Khamis, 31 Disember 2015

Selamat tinggal 2015

Esok sudah kalendar baru.. tiada apa nak di azamkan tahun depan, sbb azam tahun ni gagal Hahaha, walaupun sudah mencuba sehabis mungkin, cuba pula tahun depan.. mana tahu berjaya hellyeahhh...

S e a r c h
NEFTARAKA
CromoK
HUMILIATION
Au revoir
AntabogA
FTG
Darkthrone
AS SAHAR

senarai band diatas ni, diberi keutamaan utk tahun depan, yang lain2 tu tgk pada keadaan..hehe list aku tahun ni masih banyak sangkut. tgk lah tahun depan cemana.. 

  buat teman2 blogger semua.. teruskan berblog, jumpa tahun depan pula.

Rabu, 30 Disember 2015

Antaboga - Suanggi




Rilisan terbaru dari antaboga, menyatukan 2 album terdahulu dalam bentuk kaset, mayang mistik 1&2 ada dalam kaset ni, sound utk kaset ni amat memuaskan, diriliskan oleh label tempatan varmt stal, dengan harga rm13 sekeping terhad 100keping.. aku mmg suka antaboga ni, hari tu perna cerita tgk dorang live kan.. mmg unik band ni, band baru yang memperjuangkan irama tayul nusantara yg penuh kemistikan, side A tu aku berani cakap, pasti yang mendengarnya tgh malam akan stop dan layan kaset lain, sbbnya ada semacam aura menyeru utk berdamping dgn kita, seram geng intronya, nak tahu beli lah kaset ni. anda tak kan kecewa dgn pelaburan anda, cehhh buat promosi sikit... dengar kabarnya tahun depan mereka bakal meriliskan sesuatu. aku pasti menantikannya dgn penuh keterujaan,,,,,k itu je.

Selasa, 29 Disember 2015

Neftaraka - Raw Ist Law



akhir2 tahun ni, ada juga cd yg buat aku gembira, ini cd antara cd yang aku impikan ada dalam koleksi aku, akhirnya ianya menjadi milik aku, aku cukup gembira...haha... cd ni kawan kepada kawan aku yg jual rm15 gitu, tak tunggu lama aku terus rembat saja, syukur ianya rezeki aku..yeayyy sangat2 mengujakan cd ni bagi aku...

cd ni adalah ep neftaraka tahun 2009, ada 5 trek dlm nya, kira tiga lagu lah tolak 2 intro outro tu,hehehe.. soundnya mmg sedap bagi selera aku, aku sudah cerita kan ini band black metal tempatan yang bikin aku teruja tenang senyum bila mendengarnya...lagi satu cd ni terhad 66 keping saja.. aku ingatkan aku tak akan dpt memiliki cd ni, tapi benar lah kata org, klu rezeki kita ianya pasti datang bergolek depan mata... hehehe

Rabu, 23 Disember 2015

Poster aliph kumpulan S e a r c h




poster ni aku trade dgn kawan, ada 4 keping, 2 search 2 lefhanded, mulanya aku ingatkan poster ni rare, bila aku masuk grup aliph ohye..ianya reproduction punya HAHAHA... mcm kecewa bunyinya, tapi aku happy lah, aku mmg nak sgt2 poster search ni, tak kisah reproduction punya, janji aku ada. lefhanded tu aku kira bonus je, itu pun aku buat trade sapa mau, trade ngan poster search... hehe, dua lagi poster tu, kawan aku dah ambil, katanya nak trade ngan kaset. ok lah.. itu je... fenomena35tahun 2016.... aaarghhhh...

