Khamis, 29 Oktober 2015

STEELER


ohye..kaset ni aku beli sekali ngan kaset search masa di amkop hari tu.. apa yang menarik minat aku utk beli kaset ni, sebab logo nya tu, dalam hati aku ni logo2 macam ni musti band2 80an.  pastu lihat dekat stiker merah tu ada yngwie pula. bayar terus. sejujurnya aku tidak perna dgr pun lagu2 dalam ni, hanya minat ngan logo tu saja, sampai rumah baru dgr, tekaan aku betul juga klu logo mcm ni musti muzik laju2 heavy gitu kan.. memang layan juga lah band ni.  hehe.. korang musti lagi pakar kan. itu saja cerita kali ni.kbai.

Rabu, 28 Oktober 2015

Jugra


band jugra ni menggelarkan muzik bawaan mereka sebagai patriotik metal, dorang ni dari selangor. ada juga aku dapat 2 promo cd dorang ni masa tgk live dorang. ada aku tampal tu kat label jugra. apa yang menariknya rilisan album sulung mereka ni, bagi aku lah kan, pertama sekali kasetnya, yang agak mengiurkan utk dimiliki. dan yang lain2 musti lah nak dengar lagunya kan., menariknya lagu2 dalam kaset ni, lebih mantap soundnya dari promo2 yang lepas. sempat vokalis daeng kepalang cakap kat aku, ni mastering baru ni. ohyee.. bagi yang belum tahu jugra ni, memainkan kesemua lagu mereka dalam bahasa melayu. walaupun label yang rilis ni berpangkalan di Us sana.. kaset cover putih tu album mereka, ada lapan lagu dalamnya mudah sangat dihadam, ada dua versi vokal, satu jenis black metal, dan satu jenis rock gitu... kaset sebelahnya pula tu, split, lagu dalamnya tu ada dalam album tu. ohya itu saja infonya.. support jugra! daulat!

utk ulasan yang lebih detail baca sini jugra 

Khamis, 22 Oktober 2015

NIRVANA - NEVERMIND


Nirvana beb..haha
cd ni aku sambar masa kaset store day di campbell hari tu, album ni mmg ada dalam radar aku nak dibeli, masa gerak p kl hari tu, aku sudah set apa yang patut dibeli, walaupun banyak juga rilisan terbaru rilis aku tak beli. untuk album ni aku lihat harganya rm20 saja, trus sambar, masih berbalut plastik lagi ni. kira ok lah beli second pun sudah mahal kat fb tu, ni ada depan mata sudah apa lagi. banyak juga album nirvana dia jual, tapi ini yang menjadi pujaan hati ku hahaha..

klu nak diceritakan pasal kenangan aku dengan album ni, aku teringat seorang kawan aku masa sekolah menengah dulu, dia tu betul2 grunge lah, gaya pun macam kurt cobain sudah, dari dia juga kot aku kenal grunge dan nirvana ni.

dalam album ni 2 lagu saja aku minat dengar, smells like teen spirit, ngan ada satu lupa aku apa tajuknya tu. kira album ni pelengkap jugalah album kenangan dalam hidup. lepas ni aku nak beli yg unplugged pula, kalau jumpa harga mcm cd ni ok juga lah, versi kaset diutamakan..

kurt cobain ni sudah mati kan, dulu kawan aku ckp dia ni mati overdose dadah, lepas tu ada juga ckp bunuh diri, yang terbaru ni aku tahu baca dari mamat iluminiti dia ni kena bunuh mason.. macam versi ceta.. hurmm ok lah itu saja cerita nirvana ni. yg pasti layanan masa mau tido memang best. sudah terai dua kali hahaha...

