Isnin, 25 Mei 2015

FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2015 atau lebih tepat lagi SEARCH live kat sana. ngan cerita tambahan..

kisah semalam ahad. bersempena hari belia satu malaysia. dan aku pun tak pasti apa ni fest apa kah, aku pertama kali datang ke tempat macam ni, sebab utamanya aku nak kesini, hehe.. teka korang lah aku nak tgk siapa kan wahaha... ok ok aku g sini sbb aku nak tgk SEARCH searh ok bukan amy search. kalu amy search aku tak turun. ni SEARCH diulangi SEARCH hahaha... tahu kan best apa tgk search main live. kat uma hari2 layan search sekali sekala dapat peluang nonton search jangan dilepaskan peluang tu. bagi aku lah. lagi satu yg bestnya juga. ni percuma jajaja. bayar pun aku datang lah sbb ni search kompom bagi kepuasan yang berlipat ganda pada diri ku. Apa lagi.hurmm.. ok mulakan dengan hari belia semalam.

aku plan nak gerak seorang, bila fikir2 baik bawa kawan seorang, tak sangka kawan sekerja aku nak join, oklah lagi pun dia tahu jalan ke putra jaya tu. kawan2 metalhead pun nak join, aku ckp tak naik keta,naik moto ja. gerak dari rumah semalam. jam 2 ptg, sampai putrajaya dalam sejam perjalanan ke 40 minit tak tgk jam. ok kami sampai sana, punya lah susah nak cari presint 4 ni, papan tanda tak letak pun apa yg kami cari,pusing2 asyik2 balik tempat sama. pelik lah.. masa aku tgk kat google maps senang ja tempatnya. lama juga rasanya pusing2 dalam putrajaya. last baru jumpa presint 4, masuk ja ingatkan tempat hari belia tu kat situ, rupa2nya kat sebelah.

lokasi dorang buat festival ni, memang besar, macam2 tempat, nak cari pentas utama pun blurr dibuatnya. jam menunjukkan jam 4 dah, aku rasa dalam hati aku tak sempat lah tgk najwa main ni. tak apalah kata ku, kaki aku mula sakit, kasut aku ni rasa macam tak muat sudah.,hurmm kena beli baru lah. last aku pakai semalam. titik kata hati ku. cari punya cari akhirnya terjumpa juga pentas besar. ingatkan itulah pentas utamanya, rupanya lain wahahahhaa.. pentas utama kat belakang. hoyeee jumpa juga. letih nak mampus aku bejalan. panas nya tu bayangkan ja. bawa panas bejalan.


terkejut aku beb mamat ni bawa samurai.

rupanya payung. mantap payung ni nak beli satu jajaja
akhirnya ramai juga lah manusia berkerumun di depan pentas utama ni. dari jauh aku mmg perasan dengan suara yang menyanyi tu, bila dekat2 ohye sonaone, sapa tak kenal sonaone yang nyanyi apa kabar ngan joe flijo tu, menang anugerah ajl tahun ni ke tahun lepas. siap dorang mention lagi ada kata rep tak berpeluang menang. ohya sonaone bawa lagu dia 2 ke 3 lagu pastu masuk eltimet ganti gambar baju putih tu eltimet, yang bawa lagu syukur aku masih bernafas lagi syukur aku masih disini, pastu masuk joe flijo wahahaa.. ni vokal dia ni mantap juga keras basah cam negro tu penyanyi hiphop yang popular tu sapa namanya ntah. banyak lagu2 hiphop yg meletup kat radio dipersembahkan oleh mereka ni. yang pasti lagu apa kabar dorang bawa.. hahah enjoy jugalah dpt tgk mereka, kat depan tu teruja gilababi fan hip hop kali. kami ni berdua ngan kawan berdiri je kat pagar juru bunyi ni.