Isnin, 21 Disember 2015

Purunistic panzer fest #2


sedikit cerita sabtu lepas, rasanya ni satu2nya gig aku turun tahun ni, dah nak masuk tahun baru, klu blackfest dibatalkan sabtu ni, bermakna ini saja lah cerita aku turun gig utk tahun ni. sebenarnya banyak gig aku mau turun, burn in flame hari tu aku plan turun, last minit pula ada hal, sama ceritanya ngan rocktheworld itu pun aku batalkan tak pergi tgk..sehinggakan kawan aku panggil janji manis mu.. hahahaha

pada hari kejadian gig ni, aku bersama 2 org rakan sepermetalan ku, menuju petaling jaya, rasanya tempat ni kat taman medan kot, penvia nama studionya, ini pertama kali aku turun studio ni, dulu owner tempat ni, kat penylane sunway tu, sebelah saja, dorang sudah pindah sini. kira tempat ni ok lah dari penylane.

sampai ke lokasi rasanya jam 3 lebih macam tu, aku memang menjangkakan gig akan tersasar jauh dari masa yang ditetapkan, sampai saja kat depan penvia studio ni, ada canopy ada buat majlis karaoke, turun dari keta, bersalaman dgn rakan2 lain yg tiba awal sambil mendengar, lagu2 pop 70an, mmg asyikkk wahahaha.

dgrnya lambat lagi nak mula kan, kami pun gerak lah p kedai mamak, minum apa yang patut sambil cerita2 kosong, sampai jam 5 lebih lah, gig pun blum mula, henpon aku pun dah mula habis bateri sbb sibuk melayan game sambil lepak tadi.

5.40pm rasanya gig dah mula awal, ada band sudah beraksi sesampai ku di studio, tampa buang masa bayar tiket, rm25. masuk. wow ada alunan muzik yang mengujakan kedengaran, rasa rindu pula suasana ni, kalu tahun2 lepas. sebulan sekali musti turun gig..


Silent migration, band yang sudah beraksi dari tadi, rasanya aku terlepas 2 lagu macam tu, aksi banging sudah bermula  dihadapan, walaupun crowd masa sedikit, namun band ni memberikan aksi yang padu. aku pun tercengang juga, sbb muzik dorang mainkan sedap, ni pertama kali tgk band ni. aku pun tak tahu asal mana dorang ni, yg pasti dorang memainkan irama thrash metal, campuran death black gitu. aku tertarik ngan band ni, kalu ada rilis kaset bagitau aku, aku nak beli. haha



band kawan yg main kedua ni, kat bawah tadi ajak minum, aku tolak bab aku dah kenyang kat kedai mamak tadi, lagi pun tin yang disorongkan nampak macam pahit je rasanya tu huhuhu... Exothermix nama band kedua beraksi pada petang tu, band ni, aku lihat sgt aktif bermain gig disekitar kl ni, tgk saja flayer2 kat fb ada saja band ni, taniah geng semua. teruskan perjuangan korang. dorang ni main muzik thrash metal, sama macam band silent migration, tapi yang ni jahat sikit penampilannya, bak kata mereka, thrash raw metal hellyeah, masa lagu kedua, kawan aku ash antaboga, call dia dah sampai jambatan, aku fikir2 klu cerita kat henpon, mmg tak jumpa lah lokasi penvia ni, baik aku p ambil dia. aku tinggalkan band exthermix buat seketika, ambil ash kat petronas, lepas tu, follow aku dari belakang... yey, sampai balik studio, aku sudah terlepas beberapa lagu band ni. apapun dorang tetap menghiburkan.. salute bete.



band ketiga aku lupa, antara muaru atau coronation.
rasanya band muaru,tak pasti sangat.. yang ni band brader buang, apa yang menarik minat aku utk menyaksikan band ni, sekali lagi, sbb drumernya ni, hellyeah sarapan pagi, seingat aku dulu2 tgk muaru, brader buang main bass., kali ni dia vokal saja, dgn gaya black death gitu, muzik yang mereka persembahkan pun, black death metal, aaaarhh.. aku terhibur ngan band ni, terutama drumer tu. pemain bass dorang ni, aku kenal ni, hari2 mau autopsi gitu. jumpa korang kat mamat fest tahun depan. klu tiada aral.


