|
flyer awal |
Flyer untuk gig ini
terlalu awal keluar dan berlegar2 di internet,bila aku lihat flyer ni,aku terus
tertarik dan buat keputusan untuk menyaksikannya.tampa aku melihat tarikh yang
tercatat dalam flyer tu,aku terus ajak trash angle untuk turut serta,hari
berlalu trash mesej aku dekat Fb,mengatakan yang tarikh gig ini berlangsung
pada hari bekerja hari selasa,(uiii mati lah kalu macam itu),ini adalah gig
yang pertama aku akan turun pada hari bekerja.aku terus merancang tarikh dan
aku buat keputusan aku apply cuti untuk esok harinya,sebabnya aku ini jenis
orang yang memang tak boleh bangun pagi kalau dah banging all out
semalam,makanya aku nak apply cuti.nasib tak menyebelahi aku masa aku nak apply cuti tarikh 12/06/13 semua pekerja tak
dibenarkan cuti,disebabkan pada hari itu,syarikat akan di audit oleh
customer.hmm adoiii!! Memang nasib sudah begitu,fikiran aku mula blurr,dua
minggu sebelum gig bermula aku dah msj kawan2 yang aku memang tak jadi nak
turun ini gig,bila tarikh gig tinggal beberapa hari,perasaan aku mula
meronta2,nak sangat tengok ini gig juga,dengan perasaan yang makin tak dapat
aku kawal,aku bagitau kawan2 yang lain,aku jadi turun,selasa ini (hari gig)
Trash angle sahabat
baik aku,mesej aku yang dia tak dapat ikut tengok gig ini walaupun hari itu dia
ada bagitau yang dia betul2 nak ikut,rasa terharu juga sebab ini adalah gig
yang terakhirnya sebelum dia balik kampong,aku pun faham situasinya,lepas tu
aku Tanya mell pula sigadis manis ,adakah dia akan ikut juga tampa trash,dia
cakap dia okey saja tapi bagi aku jawapan yang diberikan itu seolah2 dia macam
ada pilihan lain mungkin dia segan atau pun si trash tak ada bersama,apa
tidaknya sitrash lah yang ajak mell tengok gig mula2,dari situ juga aku kenal
sama dia.bukan apa,takut ada yang salah faham kalau kami berdua saja yang gerak
hehehe..!!
Hari ini 11/06/13
hari yang dinanti2kan,hari ini aku kerja macam biasa,balik jam 5 petang,gig
bermula jam 9 malam,time kerja si balak
enam telepon aku,katanya nak join sekali ngan aku,apa lagi kalau macam ini ada
kawan lah,hehe,aku terus bagitau kat mell yang balak enam akan ikut sama,dengan
tampa ragu2 lagi aku ajak mell.4 petang trash angle mesej aku katanya nak join
semula,aik siap aku kata kat dia betul kah,hal kau macam mana,katanya sempat
juga,kira ok lah kan kami berempat gerak dari klang,aku janji dengan mereka jam 8 malam aku dating
jemput,ready saja kamu.sebelum aku balik kerja aku online kejap,ada mesej dari
trash,katanya sekali lagi dia tak jadi join.. katanya memang betul2 dia tak
dapat ikut,dia dah kira2 takut lambat sampai KLIA, aku faham dan dengan hati
yang sayu mengatakan padanya HATI2 SAJA KAU, huhu (see you blood next time) I
realy miss you huhu..!!
Aku balik kerja
sampai rumah mandi makan dan bersiap2 tengok tv kejap tunggu jam 8,tapi aku
gerak dari rumah jam 7.30pm,sebab nak elakkan anak kecil aku menangis,time ni
dia tengah dimandikan,peluang aku gunakan terus.hehe! aku ambil mell pastu
ambil c balak..kami pun gerak menuju penylane.sampai saja disana kami disambut
oleh mirul sahabat metalku juga ni,siap bagi aku botol minuman
lagi,adoiilah!kami terus bergabung dengan KLHELLBANGERS SQUAD 666,bersalaman
dan ambil kerusi duduk,tiba2 joey datang ngan si bun laiho yang ditemani 2
gadis jelita pada malam itu hehe,joey ajak patak2 minuman,dengan sen yang tak
seberapa aku hulurkan saja.aku mirul ,bun dan joey pergi lepak tepi pokok huhu,maka sesi meminum
pun bermula,tan sri AJUN BENTON Sudah kelihatan ditemani oleh sabahell,bersalaman
dengan mereka dan terus bergabung dengan angkatan yang lain lepak kedai
makan,menanti gig bermula.
