Isnin, 24 Mac 2014

tunggu masa nak balik jam 5.30pm hari ni

apa aku nak taip ni ya..hehe... aku nak ceta pasal banyak sangat rilisan kuar dalam format kaset dan juga cd dan etc,kawan2 pm aku bagitau dorang nak tolak kaset2 dorang,memang kalau nak ikut kan hati memang nak sambar semuanya,tapi aku tengah ikut plan ni,nak sambar yang kaset2 rare duluan pastu sambar kaset yang biasa2 saja..masalahnya ada kawan ni tak tahu nak letak harga untuk kaset2 dorang nak sale ni,aku kalau boleh aku nak bayar rm10 tiga ketul,tapi segan la pula,bila difikirkan kaset dorang ni kalau jual kat toko maunya cecah puluhan ringgit...malas juga aku nak fikir,,dah alang2 aku menaip ni biarlah aku taip apa saja bermain kat kepala hotak sekarang,keja pun kurang tunggu loceng bunyi saja ni...rasa macam nak berenti keja kat sini,tefikir nak bawa lori,semalam jumpa sepupu aku,dia ceta macam2 pasal keja dia bawa lori,dengar macam best je,..biar pun sepupu aku ni ceta pasal keja bawa lori,sebelum aku jumpa dia semalam aku memang dah plan juga nak keja bawa lori ni,biar lah lepas ni masa aku habiskan ngan lori,sekarang ni memang aku pun macam tak pasti dah keja aku buat ni berkat ke tak,aku ni memang jenis keja kalau ada keja keja betul2,tapi sekarang ni pasaran kreta tempatan terutama sekali proton,memang hampeh,kalau dengar cerita2 bos,memang proton sekarang bukan lagi untuk bumiputra,dorang2 ni dah main politik dah dalam proton tu,,sampaikan tempat aku ni mesin satu saja jalan kekadang tu memang stop,dah 2 bulan memo kuar bulan lepas keja hanya 3 hari saja seminggu,bulan ni pula keja 4 hari semingu,jumaat sabtu ahad cuti..letih juga kalau cuti banyak sangat ni,biarpun gaji jalan,tapi ot memang tak dah dah,,,aku ni harapkan duit ot ja untuk beli stuf ni,kalau dah macam sekarang ni memang terpaksa lah aku hentikan ketagihan aku ni,susah juga nak hentikan hobi ni,malas juga aku dibuatnya,time tak dah duit,memang keinginan tu kurang tapi bila dah dekat2 ngan gaji,macam2 keinginan,ditambah pula dengan barangan yang baru rilis..macam tahu2 ja distro ni,time gaji dekat nak masuk..huhu

lepas tu sekarang da tengok kreator datang mesia lagi bulan depan dorang nak perform,tiket bleh tahan rm150 door tu,kalau nak beli presale dah takut dah,hari tu trauma ngan vokil recod kata nak bawa dark funeral main,last2 hanya dapat begambar ngan dorang saja kat kl,buat malu betul ngan vokill tu.. hujung bulan ni ada gig juga kat solaris,hmmm rasa cam nak pegi,pastu rasa macam tak nak pegi pun ada.. tengoklah sebab aku nak beli kaset lagi bagus sebab kalau aku tengok band2 yang main nanti pun aku dah tengok..sekarang ni bukan macam tahun2 yang lepas gila2 tiap2 minggu trun tengok gig,sampai anak sendiri pun dah tak rapat ngan bapa,syukurlah dh masuk 3bulan aku tak trun gig,hehe...anak pun dah mula dekat balik dengan aku hahaha... apalagi ya masa ada lebih kurang 18minit sebelum balik..dah tak da ot dah,dah bleh agak balik kul 5.30pm.kalau tahun lepas tak bleh nak kata nak balik awal,sebabnya musti ada ot,hari sabtu pun ada sekarang ni memang tak dah lagi dah..mood nak keja pun down,

heran juga aku tempat keja aku ni macam nak tutup dah,kalau tutup kompomlah dapat pampasan itu pun kalau bos tak lari..hehe pena dulu aku keja kat kilang lama tu,bos bawa semua mesin sekali.,datang keja ja,kilang dah kosong...kesian juga ngan membe warga asing,pasport dorang kena bawa sekali oleh bos tu,gaji 3 bulan plak tak masuk,memang sandiklah... tapi aku yakin sekarang ni,bos ni tak kan lari sebab aku tengok kuat ja pegangan agama... loceng 5s dah bunyi lagi tinggal 15 minit,huhu... baru2 ni aku kena ikut sekali training iso/ts 16949:2009...parah juga aku sampai 3 hari dengar orang cerita,wahaha.. sampai kan akak hr tegur aku,heyy zull kamu tido ye,tapi mata aku tebuka wahahaha... akak tu sedar aku tido yang lain2 tak sedar sebab aku tido buka mata kakakakaka... boring kalau ikut training2 ni,macam2 training aku terjoin disebabkan aku keja ni kena ikut sekali training,tak palah bila trainer tu ckp kelayakan mengaudit sekurang2 nya ada spm,wahahhaa aku senyum ja dalam hati,tak palah masa aku masuk keja ni dulu..akak hr yang memula tu lah pandai2 letak kat aku punya job kelulusan spm,sedangkan aku datang tebiu dulu hanya nak jadi operator,,,tapi sekarang ni kurang2 yang datang tebiu tempat aku keja ni mesti ada spm.. huhu..sekarang ni dah pengurusan baru dah semua kena ubah suai,dari bawah hingga lah atas,cuma aku ja yang tak berubah,masih bleh menaip sesuka hati dekat pc ni,dan punya bilik sendiri HAHAHA...

rasa cam nak terjabut gak tangan aku ni,dah lenguh dah.. huhu masa pun dah nak sampai kehujungnya,okeylah ini sajalah catatan yang akan dipost tampa dibaca semula... wahahaha.. 

6 ulasan:

  1. Entri ni dah nak melawan kepanjangan ayat mcm yg dibuat oleh bro Deaf ni hahahha....

    BalasPadam
  2. terdiam aku baca posting ni. I feel you beb, i feel you... Kalau rasa bawak lori tu terbaik untuk kamu, cuba lah. Apa pun, pastikan tak hilang skill dan contact kerja sekarang, sapa tahu tahun lepas ada rezeki dapat masuk balik sama company atau company lain buat sama kerja. Yang penting rezeki kita pastikan yang halal untuk love ones kita.

    BalasPadam
  3. tahun depan sorry, bukan tahun lepas, aku ngah tengok Najib cakap confirmation mh 370 tumpas kat Indian Ocean sampai tersasul

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... sedih gak bila dah terjawab mh370...

      Padam
    2. All the best bro....hidup jalan terus....

      Padam