Khamis, 14 Mei 2015

apa saja yang bermain difikiran dan bisikan kata hati wakaka


hellyeah... ni cerita maram perapu kepunden param sekepar lagi haha... aku nak cerita pasal apa ya. mula2 nak cerita pasal barang order, ohya bulan 5 ni aku puasa dari membeli stuff di internet. aku nak tgk sejauh mana aku boleh kawal nafsu aku ni. banyak yang menarik menggoda aku utk disambar. kadang2 tu aku dah tekan mesej dah taip tinggal nak tekan send ja. lepas tu aku padam haha. dah nak masuk setengah bulan ni. rasanya aku boleh tahan. kecuali ada barang yang betul2 aku cari tu muncul depan mata. yang ni selalu terjadi. masa2 aku nak puasa lah dia akan muncul. godaan betul. habis cerita pasal tu. rasanya band2 pujaan saja akan di fokuskan, yang lain2 tu dalam list kepala aku ni masih banyak yang tunggu giliran. aku hold dulu. biar masa yang menentukannya.

  dapat mesej mengatakan dinner tahunan utk tahun akan diadakan hujung bulan ni. huyehh.. hari yang ditunggu2 akan tiba. sepatutnya dinner ni dibuat awal tahun, disebabkan bos besar nak buat ngam2 dengan tututp buku syarikat ni, makanya terpaksalah menanti sampai bulan 4. bulan 4 lepas dah tutup buku. apa yang menarik sangat pasal dinner ni, ni masa akan nampak wajah bos besar trun, dan mengumumkan jika ada bonus atau tak wahahaha... aku berharap sangat dapat lah sedikit bonus tahun ni. kalau ikutkan hati aku dah berenti bulan 1. disebabkan tarikh dinner di ubah, aku pun cam rasa baik aku tunggu sampai bulan ni. hurmm. rasanya last tahun ni kerja kat sini. tempat kerja aku ni, tersangatlah bagus. cuma aku nak lebih bagus lagi utk masa depan nanti. kalu kat sini rasanya rezeki tu sini2 sajaa. tak bertambah. bukan aku melawan takdir, cumanya kena usaha juga kan. ok lah hati ku asyik berbisik2 saja. mengharapkan sesuatu.

tema tahun ni ntah apa punya fikiran lah dorang ni, adakah patut dia nak buat tema cowboy. tahun lepas ok lagi. arab, senang nak cari pakaian, ni tahun cowboy nak beli kasut topi segala. hadoiiilah., dengan pertandingan kareoke, rasanya aku tak nak join lah tahun ni berat hati ku nak nyanyi. hehe. biarlah kemenangan aku tahun lepas tak tercalar. kalu aku join rasa2nya kalah, sbb banyak saingan tahun ni., wahaha...itu je utk catatan kali ni. hellyeah.

nota - dapat aku bayangkan malam cowboy nanti kakakaka

7 ulasan:

  1. ok la tu...dah boleh pakai boot dan jaket rambu ramba koboi...baru nampak gaya rocker...hahaha...

    BalasPadam
  2. Koboi ok la tu.kedai bundle pun ada kalo nak cari baju ke,kalo seluar jeans pakai wrangler baru la koboi..heheh

    BalasPadam
  3. bab keje ni kdg2 mmg kene lompat jgk ke company lain, yg penting mase blah dari company lama bt cara elok, bknnye ape, kalo tmpt baru rs tk sesuai blh apply blk dkt company lama. Slamat berdinner dan menjadi koboi bro hehehe

    BalasPadam
  4. ko pakai la Red Indian... Tiru style Joey Belladona Anthrax..
    tak pun ko buat style Clint Eastwood, bawak blanket..
    Karaoke - bayangkan ko nyanyi Blaze Of Glory Bon Jovi atau Santa Fe.
    CONFIRMMMM... show stealer.

    BalasPadam
  5. ya saya cadang nak puasa beli stuff. sama kes macam bro hahaha! dah taip cuma tak tekan button send je. aduihhhhh....

    BalasPadam