Eko telepon aku
katanya kalau kamu naik gig ni dimulakan sudah,aku bagitau yang lain dan
kelihatan metalhead sudah mula naik keatas,tampa buang masa aku terus naik ke
atas,bayar tiket yang berharga rm20.nak cerita sikit kenapa tiket ni
murah,sebabnya band SADISTIC INTENT tak dapat datang sebab terlepas
penerbangan.aku salute organizer ni sebab walaupun tampa band luar tu gig tetap
diteruskan juga.
BAND yang beraksi
pada malam ni adalah band ABMS 696+HUMILIATION+AS SAHAR+SANTAU,band santau
masuk list malam ini last2 minit. Menggantikan band DAMIEN, band Damien ni aku
blum perna tengok lagi siapa line upnya, hanya 4band yang beraksi malam ni,kira
ok lah dari gig cancel huhu rusak perancangan!!!band pembukaan malam ni adalah
abms 696
|
abms696 |
ABMS 696 band yang
berasal dari johor.ini adalah show pertama mereka di kuala lumpur,semenjak
mereka ditubuhkan.dengan pakaian yang begitu mengerikan yang dikenakan oleh si
vokalis, dapat aku bayangkan,malapetaka yang akan turun malam ini,imej dibawah
abms memang tak sesuai dibawah pergi pasar malam hahahaha!! Okeylah serius,walaupun
crowd masih belum sesak lagi,namun ucapan yang disampaikan oleh,sang vokalis,cukup
bingit rasanya aaaaaaaaaaaaagh!!!! Lagu pertama pun berkumandang ,aku tampa
segan lagi terus menghempaskan kepala mengikut irama yang mereka
persembahkan,yang lain telah datang memenuhi ruang hadapan berheadbang dengan
evilnya,hingga kelagu terakhir mereka diiringi oleh KLHELLBANGER yang tak
henti2 headbanging terutama tan sri ajun..taniah buat abms kerana muzik yang
dipersembahkan tiada cacat celanya.moga ketemu lagi dilain hari.
|
santau |
|
hellbangers |
|
santau |
SANTAU band kedua
pada malam itu,memang tidak disangka2 oleh para klhellbangers,aku terlihat
bassis si moon diatas stage lalu bertanya,nak kepastian apa benar SANTAU akan
beraksi malam ini.dengan jawapan YA.. aku terus keluar hisap rokok sekejap
sebab tekak aku macam nak muntah,cepat2 aku hisap dan terus masuk balik tak mau
terlepas persembahan SANTAU,habis saja dorang sound chek,vokalisnya sudah
diatas,petikan gitarisnya si eko,sudah membuat bulu tengkuk aku berdiri..voxnya
membakar lidi kemenyan,lalu asapnya ditabur2 ke kepala para hellbanger yang
tidak sabar lagi untuk headbang.. lagu pertama dari mereka yang dipetik dari
album santau tuju2 dihamburkan,aku tampa mempedulikan dunia lagi terus dengan
gilanya headbanging total support 100%
untuk santau,tiba dilagu ketiga,lagu santau tuju2,aku tak dapat meneruskan
headbanging lalu aku terus lari ke tandas dan muntah werkkkkk!!!! Aku mabuk
hahahahahaha… selepas saja aku muntah aku seperti mendapat satu tenaga baru,aku
berlari semula kehadapan dan menghempaskan kepala ini tampa belas kasihan..
muzik santau pada malam itu memang totally mantap habis… lagu dalam cd pun
kalah OOO..Mungkin juga aura beraksi dijakarta yang membuat muzik santau pada
mala mini betul2 buat aku hilang akal aaaaaaaaaagh! Semua lagu yang mereka
persembahkan pada malam itu dipetik dari album sulung mereka.tamat saja santau
beraksi,masa rehat diberikan bagi member
nafas pada hadirin yang berhempas pulas headbanging tadi.. band seterusnya membawa
genre DEATH METAL!!!
