Isnin, 31 Oktober 2016

FILEM ROCK BRO 2016

Kembali ke pangkal jalan

aku sudah tengok semalam, mengujakan buat diri ku untuk turun kepanggung wayang haha.. disarankan pada sapa2 yang belum tengok cerita ni baik tengok semula rock 2005 dan rock oo, supaya ingatan segar semula, bagi yang mereka tak perna tengok 2 filem pertama tu dan terus tengok filem ni, akan payah nak hadam.. kisah rock bro kali ni bercerita pasal kisah hidup jijo bassist dan pengasas rimba barA, penuh liku ranjau berduri kisah hidupnya sedih gak lah.. kang aku cerita detail tak best pula nanti korang tengok.. cuma aku tak puas hati ngan pengarah cerita ni, kenapa zulkapan boleh jadi begitu di akhir cerita ni.. aduhhh tak rock lah macam ni.. apapun enjoy lah tengok cerita ni cuma ada satu 2 keadaan tu tak payah ada macam laki yang telan hingusnya tu jijik ku tengok...


kita bertiga saja semalam tengok, kawan2 yang lain sudah tengok awal, kita saja yang plan nak tengok ahad ni, ada gak kawan2 yang tak dapat join bersama. rock bro.... aku harap ada lah rock 4, walaupun sudah dikatakan filem ni berakhir sudah last yang ni, namun tak boleh diterima akal oleh peminat watak zulkapan, kenapa dia boleh jadi begitu sekali dalam akhir filem ni. sedangkan zulkapan salah satu vokalis black metal yang disegani dalam filem ni di awal kemunculannya bersama bandnya malaikat mauuuttt... arghhhhh

ni aku nak bongkar satu rasiah filem ni ada ELLA watak penting dalam cerita ni hahaha... enjoyyyy

Khamis, 27 Oktober 2016

BURNMARK'S



Burnmark's CD 2016

band ni tak banyak info juga aku tahu, album ni pun pertama kali dengar semua lagu2nya, ada juga aku dengar di utube beberapa lagu dengar macam tu saja, melihat kaset2 nya dulu yang dijual di fb tu, sebelum rilis nya cd2 reisu ni, ianya mengujakan untuk dimiliki, namun harga kasetnya sendiri tau lahkan, ianya amat2 keras, jadi mampu tengok saja. siapa sangka tahun 2016 adalah tahun yang begitu mengujakan buat pencinta muzik rock lama tanahair, dengan lahirnya album2 lama dalam bentuk cd dengan kulit album yang asal, siapa tidak teruja haha.. bagi aku sendiri yang baru lahir diera emas rock kapak malaysia yang tak perna merasa pun era tu, melihat rilis cd2 ni, ianya sesuatu macam merasa lahirnya di era tu cuma bezanya skg kita sudah ada internet hahaha...

untuk album ni aku nak kata best pun tak juga nak kata tak best pun tak juga hahaha... kira album ni sedap dengar tapi tak meninggalkan kesan macam sesetengah album tu, dengar saja adalah lagu2nya melodinya yang melekat kat halwa telinga, berbeza untuk album ni, ianya sedap2 gitu saja masa dengar, ini bagi halwa telinga aku lah kan, lain orang lain lah penerimaanya. aku suka lagu Ayah dalam ni melodinya sedap. lagu2 lain pun ok juga bunyi gitarnya memang sedap, jarang2 aku dapat dengar bunyi gitar yang sedap dari vokalnya, untuk album ni muziknya layan, cuma itulah sedap masa dengar saja.

ok lah itu saja cerita cd ni.. aku tak kaji lagi band ni, berapa kah album dorang.. bagi generasi baru macam aku ni, memang hambar jugalah dia punya info dalam inlay, lain lah band macam xpdc search wing dll tu semua kenal lah line upnya utk band2 begini aku mmg tak kenal salah satu pun anggotanya, mana satu main gitar mana satu penyanyi.. hahaha.. nasiblah jaman internet sudah, kejap lagi aku akan menggoogle cari info yang lebih lagi untuk diri ini.