Coronotion, aku perna menyaksikan dorang ni, beberapa kali, band ni, berpenampilan evil ngan spike, serta bullet, mmg menggerunkan, band ni, memainkan irama black metal padu, yang menjerit worghhhworghhh..growl sgt tu.. apa yang aku bleh katakan sapa minat black death metal padu pasti akan suka ngan band ni. ianya berbeza ngan muaru ok,. muzik lain2 gitu, walaupun dlm kotak yang sama. hellyeah sekali lagi.

gig tiada rehat,diteruskan saja, pandai2 lah nak curi2 masa klu nak rehat. aku pun tertanya2 musti balik lewat malam ni, bab tadi mula pun dah lewat kan.. apapun band yang main lepas coronotion, adalah band yang aku nak tgk sekali lagi.


Antaboga. sapa baca blog aku, musti tahu aku antara penggemar tegar band ni hahaha.. aku sudah lihat bermacam2 jenis line up bersama antaboga di persembahan pentas, dan utk kali ini, mereka mempunyai barisan pemuzik baru lagi, hanya mengekalkan tonggak utama nyawa antaboga itu sendiri, hantu kepalang. tampa hantu, tiada lagi antaboga. hail hantu.

masa sesi sound check, ada sedikit masalah gitar kedua tak mau hdp, muzik agak bingit bila gitar on. aaarhh. aku sangkakan habis lah kali ini antaboga. cemanalah dorang bleh terima pelawaan gig ni, nampak macam belum bersedia langsung band ni. masalah gitar dapat di atasi, dan aku sempat nyalankan colok kemenyen utk menambahkan lagi kemistikan band ni. maka studio pun berbaur kemenyan.

lagu pertama antaboga agak membingitkan telinga, sampai lagu kedua, rasa macam bukan antaboga yang aku kenali masa lihat live. tapi masukk lagu ketiga, ya sihir,, memang band ni ada sihirnya, secara tiba2 muzik mereka menjadi seperti sedia kalah.. menghiburkan dan unik, walaupun kod yang digunakan biasa2 saja, namun ini lah pemuzik penghibur, antaboga is back.. sampai lagu terkakhir mereka aku tersihir..tetap menghiburkan macam tidak percaya..

mungkin kalu band ni, cukup latihan, korang pasti akan tersihir lagi parah, jika sapa perna tgk mereka masa di penylane, hari tu, itulah persempahan maha dasyat mereka.. sampaikan langsir berterbangan.. daulat antaboga semoga berjaya.. aaarghhh.. bawa balik ash masuk. utk melengkapkan kembali antaboga.. ohya mau tanya darah kat mulut tu darah betul ke...eeeehh gitu.

nota jangan lahar aku, ok, aku penggemar  tegar antaboga jadi spesial sikit cerita dorang dlm ni HAHAHA


Sindraz band black metal dari johor,sama juga dgn band muaru tadi asal johor, cuma bezanya sindraz ni memainkan irama black metal tulen, dengan gaya vokal jerit2 manis gitu, sindraz ni antara band yang aku nak tgk pada gig kali ni, kalau ikutkan mmg aku perna lihat juga band ni beraksi, tapi utk menyegarkan kembali ingatan tu, persembahan sindraz malam tu, memang menghiburkan, betul2 black metal, rasa neftaraka patut buat split ngan mereka ni, dia punya gaya black metal hutan tu, ada mirip..apapun persembahan yg mantap dipersembahkan..hail. (maaf gambar sindraz tak ada)



Morggorm band thrash metal, rasanya jam  nak masuk 11malam, hurmm penat dah kaki berdiri, jadi aku duduk bersila sajalah, masa dorang ni, main, apa yang aku lihat band morggorm ni, pandai ambil hati crowd, dorang membawakan lagu cover sepultura utk lagu pertama mereka. jadi crowd menggila dengan alunannya, rasanya dorang banyak bawa lagu cover.. lepas morggorm ni aku rasa nak balik je, sbb janji ngan org rumah jam 10 balik. mati lah aku... hahaha. disebabkan band lepas ni, adalah headline gig ni, makanya aku tunggu sampai habis. hellyeahhh

band akhir malam tu, adalah BRAIN DEAD, headline utk gig ni. ya aku sanggup berdepan hukuman demi brain dead.,hari tu dorang ada bikin di melaka ngan sil khannaz. tak pergi aku, jadi sudah dekat ni, jangan di lepaskan utk menyaksikan kembali brain dead depan mata. satu2nya band buat sound chek malam tu crowd kena suruh keluar venue., dgn masa yang ada ni sempat lah menghirup udara nyaman dibawah.


