Jumaat, 30 September 2016

Antaboga - Ritual Setan




Rilisan terbaru dari Antaboga, mereka membuktikan bahawa band ini juga aktif mengeluarkan meterial terbaru, bukan setakat jagohan di atas pentas gig2 saja. ritual setan tajuk diberi untuk ep ni, bagi mereka yang mengikuti antaboga ini pastinya ep, bagi mereka yang baru memilikinya ini boleh dikira album baru dari antaboga. 2 lagu baru dihidangkan dalam ritual setan ni. ada 1 intro serta 1 intrumental. dan 5 lagu lama yang dirakamkan semula dengan barisan pemuzik baru. aku tak mau cerita pasal lagu2 rakaman semula, bagi aku lagu asalnya juga yang terbaik. untuk 2 lagu baru ni, antaboga masih lagi mengekalkan rentak sound seperti rilisan2 mereka yang lepas. dari segi lagu dan bunyiannya kena makan masa untuk dihadam. untuk intro tu aku tak berani dengar malam sekarang ni, kalau zaman bujang aku no hal. sekarang ni ada anak kecil risau juga kalau mantera yang dibaca dalam intro cd ni betul2 memanggil simati hidup semula.. kalau korang nak dengar dan rasa seramnya cuba lah dapatkan rilisan ini.

daulat antaboga persetan kalian semua........

8 ulasan:

  1. Pergh..tgk tajuk lagu pun ganas.gema pukau tu mmg dia baca mentera ke.puja arwah ratnasari pun tajuk dia menyeramkan..heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya bacaan mantera bro.. baca intebiu mereka mmg mantera asli..

      Padam
  2. Antaboga ni memang true dan pure setan nya..
    Dinasihatkan kpd pembaca sekalian, jgn cuba cuba nk dengar Band ini, kalau anda mempunyai semangat yg lemah dan kurang pendinding.
    Macam bro d'arsil ni takpe, beliau kebal dan mempunyai hikmat true tahap gaban lagi. Hahaha
    Jgn marah bro d'arsil.
    Keh keh kehh..

    BalasPadam
  3. Rasanya aku baca dlm interviu dlm zine Pedal to the Metal, D'arsil ada tulis lirik utk band ni kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya satu lirik ja bro dlm album pertama mereka.

      Padam
  4. Thanks Tuan Tanah. Kalau aku tak tahu wujud blog kau, aku tak tahu banyak benda wujud sebenarnya

    BalasPadam