kbai

Selasa, 18 Oktober 2016

Lovehunters - Sehari Dalam Hidup



Lovehunters - Sehari Dalam Hidup CD 2016

Cd yang aku tak rancang nak beli, tak banyak yang aku tahu pasal band ni sebenarnya, cuma ada terlihat dalam posting2 blog kawan2 yang lalu dan paling meninggalkan kesan masa terlihat video klip konsert band ni kat facebook tu, ramai2 orang share video tu, tajuk lagunya pun aku ingat2 lupa haha jap aku nak google hahahaha... ok sudah google tadi, tajuk lagunya sambutlah kasih, dalam video tu dorang buka baju main lagu ni sempoi juga lah dia nye persembahan., bro deaf pun ada cerita rebiu konsert tu. lepas aku cari2 info pasal band ni semalam terjumpa posting tu. aummm...

Mulanya aku ingatkan ada lagu sambutlah kasih dalam cd ni, aku ingatkan lagu sehari dalam hidup tu lah yang dorang bawa dekat video klip tu. sampai rumah play saja tiada lah lagu tu aduhhh.. sedih gaklah napa lagu tu tak ada. kat album mana tu lagu sambutlah kasih. tak apalah kata hati ni, aku layan saja lah album ni. mulanya tak masuk juga mungkin sebab tiada lagu yang aku nak dengar dalam album ni,ditambah lagi baru pertama kali dengar. bila sudah dengar beberapa kali album ni makin lama makin sedap plak.. antara lagu tersedap dalam ni ngam dengan jiwa aku lagu no 9 tu Rindu Masih Membara.. fuhh aku teruja dengar lagu ni, rasanya lagi sedap dari lagu sambutlah kasih.. terus terang lepas dengar beberapa kali cd ni aku makin suka...

OKlah jika aku pergi beli lauk lagi kat giant tu aku nak rembat lagi album yang lain2 kat situ, lain macam tarikannya bila benda depan mata ni. berbeza dengan jual2 kat fb tu kurang mengujakan. macam cd ni., tetiba saja keinginan nak belinya haha.. kat giant tempat aku ni kurang pilihan cd2 rock lama yang dirilis semula ni, ada pun beberapa title saja. itupun kejap ada kejap hilang stok terhad... nak g kl tu rasa malas plak..hehe nanti2 lah aku p memukat sekali gus utk cd rock lama ni. tapi rasanya aku sudah jauh ketinggalan, tak apa aku sudah list kan cd2 rock lama yang terbaik mengujakan utk dijadikan koleksi. ditambah2 lagi dengan ada nya rebiu dari rakan2 blog dan orang2 lama. dengan bantuan sedikit dari utube. senang sikit nak pilih yang terbaik...hehe

kbai itu je.. jumpa lagi di posting akan datang haha


Isnin, 10 Oktober 2016

Cassette Store Day 2016

CAMPBELL COMPLEX 2016

Cassette store day berlangsung 2 hari sabtu dan ahad, sabtu tu aku tak dapat turun, kerja beb, sabtu buat kat subang siap ada persembahan muzik lagi, sayang juga tak dapat turun kat situ. hari ahad pula memang kompom lah aku nak turun, macam2 album dalam kepala otak aku nak beli nanti kononnya lah. aku buat keputusan beli 2 cd 2 kaset saja, bajet rm100 cukup. tapi sampai campbell tempat berlangsungnya jualan2 ni. aku tak beli pula apa yang aku hajatkan tadi hahahaha..

ada sedikit gambar lah ni aku ada ambil 2 keping dari fb kawan, yang lain tu aku snap curi2..huhu.. segan aku..ramai otai2 gitu, manatau dorang tak suka di snap gambar dorang malu aku nanti haha..


aku datang jam 2 balik jam 6, tumpang kereta kawan ja.. ni dari belakang sampai hujung tu tepi penuh ngan barang jualan.. mengujakan jugalah... haha




boleh tahan juga lah peniaga2 nya, ada juga beberapa kaset aku berminat, tapi harga keras aku skip huhu.. cd pun macam tu... ada juga kaset yang dilonggok jual 2 keping rm10. yang paling best 1 keping rm1 haha nasiblah tak banyak pilihan...


