Isnin, 4 Mei 2015

tarantulah - human's suffer


salam semuanya.. haha, rasa macam sudah lama aku tak cerita rilisan baru dari lokal band, semenjak dua menjak ni asyik membeli rilisan lama2 saja, utk melengkapkan koleksi sedia ada. kali ni aku nak cerita pasal bungkusan yang mendarat khamis lepas klu tak silap aku hahaha. baru dapat menaip ni, cuti kan 3 hari membezikan diri dengan family, ngan tido lah memang best tido time2 cuti.

untuk cd ni, ni adalah demo ketiga band tarantulah, band ni aku dah cerita kat posting tahun lepas, demo kedua mereka yang judulnya war brutality tu. yang aku gembiranya aku dapat versi cd ngan tape sekali. haha dalam bungkusan ni pula aku dapat satu versi lain lagi utk demo kedua tu. hahaha thx man utk demo free tu.

dalam demo human suffer ni tarantulah menghidangkan 7 track 5 darinya adalah lagu baru manakalah 2 lagu rakamana semula, lagu viva la peace adalah lagu dari 1st demo yang punya sound baru, manakalah satu lagu cover sepultura troops of doom. seperti demo kedua mereka demo kali ni, mereka masih mengekalkan gaya sound dari demo kedua.

lagu2 baru tarantulah kali ni dimulakan dengan lagu human's suffer, disusuli dengan lagu kedua benefit contradiction, lagu2nya mudah diterima halwa telinga senang diproses. kira layan lah bagi telinga aku, ohya rasanya kalau nak pra dengar lagu2 dorang ni boleh g utube ja usaha kat sana, kalu masuk support. utk keseluruhan demo ketiga ni aku boleh katakan mereka sudah bersedia utk album penuh. dengan sound begini mereka layak dapat pujian dari aku yang tak seberapa tahu dalam hal muzik ni, apa yang aku tahu ianya menghiburkan aku. terbaik geng.






lagi satu nak cerita pasal dia punya bungkusan, pelik tapi sesuatu yang baru dalam koleksi aku, lihat pada gambar kat atas, ianya seperti buku, bila di buka cd tu menegak terus. hurm sempoi lah,ohya macam mini zine, lihatlah foto2 dalamnya tu, tiap lagu diceritakan apa maksud lagu tu ngan tuju ngan sapakan, band tarantulah ni dorang perkenalkan muzik mereka moderate metal punk.. campuran gaya metal ngan punk gitu.. nah apa tunggu lama support mereka ni. utk maklumat lanjut g link ni.....tarantulah blogs. hellyeah...

3 ulasan:

  1. thank you for sharing.. more please.
    posting ko banyak akan jadi bahan sejarah muzik tempatan.

    BalasPadam
  2. Kreatif packaging dia..ini baru betul art

    BalasPadam
  3. Dah order beberapa hari lepas. tunggu sampai jer hahahaha!

    BalasPadam