|
humuliation |
HUMILIATION band
death metal yang tidak payah diperkenalkan lagi,ini kali ketiga aku lihat
mereka beraksi untuk tahun ini,dua kali 2 cukup sesak kali ini face to face
headbanging terus depan mereka hahahaha,band ini memang menjadi pujaan hati,tak
sabar juga aku nak tengok mereka beraksi.. walaupun kepala masih berputar2
sebab band santau tadi masih lagi bersarang di dalam kepala hotak aku masih ada
aura kemenyan haha.selepas sahaja humi habis soundchek,terus menghamburkan lagu
pertama,ibarat bom meletup terus masuk ke gegendang telinga aku,tampa dipaksa
aku terus berheadbanging mengikut muzik humi pada malam itu crowd memang begila
habis,total support band ini,siap ada mosh dari IMKL lagi mosh berbahaya,bikin
takut banging sebab takut kena rodok hahaha namun bagi aku itu tidak jadi
masalah aku terus hanyut dengan irama humi pada malam itu,bagi aku persembahan
humi memang total memberi kepuasan semaksimanya,bersama kawan2 KLHELLBANGER
yang tidak putus2 headbanging,mengiringi lagu2 humi pada malam itu memberi
petanda yang band ini memang banyak penggemar mereka termasuk lah aku haha..
kalau aku diberi peluang untuk melihat band beraksi aku pasti memilih
humi,sebab muzik mereka memang tak mengencewakan sungguh dasyat bunyinya
seolah2 kita tengah mendengar lagu dari CD mereka.walaupun setlist meraka malam
itu sudah habis,crowd masih tidak membenarkan humi meninggalkan pentas,semua
crowd menjerit2 meminta satu lagi lagu,untuk tidak mengecewakan hadirin kami
pun dihidangkan dengan lagu terakhir,dan dengan lagu itu juga headbanging tak
ingat dunia aku lepaskan all out tampa save energy untuk band seterusnya
aaaaaagh!! harap album akan datang dorang buat lirik pula pasal lahad datu tu
hehehe,dapatkan album terbaru mereka,memang total perang dunia muziknya!!!
selepas ini band
yang ditunggu2 oleh aku dan juga hadirin yang lain,last tengok band ini masa
mereka 3 orang lagi,sekarang ini,mereka sudah berlima,teka teki dibenak hati
aku,macam2 sangkaan,namun aku tetap berfikir positif hiv kata si manzalik
haha.serius band ini memang aku minat habis masa aku mula2 terjebak dengan
ketagihan irama metal hingga lah kini.band apakah selepas ini,sudah semestinya
A S S A H A R tajuk pun celebratng 25 year of darkness!! gig kali ini
berbeza,selepas setiap band beraksi banyak masa untuk rehat mungkin sebab 4
band saja,jadi aku pun isap rokok keluar kejap,sebab dalam venue dilarang
merokok dan minum arak hahaha diluar kau buat apa kau punya suka werk!!selesai
saja aku isap rokok aku masuk,bersila kat lantai tunggu mereka beraksi,lepas
saja soundchek mereka masuk kembali ke bilik untuk membuat persiapan imej
mereka,, masa tu kami gunakan untuk bergambar sesama sendiri,gig ini memang
banyak gambar kalu tak percaya tengok dekat facebook hahaha. maka lembaga hitam
pun naik kepentas beware!!! saat yang ditunggu..
