Isnin, 19 Februari 2018

the pilgrims - achtung! riders





album terbaru dari the pilgrims yang rilis pada 2015.. cepat betul masa berlalu haha.. baru berkesempatan di tampal dalam blog ni. dalam koleksi aku ada lah 2 album the pilgrims ni. untuk album terbaru ni muziknya agak liat nak dihadam oleh halwa telinga ku. mereka masih lagi mengekal sound seperti album2 sebelum ni. cuma lagu2 untuk album ni kadang kedengaran agak rojak juga haha.. hanya satu lagu saja menusuk ke halwa telinga ku. BUNOHAN ini lagu betul2 buat aku terus mengulang dengar beberapa kali... ianya mengujakan haha.. lirik tak disertakan untuk rilisan kali ni.. ntah kenapa makin kedekut sekarang band2 lokal nak sertakan lirik dalam setiap rilisan.. feel mendengar sambil membelek2 inlay tu masih kuat lagi. rilisan ni sempurna sudah digipack lagi tu. tapi sayang inlay tak ada.. ohya jaie pun ada menyumbang suara dalam lagu buka panggung.. lagu2 lain tu bleh skip kot dengar bunohan saja.. haha.. ada 8 Lagu dalam album ni. masa rilis album ni sempatlah aku tengok mereka perform masa gig blast from the past kalau nda silap.. kalau ada album satu lagu saja aku minat dengar.. ini adalah albumnya.. k itu je huhu...

4 ulasan:

  1. adakah pasal Bunohan tu bunyi dia brutal? haha. Aku dari dulu pernah dengar nama tapi tak pernah dengar lagu. Serupa bunkface tu semua. Mungkin kalau zaman kedai kaset dulu, kaset2 band ni semua kat rak rak lain la. haha

    BalasPadam
  2. Pilgrim ni aku penah beli album da capo je.album tu pun best.dia cover lagu runaway dgn lagu hindi tu pun sedap dengar

    BalasPadam
  3. Album yg paling tak best ialah Achtung! This Is Not A Metal Band, yg 2015 ni ok juga, janji tak leleh..

    sama jugalah, frust sbb takda lirik kat dlm..

    BalasPadam
  4. aku follow sampai The Wise Fisherman ajer..

    BalasPadam