lepas saja dorang sound check, semua kembali memasuki venue. tampa buang masa, lagu pertama dihamburkan, bersempena tajuk album mereka, from the exstacy, ein vokal ni, lucu juga orangnya. hahaha. lagu kedua mereka impious mortal, lagu ketiga 7th wind, dan seterusnya.. lagu2 dipetik dari album mereka. ada satu cover song dari sepultura... persembahan brain dead tak ya komplen dorang memang lejen beb. apa yang aku respek, ein sangat2 friendly gitu, klu dulu hanya baca di majalah kisah dorang opening utk M.A.Y malam tu, aku dgr sendiri dari mulut dia cerita pengalaman dorang beraksi masa opening tu.

itu motor banyak jahat.. 
secara ringkasnya, gig dihadiri oleh maniak, hampir 50 org, gig berjaya, cuma masa kelewatan tu, perkara biasa utk gig2 sekitar kl..hellyeahhh... lepas gig ni, kami singgah makan kat penylane, cerita punya cerita jam 2 lebih sudah,,,matilah... aku sampai rumah jam 3.,, oklah itu je cerita nya.

nota-ada gambar yg aku save dari facebook. sbb henpon aku mati huhu.

Jumaat, 18 Disember 2015

Extreme - waiting for the punchline


hehe..tak berapa tahu pasal band ni, tahu dari blog deaf saja, rasanya ni kot band extreme tu.. kaset ni kawan aku bagi masa kami lepak2 hari tu, kawan ni nak trade kaset dia ngan seorang kawan lagi. aku pun tgk2 lah apa yang menarik, aku saja je tanya kaset ni, tak sangka pula dia bagi kat aku. kaset ni layan juga muziknya, kekadang tu vokal agak perlahan, tapi bab solo mmg mengancam kalbu. menghiburkan..

k itu je cerita nya haha.

Khamis, 17 Disember 2015

metal punk berbasikal


zine pedal to the metal.

tanda sokongan aku.. utk info lebih lanjut, dapatkan senaskah dari bro raimi. Bro berteromber pun sudah cerita zine ni.. baca >sini< hehe..  

Rabu, 16 Disember 2015

Morbid angel - altars of madness


kaset ni aku beli rm13 dgn seorang kawan, banyak juga gambar kaset dia hantar dlm wassap, cuma kaset ni saja bekenan dalam hati, sbbnya album ni, album paling maut dalam genre death metal, utk menambahkan koleksi album2 maut dalam simpanan aku, terus sambar kaset ni.

selepas mendengar album ni, mmg betul kata org, album ni layak diangkat antara album death metal unggul, aku saja yg mendengarnya sudah teruja. mmg menghiburkan layan, total gilababi juga lah soundnya.

rasanya itu sajalah catatannya, banyak lagi perlu dicari album2 maut dalam muka bumi ni, cuma bajet saja jadi penghalang, kalu jumpa harga macam ni, mmg aku sambar, hehehe... 

Rabu, 9 Disember 2015

Neftaraka - death to all





ini pula cd yang mendarat beberapa hari lepas, aku ingatkan aku sudah publishkan, check punya check tiada, makanya aku buatkan terus lah ceritanya. neftaraka ni, antara band black metal tempatan yang aku minat, kira termasuk dlm band yang aku puja,. jadi apa2 rilisan yang mereka riliskan aku berusaha utk mendapatkannya, jika di tunggu lama2 pasti melepas, sbb selalunya mereka rilis ni amat2 terhad, perna juga aku melepas satu rilisan mereka ni...aaaarghhh.