Rabu, 21 Oktober 2015

SEARCH - LAGENDA ROCK


Versi kasetnya geng.. haha yang ni bukan aku beli kat kaset store day, ni beli kat amkopmall sama2 ngan sepultura chaos ad. kaset ni sudah lama aku tgk dalam bakul seorang kawan yang niaga kaset2 ni, rasanya tak ada org bekenan ngan kaset ni, hari tu aku tergerak hati menyambarnya, harganya pun rm10, plan mau beli cdnya saja kan, sbb ada rilis semula, alang2 sudah ada lebihan bajet aku sambar lah, ni kaset bukan senang nak cari, klu cd banyak lah kan...

lagu2 dalam album ni mmg jaman search tgh naik gitu, search sebenar2nya lah boleh dikatakan..banyak juga lagu muat dalam kaset ni, satu side saja ada 8 lagu.. fuyooo.. best gila macam dgr satu album klu dgr sebelahnya. kira ok lah puashati kaset ni pun baru lagi masa aku sambar hari tu.

rasanya aku tak akan beli versi cd nya, sbb yg ni sudah cukup pelengkap koleksi search yang sedia ada. hehe... ohya kat nusajaya nanti musti happy giler.. perghhh.. rasa nak pesan kat kawan yg pergi minta belikan baju konsertnya tu, semat gila designnya aku tgk... ohya lagi satu cd panggung khayalan pun dorang ada rilis.. hurmm koyak lah ni macam, pelan ujung bulan ni nak beli maiden punya album. rasa nya skip dulu maiden tu, beli search ni, duluan, sbb aku tanya tadi presing kedua akan guna jewelcase...tidakkkkk..

harap bro berteromber snap banyak2 gambar,.. gambar peminat suasana tempat tu nanti.. share satu entri gambar2 search konsert panggung khayalan tu.. k bai. 

Selasa, 20 Oktober 2015

Rage Against The Machine - Evil Empire


Tak perna pun aku ambil tahu perihal band ni, perna dengar namanya gitu2 saja.. hari tu aku pergi campbell masa kaset store day kan, sempat singgah pertama nak cari patches2 murah.. pastu ada satu rak kaset rm10 2 ketul, aku pun p cari2 lahkan nampak saja kaset ni aku sambar terus.. disebabkan oleh rakan blogger seorang ni, hari tu aku ada nampak postingnya, dan terbaca pasal band ni, tambah2 aku ingat lahkan cover album ni.. tak perna dengar lagu2 band ni sebelum ni, jadinya sampai rumah aku terus pasang kaset ni. walaupun ada lagi kaset yang lain aku beli selain yang ini.

bila play saja wow.. sedap siak muzik band ni, hati ku berkata juga ni hiphop ke, hahaha lepas tu cam bukan juga kan, besoknya aku kaji lah perihal band ni, ohya rupanya dorang main rap metal, patut pun macam bercakap saja vokalisnya tu, memang sempoi lah album ni, aku suka terus dengar, tak memboringkan,. layan. terimakasih lah sama kawan blogger yang ceta pasal album ni, kalau tak sampai skg aku tak dengar band ni.

lepas tu nak tahu lebih2 pasal band ni aku google lah kan, album2 nya berapa banyak kah, terlihat pula aku cover album yg org terbakar tu, huhu selalu aku tgk album tu orang jual, baru tahu pula album dorang. ok lah itu saja ceritanya.. yang pasti album ni mmg best ngam ditelinga ku, sesuatu yang baru gitu.. maafkan aku andai tersalah taip hehehe...

dari sini aku baca tu - belacanhangit

Isnin, 19 Oktober 2015

SEPULTURA - CHAOS AD


salam semua.. hehe.. aku kembali menaip dgn senyuman di bibir terukir.. akhirnya dapat juga menaip kembali di depan leptop. nak cerita sikit lah kan, kasih lari dari tajuk kat atas tu.. seperti biasa aku masih bernafsu dalam membeli cd kaset, keluaran terbaru serta kaset2 yang dalam list kepala otak aku. cumanya masa utk mempublishkan di blog ni tiada. lepas ni mungkin aku akan taip satu2 dalam satu entri. hari sabtu lepas aku ada pergi campbell ada hari kaset kan.. ada lah aku sambar sikit2, save bajet, dorang buat pun tgh bulan, rabak lah poket.. nak2 sudah beli tiket wings awal2. mmg aku skip saja kaset2 yang tak ngam dalam radar aku. nasiblah aku jumpa dan beli apa yang terbaik. sgt mengujakan. walaupun bajet aku sikit saja keluar, tapi hasil belian aku pada hari sabtu lepas mmg mengujakan..HAHAHA.... happy giler aku, kalau boleh aku nak dengar terus album2 tu.

