Khamis, 27 Mac 2014

RATOR - EVIL SYMPHONY 7''

rator
tak payah lah aku nak perkenalkan band ni,bagi metalhead malaysia yang meminanti muzik extrim mesti sudah kenal akan sejarah band ni,yang diwarnai keextriman yang paling kult suatu masa lalu.bagi generasi baru macam aku ni yang belum sempat merasa kegemilangan scene metal dahulu.dan tak berkesempatan memiliki rilisan2 terdahulu,dengan rilisnya 7 inci rator ni,ianya cukup istimewa bagi aku,walaupun aku belum memiliki lagi player untuk benda ni namun itu tak jadi masalah,dan akan diusahakan secepat mungkin.bak kata org takkan lari gunung dikejar..

semasa aku terlihat gambar 7 inci ni dalam fb salah seorang rakan fb aku post,aku tampa banyak fikir terus inbox dan mengatakan yang aku nak rilisan ni,agak mengecewakan juga sebab katanya dia tak jual dan suruh aku kontek label yang meriliskan 7'' ni,rasa hampa aku terubat bila aku terlihat dalam blog extrim yang ada label satu lagi bersekongkol meriliskan item ni..label tu aku cukup kenali dan merangka rakan surat menyurat aku dizaman melinium suatu masa lalu. tampa banyak fikir aku terus inbox dia di fb,aku kenali dia pun sebab aku order barang kat dia juga, dia tahu alamat rumah aku tu,dari situ kami mula berhubung difb saja..''aku masih simpan lagi surat2 kita dulu huhu'' aku cukup respek kat dia ni..kenapa aku tak kontek label satu lagi tu,sbbnya aku masih tak tahu cemana nak deal ngan dia ni walaupun ada link disertakan,seingat aku dulu pun aku pena utus surat kat label afterlife ni dan dapat balasan juga namun aku tak tahu cemana nak berurusan dengannya tak pandai bahhh...

dah macam bukan ceta pasal rator pula hehe..ok lah rator ni aku kenal sama juga macam aku mengenali band lagenda black metal tanahair iatu blackfire.. bernasip juga aku masa aku tebeli majalah dulu,ceta penuh pasal sejarah rator ni.aku terus tertarik dengan kisah2 yang tercatat dalam majalah tu...majalah tu pula ntah dah hilang kemana.

dulu masa aku tak tahu gunakan internet ni memang payah juga nak cari rilisan2 macam band rator,bayangkan saja album pertama mereka yang rilis tahun 2010 tu,aku milikinya 2tahun lepas tu,berentung juga lah dapat cd tu sebab skg ni memang susah nak cari lagi. ohya dalam album tu lagu2 dari 7'' ni ada diselitkan sebagai bonus,ada masa nanti aku catatkan kat blog ni.

ingatkan aku tak akan berkesempatan merasai lagu2 demo rator ni dalam format analog,sangkaan aku meleset bila aku dikejutkan oleh seorang rakan dalam fb yang telah mempostkan gambar kaset rator,aku ingatkan demo asal tu rupanya demo ni diriliskan semula dalam format kaset oleh label dari sabah...aaaaaaaaagrhhh,baru saja aku gunakan duit untuk deal benda ni,baru pula aku ternampak kaset tu,tak apalah aku angkat juga kaset tu sekali,sayangnya 3 kaset yang dia post tu dah berpunya.namun aku berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya,kawan dari sabah ni cuba bagitahu aku cara nak menghubungi label yang riliskan kaset rator tu,bila aku kontek pakai mesej orang tu tak balas.. hampa juga aku,lepas aku bagitahu balik pada rakan aku,nasiblah dia memahami aku dan dia akan tolong aku dapatkannya,apalagi aku terus ke bank untuk bankin duit.. dan aku sedang menanti ketibaan kaset tu aaaaaaaaaarghhh!!!

dulu seingat aku,aku pena cuba untuk membayar demo asal rator dari seorang rakan dalam fb,namun dia pun tak sanggup nak tolak,aku memahaminya kalau aku ditempat dia pun aku tak akan tolak kaset yang menjadi buruan kolekter kaset metal dimalaysia ni..

aku tak bleh nak ceta pasal sound dalam ni,sebabnya aku tak bleh dengar lagi 7'' ni,tunggu aku ada player nanti lah...tapi kalau mengikut lagu dalam album pertama tu,lagu2 dalam demo ni cukup mengancam.. sayangnya lagu2 baru rator tu agak hambar produksinya..sayang sekali... oklah sampai sini saja catatan ni,jumpa nanti kat kaset dia pula pas ni HAHAHA....

LAUNGKAN SEKUAT HATI -  RATOR RATOR RATOR -hahahaha!!!

9 ulasan:

  1. Wow! Ada versi LP ek....member aku dulu cuma ada kaset Rator ajer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. afterlife rilis 7 inci, dan bomberhead rilis kaset dua2 rilisan ni limit 300psc saja

      Padam
  2. Demonya dulu sound hampeh...memang aku tak masuk kepala....tapi pasal dorang ni yang pertama buat demo macam ni...kira respek la...(adakah versi LP ni soundnya sama?...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya sama kot,sebab ni diambil dari kaset demo asalnya.

      Padam
  3. Tak setuju kalau dikata sound-nya "hampeh". Itu yg TERBAIK yg mampu dikeluarkan pada zaman tu (scene akhir 80an / awal 90an) dengan serba kekurangan fasiliti rakaman. Sedih rasanya bila dikatakan "hampeh" dan "tak masuk kepala". Anda mungkin lahir dlm generasi teknologi rakaman serba mewah. Dengarkan demo2 tape lama SIL KHANNAS "Doctrine To Hell", SILENT DEATH "Eternal Damnation", NECROFIST (pre-NEBIRAS), ABC...DEAD (pre-INFECTIOUS MAGGOTS), byk lagi.. semua sound mmg kuno dan "tiada harga" pada generasi hari ini.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. menurut apa yang tercatat dalam surat kuning tu,demo ni tak melalui proses mixing dan dorang trus dubbing dan hantar keseluruh dunia,dan pada masa sama sound yang macam ni yang menjadi kegilaan pengemar irama extrim. aku tak bleh nak kata apa lain2 selera pendengaran bagi aku demo ni memang berstatus kult..

      Padam
    2. Maafkan saya Saudara Pian, mungkin saya hanya seorang poser. Sebenarnya bukan masaalah tahun...1990 bukanlah kuno mana....Doctrine to Hell, Eternal War, Nightmare In Red atau Pilgrimage to Nowhere taklah teruk sangat...tak kisah la kult tahap mana pun band tersebut...tapi secara jujurnya kalau mutu rakamannya tak bagus kena cakap tak bagus....Evil Symphony memang mutu rakamannya hampeh.

      Namun begitu macam yang saya cakap awalnya...saya respek dengan mereka...di kala band2 lain ketika itu sibuk dengan lagu cover....mereka dengan beraninya tampil dengan demo lagu2 sendiri walaupun bakat muzik mereka tidaklah sehebat mana...

      Saya rasa tuan punya blog adalah wakil dari generasi hari ini yang merasakan demo ini mempunyai "harga"....

      Padam
  4. suka baca tulisan ko, very excited gitu ngan bahasa bersahaja tapi clear

    BalasPadam