najwa

kami datang masa sonaone n the geng hip hop tgh mengganas kat atas stage, ngam2 kami jumpa pentas utama. masa hati kata melepas nak tgk najwa. akhirnya dpat tgk najwa beb HAHAHAHA... giler kawan aku ni nak cari baju aku ajak dia cari pentas utama dulu, itu baju belakang cerita. habis saja dorang hiphop tadi, dalam 10 minit the pelikat sound check, pastu terus on, najwa keluar memang sempoi ahh dari tempat tadi aku masih berdiri kat depan2 tu panas kat tempat aku berdiri ada mendung sikit huhu..best lah dapat tgk najwa hajat hati nak tgk search, dapat tgk najwa sekali lagi bertambah2 best.. hanya aku saja yang tahu perasaaan ku saat menyaksikan najwa kat atas pentas tu HAHAHAHAA.... ok najwa bawa 6 lagu klu tak silap. dua lagu baru yang akan dimuatkan dalam album baru nanti. lagu pertama lagu cinta muka buku, suara najwa tak leh lawan beb ngan suara2 penyanyi aweks kat mesia masa kini. ada tredmark nya tu. mungkin kalau shila hamzah najwa kalah bab shila suaranya power. najwa ni. suara dia comel tu macam. mungkin kalau dia meningkat dewasa lagi apakah dia bleh bawa lagi lagu cinta muka buku dengan suara asli, sendiri mau ingat, tapi kan lagu baru nya tu semalam memang sedap, dari gadis sekolah skg dia. jadi matang dah lagu2 tak lagi kosong... phewitt bak kata amy wakakakaka. ok habis cerita najwa ni, apa yang ku lihat semalam akan menjadi kenangan sampai bila2 cewahhhh... (nota - najwa main ngan band ok. ada pemuzik bayangkan tu)

lepas tgk najwa., bergegas kami cari surau.. wahahahaa..

nasi lemak JDT
nasi lemak biasa rm1.50 + kerang rm4 = rm5 huhu.. Lepas magrib kita cari gerai makan kat tempat fest ni. makanan dia mahal2, ni jumpa nasi lemat jdt ni kira murah dan berbaloi lah bab dia masih panas2 lagi tau.. sedap nya sebab lapar tapi sikit ja nasinya wuhuhu.. kalau lah aku nampak tanda harga tu awal2, aku dah minta nasi lemak biasa 2, ni tambah kerang ingatkan harga biasa... hadoiilah. air tak leh cakap paling murah rm3, normal utk hari pesta dimana2...

lepas makan apalagi ambil tempat lah utk tgk search main jam 10 wahaha.. jam baru 8 malam. kat pentas utama memang ramai lah yg duk bersila, hajat hati nak pegang, palang depan tu., apakan daya. tak kesampaian. ingatkan kurang orang, kat pentas tu geng akim tgh buat sound chek. terjumpa rakan2 dari grup search kat fb. aku rasa ramai yang datang ni sbb nak tgk search. duduk je bersila kat atas rumput yang berbatu, sakit punggung dibuatnya wuhuhu. jam 9 keluarlah band ROCKSTAR. akim and teh majistret.. amat memualkan tgk band ni beraksi. sebabnya. lagak rockstar. tapi semua lagu yang dibawakan lagu saduran, apa cerita ni. maaf lah nak kata, bagi aku ni satu2nya aku rasa silap percaturan bab konsert ni., aku rasa ramai lagi pemuzik baru yang layak dapat tempat ni banding ngan akim ni. tapi itulah mungkin aku je yang rasa mual. sebabnya ramai yang datang tgk akim ni. dorang enjoy gilababi. patutnya akim  ni jgn bawa lagu saduran banyak sangat, tak salah bawa satu lagu tanda tribute utk band tu, kalau yg aku lihat semalam tu, seolah2 dia punya konsert beb, gempak nak mampus lah band ni. tapi itulah sapa faham maksud aku ni akan mengerti. aku terpaksa tgk ok. rasanya aku lagi terhibur tgk hiphop petang tadi dari tgk akim ni. hiphop bawa lagu sendiri weii.. akim 2 lagu akhir je lagu dia. huhuhu.. lambat rasanya masa berlalu tgk akim di pentas tu. kan best najwa pastu search kira opening utk search najwa lah, ni akim wakakakakakakaka. maaf aku respek mereka yang bawa lagu mereka sendiri, biar pun cam sampah bunyinyi. abis akim nye cerita.

yang aku tunggu2 beb.. lepas akim. ramai juga peminat akim meninggalkan lokasi hadapan. aku ngan membe aku ni dah plan jumpa nanti lepas search kat lokasi kami tetapkan. lepas akim tu aku terus kedepan. sori tu say aku tak snap gambar akim n the geng.