death to all ni, perna diriliskan dalam format kaset, aku tak ada kaset tu huhu.. aku terfollow neftaraka ni, agak lambat sikit, tapi tak apa, dengan adanya rilisan cdr ni, ianya sedikit sebanyak dapat membantu, melengkapkan koleksi yang sedia ada, bukan takat lagu2 dari kaset tu, dalam cdr ni, ada penambahan 2 lagu baru. ohyee,,

lagu2 dalam album ni, diambil dari reharsel dan juga live dorang, tak dinyatakan dalam inlay kat mana tempat lokasi dirakamkan, cuma fuck you dia bagitau huhuhu.. dalam metal arkib rasanya ada. apapun aku puas hati dengan rilisan ni, ianya menghiburkan, walaupun soundnya agak kotor, namun halwa telinga ku dapat menghadamnya dengan begitu indah sekali. ini lah aku katakan muzik black metal tempatan ngam dengan selera ku. ok doakan aku dpt kasetnya kbai.

Selasa, 8 Disember 2015

Ablasa - nafsasy syaitaan / promo 2010


ok nak cerita sikit pasal kaset terbaru ni, ni band mengikut apa yang tercatit dalam metal arkib berasal dari kelantan. aku mengenali tuan bandnya ni dari fb, berkawan dalam fb, mmg aku ada nampak juga rilisan ni dalam bentuk cd, namun hati ku tak tertarik utk menyambarnya, sbb kan bajet bemetal ni amat2 terhad sekali, aku cuba utk memfokuskan pada band2 yang ada dalam senarai saja.

pertama sekali, aku tertarik dgn kaset ni, nafsu aku agak sukar dikawal bila terlihat kaset2 yang agak jarang ni, berat hati nak komen, tapi tekomen, last2 terbeli..hahaha...

kaset ni terbahagi 2, side A promo 2010, dan side B demo no2. mengikut pendengaran aku, utk side A ianya hanya menggunakan drum dan vokal saja, macam tiada kedengaran bunyi gitar, lepas tu ada bunyian yang menganggu telinga ku, mengiringi lagu promo ni, ianya seakan gangguan henpon tapi bunyinya agak perlahan lah, agak membosankan sbb pukulan drum asyik berulang2. ok cukup utk promo.hehe.. nama pun promo kan..

dan side B pula, ianya menghiburkan, sound lebih jelas, banding ngan promo tadi bunyiannya hanya ketukan drum saja kedengaran dan suara2 halus. side B ni. menghiburkan, cuma tak cukup rasanya sebab, tak ada vokal.. terus macam bestnya kalu ditambah vokal utk side ni., lain kali kalu muzik macam ni, harus tambahkan vokal., lain lah muzik macam burzum tu, baru ngam tak ada vokal.

ok itu je, harapnya band ni, terus sukses dalam memperjuangkan muzik black metal. ohya dia seorang saja dalam band ni, memainkan semua alatan muzik.

hubungi dia kat fb rozairi yahya. utk mendapatkan kaset ni dgn harga rm10. 

Jumaat, 4 Disember 2015

novel kenapa aku



sebelum hilang dalam ingatan kepala otak aku, baik aku ceritakan sedikit apa yang aku baca dalam novel ni. ya novel cinta..ohh tidak.. ni bukan total novel cinta, ianya lebih kepada kisah tragis seorang gadis yang bernama nia darlina, yang begitu malang sekali hidupnya. bermula cerita nya si nia ni, dalam tingkatan 5, masa bapa nya hidup, dia seorang yang manja, sudah lah cantik pula tu, hurrmm..

selepas saja  bapanya meninggal, disitulah bermulanya kehancuran, seorang gadis yang bernama nia, satu persatu malapetaka datang menghimpit hidupnya, mama nya ni kawin baru, jadi si nia ni dapat ayah tiri lah kan, walaupun nia tak perna setuju akan keputusan mamanya tu, sbb kubur bapanya masih merah.. cehhh macam ceta drama tv3 je ni, musti penulisnya ni selalu tgk drama2 kat tv. macam nampak sudah endingnya.

