Khamis, 3 Mac 2016

East - generasi metal



lirik

Cd ni aku dapat dari karnival karangkraf hari tu, aku tak buat ceta pasalnya. hajat hati nak cari novel cinta, last2 dapat cd pula..cd ni pemberian era fm, mula2 dorang buat kuiz lah, bagi hadiah, last sekali dorang bagi cd, banyak juga cd dorang bagi mungkin cd2 promo kot yg nda sudah digunakan, aku apa lagi terus berebut p depan, mulanya aku dapat single cd aiman, sialnye cd tu. katanya satu org satu cd je, aku peduli apa, aku berebut juga tampa pedulikan org sekeliling wakakaka. akhirnya tarahhh aku dapat cd ni..

aku tgk je cover album ni, terus aku hampa..musti lagu jiwang gila2 ni.. tak pena2 aku dgr nama band cam ni, lepas tu aku baca fuhh generasi metal, aik.. ganas ke dorang ni ya.. sampai rumah tejawab semuanya.. perghh best juga band ni, betul2 muzik metal lah, rasanya band ni nak bawa versi muzik metal keras ni ke mainstrem. setahu aku xpdc sudah top kan, tapi versi xpdc metallica gitu, ngan cromok english nye album, amuk. sayang dorang ni tak tembus pasaran mainstrem.

lagu pertama saja tajuk ganas, muzik pun ganas lagu kedua bersama selamanya, ni lagu ada kaitan ke ngan kaset bersama selamanya tu.hehe, info aku ya klu tidak.. sbb band ni terlalu asing bagi aku, aku ada google juga perihal band east ni, ada satu band lama guna nama east ni, selebihnya nama dorang pun ada dalam metal arkib.. dalam ni ada juga lagu perlahan, melodi pun sedap, mungkin dgr sekali tak sedap bila dgr 2 3 kali sedap.. ngan ada satu lagu cover bunyi gitar p ramlee.. muzik di heavykan cam xpdc tu.. satu lagu english dorang muatkan dalam album ni. keras muziknya generasi metal katakan haha

aku dgr cd ni, macam2 bunyi band bermain kat kepala aku, disetiap lagu, ada solo macam cromok, lagu lain sound berat mcm metallika pun ada, kebanyakannya ke arah metal, sayang band ni tak menjadi., bagi aku lah kan, cd ni menghiburkan halwa telinga aku, walaupun sangkaan aku pada mulanya amat2 lah meloyakan.. bila dgr saja, ianya sangat menghiburkan...

tak rugi aku p berebut HAHAHA.. sebetulnya aku ni jenis pemalu nak rebut2 ni, disebabkan cd dari stesen radio, gila kan tak p rebut, mana tahu dapat cd rare... nasib aku lah dapat cd ni, dan satu lagi cd single aiman, yang sangat meloyakan muziknya. klu aku tak rebut mungkin cd aiman tu aku publishkan bukan cd ni... HAHAHA... next aku ceta satu cd lagi hasil perebutan aku hari tu.

8 ulasan:

  1. wow...rare ni...aku ada versi kaset...boleh tahan juga band ni...

    ni semua zaman selepas metal di"mainstream"kan oleh XPDC...semua sykt rakaman berlumba2 nak ada band ala2 XPDC...

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh ni kira geng xpdc juga ya,,

      Padam
  2. East ni tak silap aku sebelum ni dia ada kuar album jiwang ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada info kat google band lama ada guna nama east, yg tu mmg band jiwangrock... yg ni east terbaru kot haha

      Padam
  3. mula2kn aku tgk ni nama band EAST mcm pop band punye name jek hehe.. aku rase name EAST tu tk sesuai la untuk genre metal..cover pun tunjuk org.. klu wt cover yg unik2 ke kn yg biasa metal2 album wt bru ngam... tp rare jgk ni.. mau2 klu xde re-print rm80 gk

    BalasPadam
    Balasan
    1. lumayan juga harganya.. hahaha rasa nya tak dii rilis semula ni, bab tak popular mcm band2 yang ada skg ni... hehe

      Padam
  4. Wahhh macam best je. Nanti aku test kat youtube. Thanks for sharing. Nama tak pernah dengar haha

    BalasPadam
  5. Baru dengar kat youtube lagu Ganas, boleh tahan jugak..

    BalasPadam