SEARCH LIVE HARI BELIA 2015

SEARCH
SELEPAS 20 minit menanti, pentas dimalapkan tepat jam 10 malam. search keluar.. AAAAARGHHHH Jeritan manusia yang begitu padu sekali, tak sabar melihat search depan mata. ohya tempat aku 2org kat depan ja, depan pagar dah aku. hahaha.. dekatnya kan memang bestnya dia punya perasaaan tu mmg happy sangat gilernya... search menghamburkan lagu pertama. pelesit kota. pastu lagu balada pemuzik jalanan, pastu lagu satu bangsa satu arah, dan lagu yang aku naik gila isi atau kulit headbang terus.. aku peduli apa aku nak enjoy, satu lagu aku banging. kat tepi aku faham. dorang pun ikut banging, aku rambut panjang. tak ada masalah nak banging... banyak aku snap gambar search ni sebenarnya. cam biasalah amy nye persembahan tu kan, dengan ngan peminat. dia buat jatuh kearah peminat tu. tepi saja ada stage tu. aku kat tgh sayang juga tak dapat angkat amy. tak apa enjoy. pemuzik2 seacrh aku snap tgk mainan dorang aaagrhhh sempoi.. lepastu 2 lagu slow search bawa, fantasi bulan madu. ngan isabella. aku ada rakam part solo tu hehehe.. sing along bersamaa rasanya lagu isabella ja aku tak nyanyi. bab ni semua manusia kat situ nyanyi. aku ambil peluang utk snap ahli search yg lain. time ni org ramai kat depat tak angkat tangan.. nanti lah aku tampal satu kali tu gambar2 search. lagu terakhir... pawana.. semua orang lompat enjoy.. terbaik dari search puas hati...





haha.. ni je gambar buat masa ni, ohya menteri khairi ada masa search main ni. sempoi menteri ni, aku suka dengan dia ni, dengan jiwa anak muda. support utk dia.  habis je search maka habis lah hari belia ni. aku pun gerak balik ngan membe ni. macam biasa balik tersesat. ntah jalan mana lah kami ambil, sampai rumah je jam 12 lebih dah, search habis main tu dalam 40 minit ja.. apapun aku dah pijak putrajaya. wahahahaha harap korang suka lah taipan cerita ni. tak suka tak apa beb. terima kasih (suara najwa) ayunya suaranya. hurrrmmm hampir terlupa lagi satu, masa kat puchong ada roblok hahaha kena tahan kami. ingat mat rempit kali. habis barang2 kena imbus, yang parahnya ic aku tinggal, dalam beg aku hanya ic orang uma, nasiblah lesen ada. rodtax moto pun hdp. itu je. ohya kawan2 metalhead pun pergi naik keta kawan. terjumpa kat roblok tu, dorang pun kena imbus wahahahaa.. 

10 ulasan:

  1. lupa plak nak mention.. HAPPY BIRTHDAY najwa..

    BalasPadam
  2. Search live aku pnh tgk skali je, konsert fenomena sempena 30 tahun, tu pn dpt tiket murah kwan offer hehehe

    BalasPadam
  3. perghhh seronok gile... duk depan lagi huhu

    BalasPadam
  4. waktu najwa perform tak pulak kau duduk depan, hehehe...

    BalasPadam
  5. What a review. Dramatic.
    Najwa mesti terharu dia ada fan macam kau ye.. Kenapa masa Najwa perform kau tak diri kat barrier...?
    Boleh la pekik2 ""Najwa!! Najwa!!! "' hahaha....
    Satu bangsa satu arah...waw!!!!!!

    BalasPadam
  6. Terbaik review ni....yang penting happyyy...heheh...

    tapi putrajaya kalau tak biasa memang boleh sesat...aku pernah kena dah...hahaha..

    BalasPadam
  7. Enjoy baca review ko bro.aku pun tak penah sampai lagi putrajaya tu.kalo ko dpt selfie ngan najwa mmg menjadi lipatan sejarah muzik berat ni..heheh

    BalasPadam
  8. ijau + deaf - aku fikir semalam nak kedepan juga, bila fikir2 baik juga tempat aku berdiri tu. najwa pun selalu pandang kat aku sbb aku wahahaha..

    rafi - wahahahaha dapat aku bayangkan klu dpt selfie ngan najwa kakaka

    BalasPadam
  9. wahhh best nih. dekat saja dengan rumah tapi kekangan hal lain pulak. hhhuhu

    BalasPadam
  10. fuh puas hati la kau huhuhuhuhuuuuu!!!

    BalasPadam