aku ringkaskan. si nia ni kena rogol oleh bapak tirinya, kena berkali2 dirogol, bila mamanya kerja luar disitu lah bapak tirinya naik nafsu aaaaarghh..... pastu nia sudah tak tahan ngan bapak tirinya, dia lari rumah kawannya, si erin namanya, si erin ni sahabat baik nia, macam adik beradik dorang ni, lepas tu ni pengsan, sedar2 saja, mak erin dan erin tu, sudah mengetahui yang doktor bagi tahu si nia ni mengandung. lepas tu mamanya sampai, bapak tiri nya tu kena gari dah, sbb dah report polis gitu, apalagi mak nia ni naik gila, dia tak boleh terima, yang lakinya ni rogol anaknya, katanya semua tu fitnah, sbb nia ni sgt benci ngan laki barunya, puki ayam punya mak macam tu kan.. lepas tu, nia kena halau beb dari rumah, maknya tak nak ngaku yang dia tu anaknya, nia disalahkan, menggoda lakinya, sbb cinta ibunya pada bapak tirinya tu, habis buta maknya sampaikan anak sendiri dia dah tak ngaku anak. nia pun terbuang begitu saja.

3 tahun kemudian si nia kerja dekat sebuah syarikat tu. apa lagi, bos nya tu gila sex, satu hari tu bosnya ajak nia teman jumpa rakan niaga,. kononnya. habis ja perjumpaan dorang tu, nia terminum air yang sudah di isi, dengan ubat, nia pun pengsan, lalu encik azhar tu, meratah tubuh nya  berkali2, sampai siap rakam lagi. sedar2 saja si nia. dia menangis, encik azhar pun ugutnya. klu dia bagitau org dia akan sebar tu, rakaman,

dengan masalah dengan ibunya, lagi, nia terjerat dalam dunia penuh noda tu. dia terpaksa melayan nafsu serakah, bosnya, tiap2 hari kalu boleh, kan nia cantik, musti encik azhar menggila. walaupun encik azhar tahu nia tu dah pecah daranya.. nia mengikut saja kemahuan encik azhar, takut bila mamaknya tahu, makin dia dibuang jauh2. perna juga nia merayu mati2an dgn maknya tu, apakan daya ego ibunya terlalu tinggi.

lepas saja encik azhar mati. ditikam oleh bininya, baru lah nia terbebas dari dunia perempuan simpanan tu. yang tragisnya, teman laki nia dari zaman sekolah, melihat nia dgn lelaki tu, di apartmen dorang, ngan sahabat baiknya erin. disitu juga nia jadi buntu, utk memjelaskan apa yang terjadi, dia dituduh perempuan murahan, dan kena, putus.

akhir sekali. ada seorang lelaki yang sgt2 cinta sama nia, tapi nia sudah tutup pintu hatinya utk lelaki. baginya kisah silam nya amat sukar utk dia lupakan, dan dia tak sanggup beri cintanya pada sharul. walaupun sharul sudah tahu kisah silam nya, namun nia bekeras, tak sambut cinta sharul., sehinggalah, satu hari sharul koma, dan mati baru lah nia sedar, tak sempat dia membalas cinta sharul. sharul mati pula. hahahaha.. apapunya malang si nia ni.

nasiblah ada kawan baik sharul, ni pun di amanahkan utk jaga nia, kalu dia mati. macam tahu2 je, mati kan. siap sharul buat dairy lagi.. endingnya nia hidup bahagia, ngan kawan sharul, dapat anak satu, dorang namakan anaknya tu. dengan nama sharul yang mati. cehh... mak nia pun dah minta maaf kat nia, dorang jadi satu family. kawan baiknya erin, kawin ngan boyfen nya dulu.. akhirnya bahagia.

kalu aku jadi penulis ni, aku akan endingkan nia tu, kena aids, dan mati. sbb encik azhar kan pembawa aids. hurmmm..  ok lah itu je ceritanya.. HAHAHAHA nia nia nia.. malang sungguh nasib mu.

