Khamis, 22 Oktober 2015

NIRVANA - NEVERMIND


Nirvana beb..haha
cd ni aku sambar masa kaset store day di campbell hari tu, album ni mmg ada dalam radar aku nak dibeli, masa gerak p kl hari tu, aku sudah set apa yang patut dibeli, walaupun banyak juga rilisan terbaru rilis aku tak beli. untuk album ni aku lihat harganya rm20 saja, trus sambar, masih berbalut plastik lagi ni. kira ok lah beli second pun sudah mahal kat fb tu, ni ada depan mata sudah apa lagi. banyak juga album nirvana dia jual, tapi ini yang menjadi pujaan hati ku hahaha..

klu nak diceritakan pasal kenangan aku dengan album ni, aku teringat seorang kawan aku masa sekolah menengah dulu, dia tu betul2 grunge lah, gaya pun macam kurt cobain sudah, dari dia juga kot aku kenal grunge dan nirvana ni.

dalam album ni 2 lagu saja aku minat dengar, smells like teen spirit, ngan ada satu lupa aku apa tajuknya tu. kira album ni pelengkap jugalah album kenangan dalam hidup. lepas ni aku nak beli yg unplugged pula, kalau jumpa harga mcm cd ni ok juga lah, versi kaset diutamakan..

kurt cobain ni sudah mati kan, dulu kawan aku ckp dia ni mati overdose dadah, lepas tu ada juga ckp bunuh diri, yang terbaru ni aku tahu baca dari mamat iluminiti dia ni kena bunuh mason.. macam versi ceta.. hurmm ok lah itu saja cerita nirvana ni. yg pasti layanan masa mau tido memang best. sudah terai dua kali hahaha...

7 ulasan:

  1. Tejebak jugak beli kaset dulu walaupun aku tak berapa minat grunge

    BalasPadam
  2. aku pertama kali belajar main gitar thn 96 adalah dgn lagu "the man who sold the world" dan "about a girl"...tp minat nirvana sikit2 je..time tu genre grunge pun aku tak tau..yg tau nirvana je sbb bdk2 satu kampung semua kena demam nirvana..

    BalasPadam
  3. album ni aku ade beli jga...sbb album ni bg aku mesti beli...klu anda sorg mat rock atau mat metal sekalipun...klu dgr lgu2 dlm album ni...pasti ingin memilikinya...album ni mmg ade aura... pestaim dgr album ni mase darjah 3 1995...haha

    BalasPadam
  4. satu kali je aku beli produk hasil Nirvana, iaitu cd single Lithium.
    pasal radio selalu putar lagu2 Nirvana, tapi aku tak paham apa dia nyanyi, kat cd single Lithium tu kat kertas dia tu ada lirik semua lagu dalam album Nevermind. So baru aku paham... haha

    BalasPadam
  5. tak minat sangat...tapi beli jugak...patut ada kot untuk semua peminat muzik...

    BalasPadam
  6. aku takde lg produk nirvana ni... album ni best jugak.. psychedelic acid hard rock...

    BalasPadam