terus kepada secerita band kat atas tu... SEPULTURA beb.. korang mmg lejen tak ya cerita pun tak apa kan, kaset kat atas tu, aku beli masa aku pergi amkop mall. hari tu yang lepas2 lah.. sudah berminggu rasanya. kenapa aku nak cerita kaset ni, sebabnya aku nak buat satu label utk album2 kenangan masa silam ku hehehe.... album chaos ad ni, bagi aku kira satu album yang masih kekal dalam ingatan aku, masa tu remaja kat kampung aku mmg gila ngan sepultura ni, selain dari SEARCH. album ni dorang memang pasang siang malam, dengan rentak lagu2nya walaupun nampak brutal ganas gitu, tetap menghiburkan, masa tu rasanya aku bdk lagi.. hanya tahu layan apa yang abang2 rockers kat kampung aku tu layan, nasib jugalah aku tinggal kat lorong rockers, kalau tak memang jadi mat jiwang beb.. bayangkan saja kampung aku tu, setiap jambatan tu, ada lorong2nya, lorong tempat aku melepak tu kita orang panggil lorong chow kit, bab chowkit kat kl kan penuh ngan penagihan, nama tu diambil dari situ.. bab sama saja lorong tu ngan lorong chowkit sapa lepak situ maka hitam lah masa depannya hahaha.. bak kata makcik2 dulu..

sepultura ni, mmg aku ada beli kaset nya, masa aku mula2 sampai sini dan bekerja dapat beli hifi sendiri, search sepultura mmg makanan lah katakan, disebabkan masa tu, hanya nama sepultura saja melekat, makanya aku beli lah album best of sepultura, kira album tu satu2nya ada dalam koleksi aku, album tu masih tersimpan dalam koleksi kaset2 aku, antara kaset2 terawal aku, sejaman dengan search dan cromok..hellyeahh....

kaset ni walaupun keadaannya nampak usang tapi soundnya masih tiptop.harga pun rm10 ringgit saja.. ok lah itu saja cerita utk entri kali ni, banyak lagi nanti yang nak diceritakan lepas ni hahahahaha.. kbai.

Sabtu, 3 Oktober 2015

Junction - arah

Salam semuanya.. apa kabar.. hehe.. ni ada cerita sikit pasal cd baru junction yg aku beli tempoh hari.. ada 3 album yg aku beli. Tak banyak masa skg ni. Tgh berjuang ngan pekerjaan baru yg memelukan setiap saat tenaga.. ini pun aku taip pakai henpon.. buat masa ni mmg tak dpt lagi lah nak berblog guna pc.. huhu.

Kempunan nak dgr album arah.. buka2 plastik cabut dari tgh trus patah.. ini pertama kali terjadi selama aku berCD. nasiblah cdnya lokal masih belambak lagi. Klu cd rare kan nak nangis ohhh...

Heran betul aku kenapalah boleh patah cd tu. Ketat sgt nak cabut pun susah.  Klu aku ada duit lebih baru aku beli. Itu pun tgk lah cemana. Bab 2 album junction lagi tu aku dah dgr. Tapi tak mencengkam jiwa ku. Mcm bukan selera aku saja junction ni.

Sampai skg aku nak dgr cd2 terbaru aku beli. Mmg tak ada masa. Balik kerja mmg penat nak mampus. Mungkin juga band junction ni maksa keadaan ku skg...

Ok lah kawan2.. sampai sini saja entri ini. Harap ada masa mcm pagi sabtu ni... kbai semua..