Selasa, 21 Februari 2017

NAMAMU 01 (Kimi no Na wa)

Buku Komik NAMAMU
Kimi no Na wa

Tahun lepas banyak juga aku tengok filem, rasanya filem ni yang melekat dalam hati, sudah 5 kali aku tengok, pertama kali tengok tu aku tak faham apa yang diceritakan dalam anime ni. lepas beberapa kali tengok baru lah aku faham, dan suka dengan anime ni, haha esok2 aku nak tengok lagi, kalau nak kata cerita ni gilababi hebat pun tak jugalah, cuma bagi aku ianya best macam ada sesuatu yang menarik dalam penceritaannya, nampak biasa2 saja. ending dia pun best macam nak nangis gitu. hahaha..

buku komik kat atas ni aku beli sekali masa aku beli cd kat tesco itu hari, aku sempat singgah kedai buku belek2, jadi terlihat pula buku komik ni, terus aku  beli. aku ingatkan satu buku ni terus habis, rupanya bersambung lagi ke buku no 2, akan datang katanya, nanti aku tengok2 kalau sudah rilis no 2 tu. apa yang bestnya buku komik ni, ianya tak memerlukan fokus macam kat skrin tv, mudah sangat dihadam. kat bawa ni sedikit isi dalamnya.

kalau berwarna mesti best, tapi satu helai je bewarnanya



Kisahnya bila mereka tertukar jasad, dorang ingat bermimpi, lama2 dorang faham sudah yang dorang akan bertukar jasad beberapa kali dalam seminggu, jadi dorang buat peraturan, yang kurang ajarnya si lelaki ni p raba2 dada gadis ni haha.. lepas beberapa ketika jasad mereka sudah tak bertukar, jadi lelaki ni p cari kampung gadis ni, sampailah dia tahu yang semuanya sudah berakhir.. haha aku rasakan buku komik ni lagi detail berbanding movienya. ada part tak ada dalam movie tu.

novel ringan Namamu

buku kat atas ni pula novelnya, alang2 sudah jumpa, aku terus beli sekali, aku belum baca lagi. haha buat koleksi pun best juga ni, aku sekarang tengah cari dvd nya, setiap kali singgah speedy mesti p tengok2 kalau2 sudah ada dvdnya dalam pasaran tempatan, versi yang aku tengok sedut ja. hahaha.. 

12 ulasan:

  1. wow...komik, novel dan movie...memang minat betul ni....

    macam best...tq...nanti aku try tengok movienya...

    BalasPadam
  2. Menarik review kau bro.semua ko collect.terbaik.anime jepun yg aku tau sailormoon ngan hentai je..heheh

    BalasPadam
  3. nampak menarik la, tapi part kau cakap last part sedeh tu aku susah nak hadam dah.
    aku ni kalau ending sedih sedih aku nanti marah2 tuan director.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia punya ending sedih tu, bayangkan kau cari seseorang selama ini, tak tahu nama langsung sebab dia perna hadir dalam mimpi saja, sama juga dengan gadis tu dia cari orang yang sama. bila bertembung, dengan berat hati nak luahkan kita pernama bertemu secara serentak. NAMAMU perghhh sedih beb... haha

      Padam
  4. yang ironbird tu sila review ye, aku teruja kalau band baru main style lama tradisional.
    anyway, aku tengah tunggu info Wings at IB. But if its Edrie Hashim atau Kristal yang on guitars aku rasa lemau sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti aku rebiu.. ada juga aku dgr2 wings tu, tapi tampa joe tu, benarkah joe sudah keluar wings..aaarghh

      Padam
  5. yer betul tu.. joe sudah pun keluar wings kerana bergabung semula dengan grup lama beliau yang dihidupkan kembali.. iaitu scandals (betul kah begitu ?)
    hanya masa dan keadaan yang bakal menentukannya.. huhuh

    BalasPadam
  6. belum tengok. dengar sambutan filem ni hebat. aku sebenarnya baru nak berjinak layan anime. baru sedut Prince Mononoke sebab ada satu band metal sebut Hayao Mizaki dan filem tu bagi influence kat album terbaru dia..

    BalasPadam
  7. best ke novel ringan itu?
    beli kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku belum baca novel tu beli buat koleksi je, rasanya cerita dia dalam anime tu saja cuma di buat novel.

      beli kat 7eleven je, tapi rasanya sudah sold out ni, sbb ianya keluaran febuary, cuba tengok kat fb gempak starz sbb dorang yang rilis, aku ni sedang mencari sambungan novel tu ada iklan keluar baru2 ni. aku pergi kedai buku t eleven tak ada.

      Padam
  8. apa beza novel dia lagi satu (Namamu... : Di Sebalik Earthbound)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berbeza kena baca sendiri susah nak terangkan.. penulis tu cuba ulas dan gambarkan keadaan yg berlaku

      Padam