Isnin, 22 Ogos 2016

Humiliation - Honourable Discharge




Ini adalah album terbaru dari humiliation, mengikut apa yang aku tahu, album ni bakal rilis penghujung september ini, tiba2 pula dapat mesej album baru ni sudah mula dijual, aku pun rembat lah sekeping haha.. untuk album 2016 ni, line up mereka ada penambahan lagi seorang di posisi bass, berbanding album tahun lepas mereka berempat saja. harga sekeping cd ni agak mahal sikit berbanding rilisan sebelum ni, rm40 termasuk poslaju, mungkin sebab cd import gitu.. tapi berbaloi lah buat penggemar humiliation.

ok sedikit ulasan pandangan aku pada album ni, apa yang aku dengar pada album ni, ianya tak berat seperti album2 lepas, kurang kuat alunan perangnya haha.. memuatkan 10 lagu tampa intro, dimulakan dengan trek pertama storm from the north, soundnya tidak seperti yang aku jangkakan, kurang berat, sesekali aku mencari2 juga bunyian bass yang berbunga2 gitu namun belum lagi ku dengari, bass baru kan musti lah nak dengar dia punya mainan tu haha.. keseluruhan album ni sapa suka humiliation ni memang suka lah kan akan rilisan2 nya, tapi bagi yang baru mau dengar mereka ni, musti akan perasaan 10 lagu tu macam sama saja gitu. untuk album ni aku pilih trek ke enam a single ship action ianya mengujakan di halwa telinga ku. harapan agar ketukan drum tu dilajukan sedikit supaya feling perang tu dapat dirasai dengan penuh keterujaan seperti bom2 di medan perang meletup.. k itu saja

support military death metal

7 ulasan:

  1. mmg aku follow band ni...harap2 adalah aura mcm album siege of invasion..

    BalasPadam
  2. Dah keluar ya album baru diorang

    BalasPadam
  3. Band humiliation ni asal nya dari mana bro?
    Malaysia ke, Singapore ke, atau Indonesia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. malaysia tercinta bro.. lirik mereka banyak bercerita pasal perang ditanahair kita ni..

      Padam
  4. Thanks kat blog ni baru aku tahu updates muzik tempatan.

    BalasPadam
  5. aku pun baru rembat album ni masa depa datang ke Penang minggu lepas.. siap ada lagu pasal Penang, Pearl of the Orient..

    BalasPadam