Khamis, 28 Julai 2016

Black Sabbath


Cassette black sabbath ni aku beli dengan harga rm24 termasuk poslaju, kaset masih berbungkus lagi, made in poland tertera kat inlay dan kasetnya,, haha... aku nak cerita serba sedikit lah pasal black sabbath ni kan, aku ni bukan nya pakar sangat dan tahu akan band ni, jaman sekarang ni sangat2 lah mudah mencari info segala berkenaan pertanyaan dalam kepala otak ni. 

selepas membaca posting deaf pasal konsert terakhir mereka hari tu, aku pun teringin jugalah nak dengar album black sabbath ni, bukan aku tak perna dengar cuma tak seriuslah, dalam setlist mp3 dalam henpon aku rasanya ada lagu2 black sabbath cuma dengar gitu2 saja.

hari tu aku terlihat orang jual dalam fb tu, aku pun sambarlah kaset ni. tambah2 aku nak buat koleksi satu album untuk band2 lajen ni kan ada dalam simpanan aku, ada juga aku baca blog berteromber nye labels black sabbath, tapi album ni tak ada, rasanya bro berteromber minat era dio saja kali. 


cerita terus lah kan pasal kaset ni. semalam saja sampai aku sudah pasang 4 kali, nak merasa dia punya siuk tu, haha... apa yang aku dengar di mp3 memang tak dapat rasa kepuasan dalam halwa telinga aku, mendengar kaset ni, ianya agak menyeronokkan, sound pun mantap. untuk lagu2nya memang agak slow dengan petikan gitar mendayu.. rock 70an lah kan nye stail. manalah aku pakar bab2 membedah sound ni. yang pastinya kaset ni aku suka haha.

selain kaset ni ada juga album lain black sabbath, cuma aku kurang pasti nak beli yang mana lagi. rasanya kalau ada album heaven and hell versi kaset, aku akan beli,sebab aku tengok senarai lagunya ada 2 lagu yang aku berkenan versi ftg gitu dalam tu. huhu. tengoklah pada bajet aku. sebab banyak album yang best2 akan rilis dalam bulan depan. 

korang rokomen lah pada aku, album apa yang best black sabbath ni. aku ni memang jenis cepat terpengaruh dengan rebiu2 yang mengujakan. banyak dapat info pasal band2 lama pun dari blog2 kawan2 yang ada sekarang ni. 

lepas ni aku nak target album motorhead bathory slayer venom dan banyak lagi. tapi bukan keutamaan lah beli sebab nak lengkapkan koleksi saja, 

k itu sajalah cerita hari ni. kbai

Rabu, 27 Julai 2016

lagi patches


Ahad ni aku nak hantar jaket aku jahit belakang dia, lagi 4 ketul macam tu patches akan lengkaplah lepas tu berenti beli.. 2 patches kat atas ni aku beli rm20 temasuk pos daftar, nasiblah semalam posmen hantar terus pergi rumah, kalau tak naya juga nak ambil pergi pejabat pos dekat klang tu. huhu.. itu sajalah cerita nya, nanti aku cerita panjang2 kalau ada benda menarik yang akan diterima nanti. kbai

Jumaat, 22 Julai 2016

Baju Neftaraka

depan

belakang

baju rasmi neftaraka keluaran 2016
bagi aku ianya mengujakan lawa designnya
tahun lepas punya simple ja tak ada art
ini kali hellyeahhh.. tak sabar nak sarung p gig hahaha
ohya neftaraka akan merilis ep tak lama lagi lihat gambar kat dinding sebelah.

Khamis, 21 Julai 2016

Poskad



Menerima sekeping poskad berlatar belakang band lagenda black metal tanah air (Blackfire), bagi aku cukup2 menggembirakan, terima kasih buat poskad ni kawan. akan ku simpan dalam koleksi berharga aku. 

selemat hari raya

Rabu, 20 Julai 2016

The bollocks - Society Collapse


Hello kawan..

Ini adalah kaset kedua the bollocks yang aku beli, aku beli sekali jalan juga dengan demo hari tu, kira harga rm15 dua keping kaset, ni pun terracun juga oleh si penjual, katanya ni album penuh band ini. dan soundnya pula lebih berat kearah metal. aku kagum dan bayar.. haha


betul juga kata kawan aku tadi, memang lain muzik dalam ni, aku dgr demo dia mula2 lepas kaset ni. muzik dalam ni mmg berat, ada bau2 death metal lama soundnya jeritan vokalisnya gitu. ia membuat kan aku kagum dan suka band ni. musik memang mantap dalam ni menghiburkan. aku tak banyak info pasal band ni. tak menerokainya lagi lebih dalam. apa yang aku tahu, dua kaset yg aku beli sangat menghiburkan halwa telinga ku. 10 lagu yang terhidang dalam kaset ni sangat mudah dihadam jika kita sudah biasa mendengar muzik metal.

k itu saja.

Isnin, 18 Julai 2016

Ujang & APO?

