Masa dia org dok hidup lg ni lah, nk support band yg betul2 ada kualiti ni, band legend.. nnt bila dah tak de, dah tak guna dah..

    BalasPadam