Selasa, 20 Mei 2014

RATOR - POSSESSED


album pertama rator diriliskan tahun 2008,mengandungi 8 trak, 3 lagu lama rakaman semula yang diambil dari demo cult mereka evil symphony 1990,dan disertakan bonus trak 4 lagu asal dari demo evil symphony. untuk sound album ni ianya agak mentah,sukar untuk dihadam, sound produksinya yang kurang menarik, rasanya kalau band rator ni menggunakan studio yang bagus, mungkin lagu2 dalam album ni akan kedengaran menarik, hanya lagu satan slave saja yang menarik bagi aku yang lain2 tu, biasa2 saja.


untuk lagu bonus dari demo asal, yang ni soundnya walaupun mentah, namun aku menyukainya berbanding lagu2 rakaman baru, aku tak boleh cakap album ni gagal, pandangan masing2 lah kan.. lagu2 dalam album ni dah mantap, cuma masalah sound saja.. mentah pun tak juga, ntahlah !! kurang sengatnya...atau pun kurang kebuasan kebrutalan keevilanya..jajaja


namun begitu harus dipuji juga band rator ni, walaupun sudah lama namun masih lagi mengekalkan spirit mereka dalam album ni, tiada apa perubahan langsung mungkin imej saja berbeza,kalau mesejnya masih evil seperti dulu, lihat saja logo cover album mereka, nampak sangat mesej yang mereka ingin sampaikan.. itu sajalah Hail Rator.. 

4 ulasan:

  1. cd ni aku takde, yang ada 7inch dan tape demo (yg rerilis tahun ni).

    BalasPadam
  2. tak pernah dengar album ni....zaman ni aku dah kurang dengar extreme music...nasib ada youtube...

    BalasPadam
  3. Ini pun dah Kira otak jugak ni..orang lama

    BalasPadam