Khamis, 1 Februari 2018

Overhaul

Band baru dari shah alam.. lagunya belum dengar sudah pakai bajunya hahaha.. hari tu sudah menerima kasetnya. Tiba2 pula pemain kaset aku rosak. Sound jatuh mendap tukar kaset lain sama juga jadi aku terpaksa lupakan untuk mendengar kasetnya tunggu aku repair atau dapat pemain kaset baru. Dengarnya band ni main metal punk nye stail membaca pada tajuk lagunya dorang ni taksub ngan bangkok thailand sana.. huhu.. ohya terpanjang pula sebenarnya nak tayang baju ni saja.. ni lah baju kuning pertama aku beli sebenarnya aku tak berapa suka warna ni. Warna dlm hidup aku ni merah hitam putih dan biru. Kuning ni macam silau pula melihatnya haha. Apapun cantik lukisan baju ni... hampir terlupa.. kaset band ni terpaksa dikembalikan ke pada band sebab ada masalah teknikal sound mendap masalah dari kilang. Ada 2 3 membe aku yang sudah dengar kaset tu. Jadi band membe ni minta di pulangkan semula kaset tu dan nanti digantikan dengan yang baru.. huhu.. apa lagi aku pun terus bagi kaset aku tu. Walaupun aku tak sempat dengarnya, kalau sudah ada yang komplem sound mendap dan akan digantikan dengan baru baik aku bagi aku nye kaset tu. Kemungkinan besar soundnya juga mendap.. huhu nanti aku dapat kaset tu aku tampal sini.

Ni gambar kaset tu yang sempat aku snap.. kaset pertama 2018 aku beli. Tak sangka pula pemain kaset aku sound jadi perlahan.. tunggu lah aku dapat semula kaset ni nanti aku cerita pasal muzik dorang.. 

4 ulasan:

  1. Bila hobi yg kita suka tu rosak.aduhai boringnyaaa

    BalasPadam
  2. sama la...aku tak pernah ada baju warna kuning...haha...

    BalasPadam
  3. Ada sini broo.. sedap doo.. kalau aku jumpa mana2 mmg angkat ni.. https://overhaulmetalpunk.bandcamp.com/releases

    BalasPadam
  4. aku pun da setahun tegantung dsbbkn palayer rosak..beli kaset tp simpan je dulu

    BalasPadam