Isnin, 8 Mei 2017

megadeth dystopia tour live in kuala lumpur malaysia 04/05/2017

Sedikit gambar dan catatan aku pada hari kejadian

kalau nak baca ulasan aku lepas gambar kat bawah ni..layan gambar dulu dari pandangan tiket pprt. nampak jauh, depan mata dekat ja..


























pertama sekali aku sudah cerita di entri lepas kenapa aku turun konsert megadeth ni walaupun aku bukan lah maniak mereka. boleh baca entri tu kalau nak.

aku gerak bertiga pada hari kejadian, balik dari kerja mandi apa semua terus gerak ambil dua orang sahabat sepermetalan ku dorang ni pun bukan maniak juga, dorang nilah pendorong aku nak tengok megadeth ni. haha.. masa dalam kereta gerak nak ambil rakan seorang ni,  kawan aku tanya no tiket aku, barulah aku sedar tiket tertinggal dirumah, hilang semangat aku dibuatnya nasib masih dekat kalau kat sunway ke memang tak dapat tengok megadeth ni. ni semua gara2 nak pakai jaket lazada tu, rancang nak pakai baju ironbird je, bini pula suruh pakai jaket tu, rugi je beli kalau tak pakai katanya.

lepas kami sudah bertiga dalam kereta, geraklah ke kuala lumpur, dalam hati berdoa saja semoga jalan tak jem sangat. hari berkerja ni faham2 sajalah kan lembah kelang ni punya kesesakan lalu lintasnya. syukur juga jalan tak jem sampai jambatan sunway tu, kat radio petang2 info trafik memang selalu dengar juga katanya kat amkop mall hingga mebveley jalan jem. bayangkan gerak dari klang jam 7pm. dekat amkop mall memang nampak kereta sejauh mata memandang kereta gerak perlahan sangat. jam lapan lebih juga baru tembus mebveley betul ke ejaan ni haha.. lepas mebveley jalan tak jem sampai stadium negara ngam juga
dapat info dari wasap opening dah mula, hati pun senang sudah dapat paking tapi jauh juga nak jalan kaki ke stadium.

masa nak kestadium pula sudah separuh jalan tiket tinggal dalam kereta matiiii gila betul. patut aku letak dalam dompet je.

 sebelum masuk stadium jumpa dulu kawan2. opening band beraksi kan. tak tengok pun tak apa. hajat datang pun sebab nak tengok megadeth

sebelum masuk kena check dulu, akak2 rela terjerit terpekik dah suruh keluarkan rokok lighter apa tu semua. kawan2 aku ada yang baru beli rokok ada jadi blur sudah, lepas tu terpaksa sorok kat bawah pokok.

3 orang kawan terpisah, ke UL6, tiket aku bertiga pula UR6 ingatkan boleh je masuk gitu. rupanya tak tembus, kawan aku seorang siap lari dari security yang check tiket tu.. hahaha kena kejar beb kami pun bekap juga kawan ni, tapi budak cina tu kata kalau dia bagi lepas pun kat atas ada check lagi sekali tak akan lepas juga. terpaksa kawan aku pergi tempat asal dia UL tu. memang betul kata budak tu. kat atas pun kena check sekali lagi. ketat sangat dia punya pemeriksaan tiket tu.

tak sampai 5 minit aku masuk dalam megadeth sudah nampak bayang2nya nak buat persembahan. masa ni aku cari2 gak geng2 blogger kat mana, hanya berpandukan gambar ijau kat wassap tu. aku berdiri kat aircond tu sejuk nak mampus siakkk macam kat norway, jaket aku pakai tu pun tak tahan sejuk tu. kata kawan kat luar tadi dalam ni panas, mungkin kot kalau kat dethpit tu, tapi kat depan2 aircond mmg sejuk haha.. aku tak masuk tempat aku ur6 aku kat atas ur5.

tak buang masa konsert megadeth pun bermula. perghh.. nak kata teruja nak mampus tak juga. gembira tu ada. okey lagu2 megadeth memang aku tak hafal tajuknya, kalau dengar memang aku perna dengar gitu. lagu2 dari album dystopia ada dorang bawah juga malam tu. yang menarik minat aku masa maskot tu keluar. untuk bunyi sound malam tu, ada sedikit tak best bila masuk part vokal. tampa vokal. ianya memang solid. mungkin kah kedudukan tempat aku berdiri memungkin kan soundnya begitu. nak cerita sikit pasal metallica dulu. sound gilababi sedap macam dengar kat dvd gitu. walaupun jaraknya jauh hujung tiang gol. tapi megadeth malam tu kawan aku kata sound memang sedap., ntahlah. pendengaran aku masuk part vokal ja sound jadi tak best.

setlist nanti biar geng2 blogger yang arif cerita..

aku pun tunggu kamu punya ulasan..haha

keseluruhan konsert megadeth ni, aku boleh katakan puashati juga, mana tak nya bukan selalu aku dapat tengok konsert berskala besar begini. lainlah kawan2 yang biasa tengok konsert luar tu. mungkin konsert begini tiada apa2 impak untuk diri kamu. ya puas dan berbaloi, dan aku akan pahat dalam2 memori konsert ni dalam ingatan aku. walaupun tiket pprt janji dalam stadium gitu.

akhir sekali. nyesal juga aku tak dapat jumpa kawan2 blogger, walaupun di pertengahan konsert aku sudah jumpa lokasi ijau duduk. aku perhati je kat atas. aku rancang habis konsert ni akan jumpa korang tapi apakan daya kawan terus ajak keluar, tak apa mungkin iron maiden live in malaysia nanti kita jumpa semua haha.. keluar dari venue ada pesta berebut poster macam ikan pirana semuanya haha. keluar ja ambil kawan punya rokok sudah hilang. kaninai punya pencuri, rokok murah dia tak ambil rokok mahal dia ambil..hahaha

itu sajalah kisah yang akan terpahat dalam kenangan. semoga tahun2 mendatang akan ada banyak lagi band2 gergasi dunia singgah di malaysia.


ni rakaman dari henpon aku haha..

k bai

10 ulasan:

  1. Trashhhhh metallllll. Rugi tak jumpa

    BalasPadam
  2. Pergghh banyak gambar.terbaik la

    BalasPadam
  3. Deth deth deth deth my friend

    BalasPadam
  4. Salute. Dekat jugak tu tiket PPRT kalau tengok foto dari Ijau nye blog.
    Dahsyat cerita kau, macam2 ragam terjadi..
    Iron Maiden kalau datang KL...
    Aku rasa senang Stadium Bukit Jalil terus

    BalasPadam
  5. jenguk2 juga kat belakang kot2 nampak ko...tapi gelap...semua seragam hitam...haha...

    ada rezeki...next time la...

    BalasPadam
  6. Saya datang dengan anak...sempat bergambar dengan Sam Krenmaut je..Tapi Megadeth macam Bergedil mmng best! Hehe..

    BalasPadam
  7. sebuah lagi entri megadeth yang menyelerakan untuk dibaca hehe

    BalasPadam
  8. Terbaik. Bahaya betul tertinggal tiket.

    BalasPadam
  9. Uihh teranya korangg.. aku jugak yg tak tera ehehehe

    BalasPadam