Khamis, 3 Disember 2015

Con-damn the corruptor


hari tu aku dah beli cdnya, kali ni kasetnya pula, sangat2 mengujakan pertama kali lihat kat fb iklan kaset ni, terus sambar, walaupun berderet lagi item dalam list aku utk dibeli, teruja nak memilikinya maka kaset ni didulukan haha., yang2 lain2 tu tunggu giliran.. dengan lambakan rilisan yg keluar bak cendawan skg ni, mmg payah nak buat keputusan, utk itu band2 disenaraikan dalam band2 yg dipuja, akan didulukan HAHAHA

KASET ni ada penambahan tiga lagu baru, yang sememangnya bermesejkan, menentang kezaliman dunia hari ini, dan juga para koruptor yang menelan duit rakyat..si perasuah.. tiga lagu dalam ni sememangnya tambahan yang menghiburkan. macam aku ni yg banyak menghabiskan masa2 lapang ku mendengar kaset banding ngan cd, maka rilisan seperti ini, memberikan aku keterujaan yang melampau hahaha...satu lagu tu 2 versi. huhu hanya rm10 je harganya..

kbai.. beli kaset ni klu korang nak muzik santai2 yg penuh ngan mesej kehidupan..

jika hati mu terketar melihat banyak penindasan kau lah saudara ku.. 

Rabu, 2 Disember 2015

Surtur - Descendant of Time


aku menerima cd ni minggu lepas, sudah beberapa kali aku putarkan cd ni, apa yang menariknya sampai kan aku begitu teruja melayan band ni. mari aku kenalkan pada kawan2 semua, ni band berasal dari bangladesh, ya bangla. dorang ni memainkan irama thrash metal, aku hanya perna dengar band bangla ni main death ngan black death, thrash metal aku belum perna dengar lagi, dan cd ni adalah pertama kalinya aku dengar bangla thrash, ya sememangnya, cd ni tak menghampakan, pertama sekali aku lihat cover album ni macam tak menarik minat aku saja, tapi selepas mendengarnya, cover album ni, jauh terpesong dari muzik bawaan mereka.

ini thrash metal siak... pertama kali play cd ni, apa yang aku dengar, terus aku berkata WOW.

EP ni mengandungi 4 trek, satu intro.. selepas intro, 3 lagu yang boleh bikin aku headbanging dibuatnya. sememangnya cd ni amat2 menghiburkan, sound yang mereka hidangkan betul2 thrash ngam dijiwa. dengan gaya penyampaian vokalisnya, pasti kita ingat ini bukan band dari bangla, sangat2 bertenaga, dengan suara serak2 hantu gitu, mmg layan... aku bagi hellyeahh!! utk band ni,

utk info, cd ep ni boleh didapati dengan label tempatan kita yang meriliskannya, FAITHCRAFT, jika anda nak kan thrash buatan bangla, jangan kasih lama ini betul2 thrash yang menghiburkan. 

Selasa, 1 Disember 2015

Disobeyed - Extermination Enthroned


ni band dari sabah, aku beli ni beberapa bulan lepas klu nda silap, dorang ni menggelarkan muzik dorang sebagai band black death, apa yang menariknya band ni pada aku, kerana kesungguhan dorang ni, selalunya band2 kita kebanyakannya, lepas keluar demo atau promo, senyap tampa album, utk disobeyed ni, hail sama mereka.

ada 8 trek lagu dalam ni cd, termasuk satu intro, dan satu kaver song dari band destruction. sesungguhnya album ni memang layan, dengar sekali rasa nak lagi, umpama melayan satu lagu dalam satu album. malas lah aku membandingkan muzik dorang ni dgn mana2 band besar dunia, sbbnya aku ni hanya tertumpu pada band2 kecil2 saja yang ada dinusantara ni hahaha.. tapi aku syorkan klu kamu seorang pencinta black death acuan negeri dibawa bayu, dapatkan lah sekeping cd ni, pasti anda tak kan meresa kecewa atau rugi. hellyeahh...