Isnin, 8 Ogos 2016

Con-damn the corruptor - My song for you


Kulit album, patutnya tulisan nama band tu berwarna merah
mungkin sebab cahaya kamera jadi hitam.


Ni kulit belakang album, trek listnya..
tajuk lagunya bahasa english gitu tapi liriknya berbahasa malaysia.


cd serta liriknya disertakan pro cd geng... terbaik


disertakan juga poster a3

Ok.. sedikit info band ini, band ini berasal dari sabah, mereka memainkan irama punk rock, berlirikkan penentangan kepada sang pemerintah yang korup serta cerita2 rakyat. dan ini adalah album kedua mereka My song for you, korang boleh tgk pada kulit belakang album tu, tajuk2nya. baca saja tu sudah boleh tahu akan lirik yang akan mereka sampaikan.

pertama kali aku mendengar band ni, dari album pertama mereka aku terus jatuh hati. apa saja rilisan mereka berbentuk lagu aku akan kejar. muzik yang dorang mainkan ni dekat dengan hati aku, walaupun jiwa raga ku ni lebih kepada lagu2 yang jahat gitu. namun kekadang halwa telinga ni berubah selera juga. jadi ini ubatnya jika sudah berkecai taik telinga dek lagu2 jahat haha, tenang2 gitulah.. tambah2 lirik lagunya yang menentang pemerintah korup memang sangat ngam dilayan dikala negara skg ni penuh ngan skandal penipuan..

Terus sajalah kita bedah lagu2nya, album ni memuatkan 11 trek tolak 2 intro dan outro tolak satu instrumental, serta satu lagu di akustik kan duet bersama suara gadis gitu. boleh lihat semula, gambar kat atas haha...album baru ni mereka ada menyelitkan dialog2 dari filem allahyarham p ramlee dalam 2 lagu, untuk mood album ni setiap lagu ada kekuatannya sendiri, kejap rasa nak memberontak kejap rasa sayu, ada juga diceritakan lirik pasal mas kawin dalam ni, hahaha tak lupa juga lirik nya pasal kucing tu, kesemua lagu2 nya memang layan lah. 


kotaknya macam rekod 7 gitu

Mau juga aku ulas secara detail muzik dalam ni, tapi aku tak pandai hahaha, lagi pun aku bukan pakar dalam mengulas ni, apa yang aku ingin sampaikan, rilisan ni memang betul2 buat aku gembira. lagi satu, bunyi bass dalam album ni aku suka rentaknya boleh begoyang2 pinggul dibuatnya hahaha.. versi akuastik dowry tu memang mantap.. 

kalau korang mau dengar lagu2 band ni, boleh tekan link ini 
dekat youtube pun rasanya ada, 

k itu sajalah..

5 ulasan:

  1. bagus ni.. hrp2 tk kene jel band ni oleh gomen klu kedapatan..hehe
    Cover album mmg cantik..ade seni..begitulah jgn pndg rendah band2 semacam ini.. mereka pun ada perjuangan yg murni..

    BalasPadam
  2. Aku ingat rekod 7 inci tadi.lawa packaging dia

    BalasPadam
  3. Betul...sekali pandang ingatkan lp..

    BalasPadam
  4. fuhh.. kalau lah aku dapat mendengar nya jugak kan.. alangkah bagusnya tu.. gitu gitulah

    BalasPadam
  5. Dahsyat dari segi packaging. Untung kau memilikinya

    BalasPadam