gambar ni pula dari hujung, ada satu masa memang sesaklah...


kaset2 yang aku beli, bajet aku rm100, bayar untuk kaset ni rm39 ja semua ada baki lagi bawa balik haha. cd aku tak beli lah aku fikir2 bleh beli juga dilain masa benda pun bukan rare.. 4 kaset tu rm1 satu haha.. zainal tu rm10 2 keping dio tu rm15 dan metalasia tu rm10. ngam kah aku kira rm39 hahaha.. aku rojakkan saja kaset ni. semalam aku sudah dgr beberapa kaset tu memuaskan terutama dio tu aummm sound dia mula2 mendap, kaset lama tak play kali. bila aku bedah letak alcohol sikit sound kebabommm holy diver gitu..


sebelum balik dan berpisah dengan kenalan yang baru kenal ambil gambar dulu buat kenang2an..

buat kawan blogger pc kokak, aku minta maaf ya andai kamu ada nampak aku aku tak tegur, sebetulnya aku belum kenal lagi raut wajah mu.. nanti lain masa tegur2 lah dulu ya... 

Sabtu, 8 Oktober 2016

Incense - The Temple




salam geng..

Ni ada kaset terbaru lagi yang baru beberapa hari lepas aku dapat, kaset ni edisi khas punya terhad 30 keping, disertakan poster ngan sijil lagi dan semestinya kasetnya hitam pekat aku suka sangat hahaha... kaset ni belum rasmi lagi rilisnya, ahad ni dekat cambel kl hari bersempena cassette store day akan rilis secara rasmi, aku dapat awal kaset ni sebab hari tu kita orang lepak bersama2 line up band ni. haha

ok sedikit info band, insence ni boleh kata gabungan dua negara SG dan MY dibarisi pemuzik2 yang memang kenal lah sapa yang dalam pergerakan muzik bawahtanah kita ni. dorang menamakan muzik bawaan mereka death metal, old school death metal kot, Death metal ke arah jahat gitu. dalam kaset ni ada 4 trek, lagu2nya pertama kali aku dengarkan aku mencari2 juga irama death metalnya, sebab dalam pendengaran aku ni aku tak dapat merasakan irama death metalnya. tapi disebabkan suara vokalisnya yang mengingatkan aku pada band2 old school death metal yang perna aku dengar... Jeritan vokalisnya memang mengujakan, hinggakan halwa telinga aku ketagihan utk mendengar berulang2 kali.

boleh pra dengar kat utube...


boleh dapatkan esok dekat cassette store day cambel 9/10/2016.

k

Selasa, 4 Oktober 2016

IV V I IV - Endless Morbidity



Susah gak nak baca nama band ni, haha... iv v i iv membawa maksud mati katanya... ok nak cerita pasal kaset ni, pertama sekali ep ni diriliskan dalam format pro cd, aku tak beli cd tu, bila dapat tahu ada versi kaset ni aku pun beli seketul haha.. band ni berasal dari pahang, dorang main black metal. mereka menyajikan sound yang padu dalam ep ni, ada satu lagu dalam ni dorang ada masukan intro macam biasa dengar sajaa tu intro, lengsi wongi kalu tak silap, antaboga selalu kalau main live mesti dorang pasang intro ni. aku suka susunan lagu yang ada intro lengsi wongi dalam ep ni. dekat dengan halwa telinga aku, ingatkan sound ep ni tenggelam macam kebanyakan ep yang rilis, namun sound kaset ni memang meletup.. mantap. mengujakan jugalah karya mereka ni. selalunya kalau aku dengar black metal ni, aku suka rasa kesayuan kepedihan keperitan penderitaan seksaaan jeritan.. utk band ni dorang bawa aura kemarahan dalam karya mereka ni. kiranya kalau aku dalam mood marah baik aku dengar muzik mereka ni ngam sangat.. hahaha.. dapatkan kaset ini dipasaran bawahtanah tempatan.. seperti biasa ianya terhad saja.

oklah beri sokongan pada label2 tempatan kita yang bersusah payah merilis karya2 band2 tempatan... hail 666