|
as sahar |
AS SAHAR dengan
lima lembaga hitam diatas pentas,dengan lidi kemenyan berasap di set drum maka
bunyian pun bermula,(sebenarnya aku ingat semua tajuk lagu2 as sahar ini dari
album phenomistik lagi tapi aku tak dapat nak taip kat dalam ini sebab aku
lupa,begitu juga dengan band2 yang lain,lain kali aku bawa pen dan kertas pergi
gig hahaha dah macam reporter pula buang masa aku.aku turun gig sebab nak
tengok bukan nak buat liputan,blog ini hanya sekadar cerita yang aku ingat
sahaja dan perkongsian pada kawan2 yag tak dapat turun selasaday lepas,huhu,dan
untuk sesiapa sahaja yang singgah di blog yang baru ini,anda suka bagus lah
anda tak suka anda punya hak) kita sambung cerita as sahar balik jejeje..malam
itu as sahar di iringi dua gitaris satu bass dan vokalis tampa gitar,(wan dulu
nyanyi sambil main gitar hehe) dan seorang pemain drum,tak kan sepuluh orang
hahahaha.. sebenarnya aku tak banging masa as sahar main,kenapa,sebab pertama
kepala aku pening,kedua aku nak fokus pada band ketiga besoknya aku nak kereja
takut terus koma sebab masa humi main aku dah all out huhu as sahar pada malam
itu beraksi memang jauh berbeza dari as sahar yang dulu mungkin sebab mereka
berlima sudah maka muziknya pun makin berat,sang vokalisnya memang ada gaya
tersendiri jeritannya memang total awesome,aku menyandar sahaja di belakang
melihat as sahar beraksi siap ajun sempat jeling kat aku dan bagi jari tengah
huh ,bukan aku tidak terhibur atas sebab2 diatas maka aku berdiri dan fokus
pada persembahan mereka sahaja tampa headbanging,as sahar tak keseorang malam
itu walaupun kurang seorang banging namun KLHELLBANGER yang lain tetap beri
support yang tak berbelah bagi pada as sahar,aku salute kamu semua sebab tak
henti2 headbanging,as sahar baru sahaja lepas beraksi dijakarta,kuala lumpur
persinggahan kedua mereka selepas ini mereka akan beraksi di manila pangako
sayo mag mahal mahal nah kita!!hehe...semoga ketemu lagi dimasa akan datang
hail to as sahar and malik haneal salute to you bro!!next time aku akan banging
sepuas hati ku itu janji aku haha.. aku ajak mell turun kebawah sebab nak kejar
lan capek nak ambil kaset yang aku order sama dia,sampai sahaja dibawah aku
angkat itu kaset dan bercerita lepas tu ramai sudah yang turun ke bawah,aku pun
ajak mell makan nak kurangkan rasa pening2 sebab aku takut masa drive kereta
terbabas hahaha mati kami terus huhu
sebelum nak balik
kesemua angkatan KLHELLBANGER duduk semeja,bercerita bergelak ketawa,memang
indah saat itu,tampa sedar jam menunjukkan jam 12.30am hmmm besok aku kerja
lagi adoii memang aku jenis malas punya lah nasib saja esok hari penting kalau
tak aku memang absent terus huhu..nak bayar bill nasib bos besar tolong
bayarkan,terima kasi manzalik kamu memang baik hati hehehe...bila sahaja
seorang balik si arms balik ke PD pergh jauh tu,satu persatu kawan2 nak
balik,pastu si bun laiho pula nak balik hehe awal gila dia balik hari itu
selalunya dialah yang paling last,apa tidaknya dia bawa dua gadis jelita beb
hahahahaa.. lepas itu kami pun angkat punggung meninggalkan tan sri ajun dan
cik amat dan kawan yang datang dari jB,dekat paking kereta tak jauh dari tempat
makan tadi ada juga lembaga tengah melepak si joey memang terbaik masih lagi
menyorong air pada aku namun aku terpaksa menolak,sebab tiada kawan yang boleh
bawa kereta,huhu kami balik malam itu bersama balak enam,sabahel@azim,mell si
gadis manis,yang menjadi tanggungjawab aku hehe,dalam perjalanan si sabahell
bayar toll hahaha. pertama aku hantar azim,lepas balak dan terakhir mell,sampai
rumah sahaja jam2.34am sudah huhu,selalunya balik rumah aku terus mandi kali
ini aku tak mandi aku terus ambil bantal tidur bawa katil tampa membuka
stoking,tak sampai berapa minit aku rasa orang rumah dah kejutkan katanya
kerja,,eehhh kepala aku sakit adoii,.. dan tamat!!!
|
si bun sama ehem2 |
akhir kata
terimalah catatan ini seadaahnya!! moga bertemu lagi dilain acara SUPPORT LOCAL
SCENE jangan hanya dimulut!! werk
KLHELLBANGER 2013
blast your gig!!!