Khamis, 2 April 2015

DARKTHRONE - F.O.A.D


Satu lagi cd darkthrone selamat mendarat semalam... haha.. alang2 sudah ni.. masa aku tengah deman darkthrone ni lah muncul cd2 yang aku nak, macam tahu2 saja, bermusin gitulah.. sapa ikut blog ni memang akan tahu apa akan jadi kalau aku sudah teracun oleh sesuatu yang aku minati.. ya aku akui sekarang aku dilanda asmara mabuk tujuh lautan disebabkan cd2 darkthrone ni. ada seorang membe fb aku, nak tolak cd2 darkthrone nya dengan harga mampu milik.. mcm cd ni kan kalau jual kat luar tu kurang2 rm60 ni, belum masuk uang pos nya lagi, kawan aku ni tolak rm46 ja siap poslaju,. berbaloi lah cd import ni. lagi tu dia nye jewelcase lain macam, ni pertama kali aku dapat jewelcase jenis camni. nampak menarik pula. hahaha sebenarnya ada pilihan lain cd2 darkthrone yang kawan jual ni. tak mau lari bajet aku sambar dulu ni. yang lain tu, kemungkinan ada lebihan bajet bulan ni aku akan sambar tampa belas kasihan... nafsu membuak2 memberontak ditambah2 aku pun suka. tiada jalan lain langgar sakkk kakkakaka...

ni cerita pula bab keseluruhan cd ni, foad ni album studio kesebelas rilis tahun 2007 boleh cek metal archive hahaha.. untuk aku album ni terbaik juga lah, soundnya memang sudah jauh beza ngan kaset2 yang aku beli tu, ni era metalpunk sudah, black metal tu kurang lah tapi soundnya tu masih kuat kedengaran darkthrone.. wahaha.. menariknya cd ni, ianya disertakan inlay yang tebal juga, setiap lagu2 tu diperincikan dari mana datangnya ilham tu datang dan lagu2 diciptakan tibute untuk band2 yang mereka suka, memang tak dapat lah feeling dia dengar kat utube ngan ada versi asli ni. gambar2 fenriz ngan nucturno ada gak lah dalam ni. layan sambil dengar kan best... ohya baru ku tahu juga lagu2 dalam ni sapa nyanyi, ingatkan nucturno culto saja nyanyi, utk album ni fenriz banyak nyanyi hahaha.. itu sajalah merapu aku ni. korang musti lagi faham ngan detail bab album ni. sapalah aku nak cerita pasal darkthrone kan. mungkin impian aku utk menjadi kan darkthrone band luar pertama kolek semua albumnya akan jadi nyata.. tengok lah nanti. maka bersambung entri darkthrone ni. kbai

5 ulasan:

  1. pergh...makin banyak dah koleksi...sekali sekala kasi tunjuk la ko punya rak cd/kaset pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum boleh masuk rak lagi koleksi aku, masih guna polybox saja buat masa ni. tapi terfikir juga nak beli rak. lepas liha entri ijau tu.

      Padam
  2. tuudia...suda jadi the part of darkthrone..selamat mengumpul bro...pasal jewelcase tu rasanya superjewel case..yg suka pakai tu syarikat pulverized rec dgn peaceville record..cuma masalah klu pecah xtau mau cari dkt mana jual casing tu..

    BalasPadam
  3. Benda2 gini, pelan2 collect nanti dapat semua...
    Tapai kalau nafsu ganaz dah meronta2, kejap je terkumpul semua

    BalasPadam