Terima kasih Selamat tinggal
edisi kejutan khas

Teruja juga nak belinya, berapa kali aku pergi 7eleven tak ada2 haha... aku ni bukan lah pembaca setia 2 majalah lawak ni, kalau aku ingat aku ada juga beli kadang2, aku dulu kejar majalah blues selamanya sekitar 2004-2005 lepas tu aku berenti. kejar pula naruto punya manga lepas tu baca novel2 cinta lepas tu aku terjebak ngan novel 18sx hahaha.. banyak juga koleksi buku2 cerita yang aku beli dulu seingat aku lah zaman aku tak pandai lagi berinternet. yang paling aku suka beli GILA2 klu tak silap juga, tapi sayang semuanya sudah bertaburan ada kawan pinjam ada yang dimakan anai2 yang tinggal hanyalah majalah2 rock2 saja.  dulu zaman bujang, tinggal kat hostel saja. huhu


kat aeon juga aku jumpa majalah ni. nahh....sebab utamanya teruja nak beli majalah ni sbb nampak di fb ada cerita sambungan bersama selamanya dalam ni. kira ni episod pet lah kan dia nak cerita cemana pet bleh terjebak ngan pergaduhan dlm kisah bersama selamanya. bersambung juga ceritanya. makanya majalah ni akan terbit juga bulan depan. haha.. kiranya aku akan beli setiap edisi yang keluar dipasaran nanti. aku tak nak tunggu 20 tahun lagi utk baca kisah penuhnya hahaha... 

Jumaat, 15 Julai 2016

Pedal to the metal #3


metal punk berbasikal sudah masuk isu ketiga. zine ni aku sudah terima bulan puasa lepas lagi, masa nak habiskan tu lambat juga walaupun nampak tipis saja. apa yang aku suka dalam ni ada seorg penulis cerpen bernama remie deen, kelaka juga dia punya cerpen. hahahaa.. yg lain2 ulasan pasal saudara raimi berbasikal, serta dimuatkan juga puisi.. senang cerita dapatkan senaskah utk info lebih lanjut..  

boleh lawat blog rasmi mereka  >DISINI<


sudah boleh kumpul buat koleksi gitu.. huhuhu... 

Khamis, 14 Julai 2016

Tarantulah - moderate metal punk (2012 -2015)




Menghimpunkan 3 demo awal tarantulah dalam satu kaset, bagi aku yang sudah support dari awal band ni aku cukup teruja bila menerima kaset ni. ini antara kaset yang aku dengar kerap kali bila aku dapat saja. kaset ni rilisan label dari thailand boleh lihat pada gambar nama labelnya. setahu aku kaset ni sudah tiada lagi dipasaran malaysia. kalau nak kena hubungi label tu. 

hari tu aku ada beli juga demo ke 4 mereka, aku harap demo tu pun akan dikaset kan juga.. tak banyak nak kata, cuma aku nak bagitau kaset ni memang menggembirakan, best mendengarnya. k itu sajalah 

suksek terus buat tarantulah... 

Selasa, 12 Julai 2016

Claw - opus hate



sedikit info band bagi mereka yang baru mengenal band ni, claw ni band tempatan juga asal kl, dorang main black metal, kata2 kufur tu tak pasti tapi jahat jugalah band ni haha.. jangan dengar lah jika anda bukan penggemar black metal jahat hahaha... ok.. opus hate ni adalah ep terbaru dari mereka, mengandungi 4 lagu kesemua tajuk lagunya hate opus 1 2 3 dan 4. mulanya aku beli ni untuk melengkapkan koleksi saja, bab aku suka band2 black metal tempatan ni. ada juga aku beli album penuh dorang, bagi aku biasa2 saja tak wow gitu layan2 gitu saja. tapi utk ep ni... aku terkejut juga dibuatnya. halwa telinga aku dihidangkan dengan muzik yang mengujakan seluruh jiwa raga ku. aku tak tipu, kalau aku suka album tu aku akan cakap suka klu tak memang aku cakap tidak. ini ep memang terbaik.. mendengarnya bagaikan mendengar melodi indah ditelinga ku.. kelajuan bunyian gitar ketukan padu drum diselang selikan dengan vokal yang penuh keperitan.. memang ngam dengan frakunsi telinga aku. jika neftaraka adalah band tempatan yang aku puja soundnya. maka ep terbaru claw ni sama lebal dengan neftaraka. begitu lah yang aku rasakan..mengujakan!!.. sangat2 direkomen buat mereka yang baru mau mengenal black metal...hahaha... 

Isnin, 11 Julai 2016

The bollocks



salam semuanya.. masih mood raya lagi kah, aku ni sudah kerja hari sabtu lepas lagi haha.. ni aku nak cerita pasal kaset terbaru yang masuk dalam koleksi aku, sebelum raya lagi kaset2 ni aku beli.

the bollocks band ni kira lama sudah kan, tapi baru skg aku dengarnya, perna juga aku usahakan dalam utube dengarnya namun tak masuk dalam kepala muzik dorang, kebelakangan ni asyik terlihat saja kaset2 band ni di dinding fb aku yang di kongsi oleh rakan2, tergerak hati jugalah aku nak sambarnya.

hari tu aku ada pesan dari kawan ni, klu dia datang melepak kat tempat kami selalu melepak tu, bawa sekali lah kan kaset yang aku order, tak sangka pula dia ada bawa kaset ni, melihat pada muka hadapannya pay no more than rm5 terus saja aku sambar kawan2 lain tak pandang pun kaset ni mereka lebih kepada metal saja. sebab rm5 tu aku beli. lepas tu aku lihat ada lagi satu kaset the bollock, mau tak mau aku angkat sekali jugalah. yang tu nanti aku cerita kat entri lain saja. 

ok terus saja ke muzik yang mereka hidangkan dalam ni, apa yang aku dengar kat utube memang berbeza. dia punya rasa tu lain macam, sound pun mantap. 5 lagu tu kejap ja abis, aku terhibur dengan kaset ni, ianya mengujakan juga, tak cukup play sekali, terus berulang2 sampai lah skg ni ianya antara menjadi pilihan aku utk di dengar. 

k itu saja cetanya.

sebelum terlupa ni ucapan aku buat kawan2 blogger semua...SELAMAT HARI RAYA maaf jika ada entri2 lepas aku menyinggung atau menguris hati kalian..